Isnin, 2 Januari 2017

TAJUK 7 : PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN


7.1.1    Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah. Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat keinginan , perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai.

 

 

7.1.2    Soalan Kajian

Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan soalan kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas.

 

7.1.3    Sumber literatur

Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumber perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal, laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan. Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan isu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya dan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau MLA

 

7.1.4    Peserta Kajian

Persampelan  kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia, peristiwa , konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji. Sampel merupakan  sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu yang terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh populasi dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan 4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi pemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan teknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih sama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada populasi. Saiz sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik.

 

7.1.5    Merancang Pelan Tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah yang ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas pemikiran atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan.

 

7.1.6    Melaksana Pelan Tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan menganalisis data.

 

7.1.7    Mengumpul Data

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan untuk mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan kemahiran penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi.

 

7.1.8    Refleksi : Analisis dan Huraian Data

Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah perisian SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu jelaskan perinciannya.

 

7.1.9    Jadual Kerja

Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:

 

BIL
AKTIVITI
TARIKH
1
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal
Feb – Mac
2
Menulis proposal kajian
April
3
Merancang tindakan
April
4
Melaksanakan tindakan 1
2 – 31 Mei
5
Analisis tindakan 1
4 – 6 Jun
6
Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan tahun
5 – 8 Julai
7
Melaksanakan tindakan 2
1 – 30 Ogos
8
Analisis tindakan 2
 
9
Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2
10 – 12 Oktober
10
Refleksi kajian
15 Oktober
11
Menulis laporan kajian
 

 

Jadual 1 Contoh jadual kerja

 

7.1.10  Perbelanjaan

Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.

 

BIL
BAHAN
KOS (RM)
1
Kertas A4 (5 rim)
50.00
2
Bahan cetakan riso
50.00
3
Dakwat setakan komputer
150.00
4
Lain-lain
50.00
JUMLAH
RM300.00

 

Jadual 2 Contoh perbelanjaan

 

7.1.11  Sumber rujukan 

Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA.

 

7.1.12. Reka bentuk ujian

Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.

 

Latihan

 

            Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan