Jumaat, 10 Jun 2016

Semester Dua 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesi Pengajian semester 2 IPG kampus Ipoh untuk tahun 2016 akan bermula 13 Jun  bersamaan 8 Ramadhan 1437 H. Dalam kemeriahan Ramadhan pelajar-pelajar akan memulakan kuliah dan ada juga yang bersedia untuk menjalani praktikum. Untuk semester ini saya dijadualkan untuk mengajar unit N1 iaitu major Pendidikan Pemulihan. Selamat menjalani ibadah puasa...selamat berkuliah dan selamat berpraktikum..

BUKAN KERANA NAMA

 

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama

Assalamualaikum.. dan salam Ramadhan Al Mubarak 

kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada..
 
terutamanya kepada para sahabat alam maya, kenalan lama dan baru, kepada saudara jauh dekat dan sahabat handai.
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.. 
semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan mendapat keredaanNya. 
Ampun dan maaf jua di pinta andai lidah ini ada terkasar bahasa.. 
andai ada tulisan yang mengores jiwa.. 
andai ada bahasa tubuh yang ternoda.. 
kemaafan jua yang ku pinta.. 
sesungguhnya insan kerdil ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.
Semoga Ramadhan membawa sinar bahagia dan penghapus dosa kita semua....
Selamat menjalani ibadah puasa