Isnin, 2 Januari 2017

TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN


1.2  Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan
 
          Penyelidikan tindakan mempunyai tiga tujuan:
 
  1. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;
  2. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.
  3. untuk mengkaji pola tingkah laku murid, guru, pentadbir, dan pekerja sekolah, atau Institusi Pendidikan.
 
1.3  Ciri-ciri Penyelidikan Dalam Pendidikan
 
  1. Menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka.                                                                                             
  2. Memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.
  3. Merupakan proses pembelajaran yang teratur.
  4. Membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.
  5. Menggalakkan fikiran yang terbuka.
  6. Membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.
  7. Mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses   penyelidikan.
  8. Berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) – satu  lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian  serta renungan.
  9. Melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)
  10. Dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan,  kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.
 
 
1.4    Pendekatan Penyelidikan  dalam Pendidikan
 
1.4.1  Pendekatan ‘positivist’ (kuantitatif)
           
Positivism atau dikenali dengan “analitik empirikal” merupakan satu falsafah yang berpegang kepada ilmu pengetahuan tulen atau autentik yang di dasarkan kepada pengalaman sebenar sahaja. Spekulasi metafezikal tidak boleh diambil kira. Falsafah ini menjadi pegangan mazhab behaviorisme yang hanya mengambil kira tentang tingkahlaku yang boleh dilihat sahaja. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012)
 
Penyelidikan kuantitatif merupakan satu kajian saintifik yang sistematik berkenaan sifat-sifat kuantitatif dan fenomena serta hubungan antara keduanya menggunakan hipotesis atau teori. Tujuan penyelidikan kuantitatif adalah untuk membina dan menggunakan model Matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian dengan fenomena semula jadi.
 
Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan, menjangka dan mengawal fenomena yang menjadi perhatian. Seterusnya keadaan semasa akan diperjelaskan, diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif serta dikaji punca dan kesannya terhadap pendidikan.
 
           Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif
 
a.    Data yang diperolehi akan dinilai menggunakan analisis statistic yang di wakili
 menggunakan nombor. 
b.    Bertujuan menguji hipotesis  menggunakan prosedur secara formal
c.    Penggunaan kawalan untuk meminimumkan  kesan faktor-faktor yang mungkin  
 mengganggu dapatan kajian.
d.    Menggunakan bilangan subjek yang ramai.
e.    Kajian yang objektif.
f.     Menggunakan ujian pensil dan kertas soal selidik dan lain-lain
g.    Menggunakan pendekatan deduktif.   
           
 
1.4.2 Pendekatan interpretif (kualitatif)
 
Penyelidikan kualitatif   merupakan  suatu kaedah inkuiri dalam pelbagai disiplin akademik,  secara tradisi dalam sains sosial, termasuk kajian pemasaran. Ia bermula dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku : sosiologi, antropologi dan psikologi. Tujuan penyelidikan kualitatif adalah untuk mengumpul pemahaman yang mendalam tentang tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca tingkahlaku tersebut.
 
      Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan dibuat, bukan sekadar apa, bagaimana dan bila. Penyelidikan kualitatif digunakan  untuk mendapatkan celik akal mengenai sikap manusia, persepsi, tingkahlaku, system nilai, sikap ambil berat, motivasi, aspirasi, budaya dan gaya hidup. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012)
 
           Ciri-ciri penyelidikan kualitatif
 
a.    Tujuan: mencari kefahaman tentang interpetasi manusia mengenai fenomena.
b.    Dunia sebenar dilihat bersifat dinamik yang berubah mengikut persepsi manusia.
c.    Kawalan nilai: nilai dilihat mempunyai kesan dan seharusnya difahami dan diambil 
  kira semasa mengendalikan dan melaporkan kajian.
d.    Fokus secara holistik: gambaran secara keseluruhan dicari.
e.    Orentasi penemuan: teori dan hipotesis terbina daripada data yang dikumpul.
f.     Data subjektif: data merupakan persepsi manusia  dalam persekitaran di mana
 mereka berada.
g.    Instrumentasi : manusia merupakan alat utama untuk mendapatkan  maklumat.
h.    Analisis dibuat secara induktif.
 
1.5    Etika dalam Penyelidikan dalam Pendidikan 
 
Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan perlakuan penyelidik serta bagaimana penyelidik mengaitkan atau melayan sampel semasa penyelidikan dibuat. Ia adalah berkaitan dengan norma serta standard piawai berperlakuan dan bertingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh penyelidik.
         
1.5.1  Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan
         
Terdapat tiga aspek penting dalam etika penyelidikan;
 
a.    Menjalankan kerja professional mereka dengan nilai jujur serta ikhlas, dan dengan 
 cara demikian tidak akan membahayakan penyelidikan akan datang.
b.    Menghormati hak-hak dan maruah kesemua mereka yang terlibat atau menerima
 kesan dari penyelidikan mereka
c.    Memastikan seboleh mungkin menjaga kebajikan secara fizikal, sosial dan
 psikologikal yang mengambil bahagian dalam penyelidikan atau mereka yang akan
 menerima kesannya
 
1.5.2   Kod etika
 
Penyelidik perlu menghormati hak peribadi peserta penyelidikan.  Penyelidik perlu membina hubungan dengan seorang atau kumpulan sebelum  mereka   menyertai penyelidikan. Antara kod etika adalah :
 
a.   Kejujuran professional penyelidikan.
b.   Menghormati hak dan maruah peserta dan dapatkan persetujuan percuma.
c.   menghargai masa dan usaha mereka.
d.   perundingan bersama komuniti yang terlibat
e.   pastikan peserta sentiasa mendapat makluman
f.    menamatkan perhubungan dengan cara yang baik setelah kajian selesai.
g.   Privasi
 
Rumusan
 
Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang umum penyelidikan bermula dengan sejarah berkaitan yang menunjukkan terdapat peningkatan dan kemerosotan dalam penyelidikan. Begitu juga terdapat pengertian-pengertian yang hampir sama maknanya yang diberikan oleh tokoh-tokoh penyelidikan. Pendekatan utama dalam penyelidikan yang telah dibincangkan adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang setiap daripadanya memerlukan etika tertentu yang mesti dipatuhi oleh penyelidik.
 
Tutorial
 
  1. Buat satu rumusan pengertian penyelidikan berdasarkan pandangan-pandangan tokoh-tokoh penyelidikan. 
 
  1. Buat satu jadual yang menunjukkan perbezaan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan