2.2.1 Penyelidikan asas
Penyelidikan
asas juga dikenali sebagai penyelidikan tulen. Penyelidikan ini dapat meningkatkan kefahaman prinsip–prinsip asas
tentang ilmu pengetahuan baru tanpa mengambil kira faedahnya, untuk jangka
masa panjang. Ia dilakukan apabila timbul rasa ingin tahu tentang sesuatu
hal. Dalam penyelidikan asas, teori
disediakan dan diaplikasi untuk menghasilkan konsep yang dapat digunakan
sewaktu menyelesaikan masalah pendidikan.
2.2.2 Penyelidikan gunaan
Penyelidikan gunaan merupakan
penyelidikan yang dibuat untuk mengakses atau menggunakan sebahagian himpunan
teori, pengetahuan, kaedah serta teknik komuniti penyelidik, dengan tujuan
untuk meninjau keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah praktikal. Penyelidikan
gunaan menyediakan semula pembentukan sesuatu teori. Contohnya, kajian penyesuaian
pelbagai gaya pembelajaran semasa mengajar pendidikan akhlak.
2.2.3 Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan merupakan suatu
proses reflektif yang menggabungkan tindakan dan penyelidikan untuk
menyelesaikan masalah tentang persoalan tertentu, isu atau fenomena. Ianya
dijalankan secara progresif dan dikendalikan oleh individu atau kumpulan
penyelidik dengan dibantu oleh penyelidik professional.
2.2.4 Penyelidikan penilaian
Penyelidikan penilaian adalah adalah
penyelidikan yang dijalankan untuk mengukur keberkesanan atau pencapaian
sesuatu projek, program, konsep atau kempen. Ia dijalankan untuk menentukan
projek atau program berkenaan mengikut langkah-langkah serta mengikut
objektif yang telah ditetapkankan.
Aktiviti 1 –
Perbincangan
·
Nyatakan jenis-jenis
penyelidikan dan bincangkan secara ringkas salah satu daripadanya.
2.3 Pengenalan
Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
Bab ini bertujuan untuk memberikan
pendedahan kepada jenis reka bentuk kajian yang boleh dilakukan untuk
membolehkan penyelidik menjawab soalan kajian. Pada hakikatnya terdapat pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan.
2.3.1 Penyelidikan
kuantitatif
Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang objektif dan
formal serta menggunakan kaedah statistik. Penyelidikan kuantitatif dicirikan dengan penggunaan sampel yang besar,
piawai pengukuran, pendekatan deduktif dan alat temubual yang berstruktur
untuk mengumpul data buat menguji hipotesis (Marlow, 1993)
2.3.1.1 Kajian eksperimental
Kajian eksperimental
merupakan kajian reka bentuk eksperimen yang menghimpunkan amalan pengumpulan
maklumat, sama ada dengan kawalan sepenuhnya ke atas pembolehubah atau tidak.
Ia dicirikan dengan menipulasi terus atau kawalan ke atas pembolehubah (penyebab)
supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain (kesan atau akibat)
Hubungan sebab akibat ini adalah penting dari perspektif penyelesaian
masalah. Kepentingannya dijelaskan oleh Van Dalen (1973). Sebagai satu
kemestian hubungan sebab dan akibat itu perlu dikemukakan untuk membolehkan
sains mencapai matlamat bagi menjelas, meramal dan mengawal tingkahlaku,
kejadian dan peristiwa. atau tidak.
a. Kaedah Eksperimen
Kaedah eksperimen merupakan
penggunaan dan adaptasi kaedah penyelidikan saintifik. Kaedah ini merupakan
kaedah yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan. Antara beberapa
ciri kaedah ini termasuklah:
i.
Menggunakan tanggapan bahawa jika
terdapat dua situasi yang serba sama dengan satu rawatan diberikan kepada
satu daripada situasi itu, maka perbezaan yang diperoleh (jika ada)
disebabkan oleh rawatan itu. Oleh itu, kaedah eksperimen melibatkan pengawalan
terhadap semua faktor kecuali rawatan yang kesannya hendak dikaji.
ii. Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam
bilik darjah yang beberapa keadaan dapat dikawal.
iii.
Oleh sebab subjek dalam eksperimen
ialah manusia maka tidak semua ciri boleh dikawal. Ciri-ciri seperti minat,
kebolehan mental dan emosi amat sukar untuk ditentukan. Oleh itu, hasil
eksperimen dalam penyelidikan pendidikan tidaklah setepat seperti hasil
eksperimen sains.
iv. Dalam bilik darjah, penyelidik ingin
mengawal faktor-faktor seperti umur, pencapaian, kecerdasan, kebolehan
membaca, status sosia, bangsa dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan mengubah
ciri-ciri subjek dalam kumpulan dan dalam kumpulan eksperimen.
b. Langkah-langkah Penyelidikan
i.
Merancang Membuat Eksperimen
(a)
Mengkaji kenapa perlu dilakukan
eksperimen dan menyatakan masalah yang hendak dikaji.
(b) Membaca penulisan dan hasil kajian yang
lalu tentang masalah yang hendak dikaji.
(c)
Menentukan faktor yang terlibat
dalam eksperimen.
(d)
Menentukan kaedah eksperimen yang
hendak digunakan.
(e)
Merancangkan tempat, masa, dan alat
untuk melakukan eksperimen.
(f)
Membuat percubaan awal.
(g)
Memilih subjek yang diperlukan.
ii.
Melakukan Eksperimen
(a) Mengawal
faktor-faktor yang tidak termasuk dalam eksperimen.
(b) Mencatat
langkah-langkah yang dijalankan.
(c) Merekod
hasil yang diperoleh.
(d) Mengelas,
menganalisis dan mentafsir hasil eksperimen.
(e) Membuat
keputusan.
iii. Membuat Laporan
Jenis-jenis
Eksperimen
Satu cara yang biasa
digunakan untuk mengelaskan jenis eksperimen adalah dengan mengikut jumlah
pengumpulan subjek. Terdapat tiga jenis eksperimen yang boleh dilakukan
berdasarkan jumlah pengumpulan subjek tersebut.
·
Eksperimen
Satu Kumpulan
Dalam eksperimen jenis
ini, rawatan yang kesannya hendak dikaji diberikan kepada satu kumpulan
subjek. Hasil penggunaan rawatan itu ditentukan. Langkah-langkah untuk
menjalankan eksperimen satu kumpulan ialah:
(a)
Memberi ujian pra.
(b) Mengawal semua faktor kecuali rawatan
(pembolehubah tak bersandar).
(c)
Melaksanakan rawatan pada jangka masa tertentu.
(d)
Memberi ujian pasca untuk menentukan kesan
rawatan terhadap pembolehubah
bersandar.
(e) Membincangkan kesan faktor-faktor lain
terhadap pembolehubah bersandar.
Secara ringkasnya, langkah-langkah
menjalankan eksperimen satu kumpulan
adalah
seperti yang berikut:
A = Kumpulan subjek
R1 = Keputusan ujian pra
R2 = Keputusan ujian pasca
X = Rawatan
R1 - R2 = Hasil
rawatan
Begitu juga halnya jika
kita menggunakan faktor-faktor lain (X1, X2, …).
Nilai R2 — R1,
(R3 — R2), boleh dihitung.
X
Kebaikan menggunakan kaedah eksperimen satu
kumpulan ialah,
(a)
Pelaksanaannya mudah.
(b) Putaran kumpulan atau kawalan
kumpulan tidak diperlukan.
Walau bagaimanapun, kaedah ini
mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah
(a) Kesan daripada
satu-satu kaedah akan terbawa-bawa dari satu fasa ke fasa lain
dalam eksperimen itu.
(b) Perubahan wujud dalam kebolehan membaca
di kalangan subjek dari satu fasa
ke fasa yang lain.
(c) Ralat dihasilkan oleh kedewasaan
subjek.
(d) Unit-unit pengukurannya tidak sama.
·
Eksperimen
Kumpulan Selari
Dalam eksperimen jenis
ini, dua atau lebih kumpulan subjek yang setara atau selari digunakan. Satu
daripada kumpulan itu digunakan sebagai kumpulan kawalan dan satu lagi
sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang kesannya hendak dikaji dikenakan
kepada kumpulan eksperimen. Perbezaan yang terdapat pada hasil pengukuran
bagi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas rawatan ditentukan.
Secara ringkasnya,
langkah-langkah menjalankan eksperimen kumpulan selari adalah seperti yang
berikut:
A = Kumpulan kawalan
B
= Kumpulan eksperimen
X R1 — R = Hasil rawatan X
R = Pascaujian—Praujian (Kumpulan
kawalan)
R1= Pascaujian—Praujian (Kumpulan
eksperimen)
Jika lebih daripada dua
kumpulan selari digunakan dan lebih daripada satu rawatan (X, X1,
X2, ...) digunakan, langkah-langkah menjalankan eksperimen menjadi
seperti yang berikut:
R1
— R = Hasil rawatan X
X
X1 R2
— R = Hasil rawatan X1
R3
— R = Hasil rawatan X2
X2
Langkah pertama dalam
kaedah ini adalah dengan memilih kumpulan selari. Langkah ini agak rumit
sedikit sebab wujudnya perbezaan individu dalam kumpulan itu. Walaupun
terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur secara objektif seperti
umur, jantina, bangsa, keadaan fizikal, pencapaian masa lalu, kecerdasan dan
sebagainya, terdapat juga faktor-faktor lain yang agak susah untuk diukur
seperti tabiat membaca, ciri-ciri peribadi (seperti kreatif, naluri ingin
tahu, dan sebagainya).
Oleh itu, untuk menyamakan
kumpulan-kumpulan beberapa cara digunakan termasuklah:
i. Memilih subjek secara rawak (memilih
subjek bagi setiap kumpulan secara rawak
daripada populasi yang besar).
ii. Memilih subjek mengikut skor min dan
sisihan piawai (memilih subjek bagi setiap
kumpulan mengikut skor dalam IQ, umur,
dan sebagainya).
iii. Menggunakan pasangan
sepadan, (memilih dua atau tiga subjek yang agak
serba sama dan memecahkannya kepada dua
atau tiga kumpulan).
·
Eksperimen
Kumpulan Putaran
Kaedah ini menggunakan
faktor eksperimen dan faktor kawalan serentak dan bergilir-gilir. Katakan X,
faktor eksperimen, dan Y, faktor kawalan. Rajah berikut menunjukkan cara
mengendalikan eksperimen dengan menggunakan kumpulan putaran.
Pusingan I A. X R
B Y R1
Pusingan II A Y R2
B X R3
R
+ R3 = Hasil rawatan X
R1
+ R2 = Hasil rawatan Y
(R + R3) — (RI + R2) =
Perbezaan rawatan X dengan Y
Kaedah ini dapat mengawal
faktor perbezaan masa seperti yang terdapat dalam eksperimen satu kumpulan
dan faktor menyamakan kumpulan seperti yang diperlukan dalam eksperimen
kumpulan selari.
2.3.1.2 Kuasi ekperimental
Apakah
kajian kuasi–eksperimen? Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai
keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan
secara rawak. Dua kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan
tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.
Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan
untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulen apabila dalam proses
pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan
oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas
individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya
perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia
ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh
mempengaruhi hasil eksperimen.
Dalam perkataan lain, penyelidik
kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir
eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau
faktor-faktor luaran yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik
bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan (Neuman, 2000). Contoh, seorang
penyelidik telah menjalankan kajian tentang keberkesanan program kaunseling
ke atas pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah. Kajian ini
menggunakan kaedah pemilihan responden untuk pensampelan bertujuan.
Persampelan ini menggunakan ciri-ciri
tingkah laku bermasalah disiplin. Kumpulan rawatan merupakan pelajar yang
bermasalah disiplin mana kala kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar tidak
bermasalah disiplin. Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua
kumpulan berkenaan ialah jantina, bangsa, umur, tahap IQ, tahap pendidikan,
pandangan dan sikap mereka. Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen tidak
dapat dilakukan tetapi penyelidik berkenaan boleh menjalankan kajian
kuasi-eksperimen.
Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur
persampelan secara kebetulan/ persampelan kesediaan (accidental atau
convenience sampling) dan persempelan bertujuan (purposive sampling).
Persampelan secara kebetulan, penyelidik memilih mana-mana responden kajian
yang ditemuinya atau yang paling dekat dengannya. Pemilihan responden kajian
ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana prosedur
persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).
Persampelan bertujuan dalam kajian ini
digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang
mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak penyelidik. Sebagai contoh, kajian
pelajar bermasalah disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah disiplin.
Sampel begini bukan merupakan sampel rawak. Terdapat pelbagai reka bentuk kajian
kuasi-eksperimen tetapi penjelasan hanya diberikan kepada tiga reka bentuk
yang biasa digunakan di kalangan penyelidik dalam
bidang pendidikan. Mengikut Chua (2006), terdapat tiga reka bentuk kajian
kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu:
·
Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang
(nonequivalent groups pre-post test design),
·
Reka bentuk regrasi tidak bersambungan
(regression-discontinuity design)
·
Reka bentuk siri masa (time series design).
Reka bentuk ujian pra-pasca
kumpulan-kumpulan tidak seimbang merupakan reka bentuk yang paling popular
digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka bentuk ini
mempunyai dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
Dalam reka bentuk
kajian ini, analisis Ujian dan Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan
perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. Reka bentuk regresi tidak
bersambung biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas
misalnya menilai keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan
program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin.
Analisis menggunakan
Ujian regrasi. Reka bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa panjang
yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Reka bentuk ini tidak mempunyai
kumpulan kawalan. Penyelidik tidak dapat membuat perbandingan sama ada
rawatan yang diberikan akan menghasilkan perubahan yang diingini atau pun
tidak (Mohd. Majid, 2000).
Pasca ujian akan
dilakukan berulang-ulang sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan
perkembangan pencapaian akademik pelajar yang didedahkan kepada KBSM.
Analisis dilakukan melalui pencapaian ujian yang lebih baik.
2.3.1.3 Kajian tinjauan
Kajian tinjauan merupakan proses
memerhatikan tingkahlaku manusia yang melakukan aktiviti rutin dalam
persekitaran mereka secara natural dalam konteks tertentu. Instrument utama
kajian tinjauan adalah rakaman video. Penyelidik boleh mengumpulkan seberapa
banyak maklumat yang dirakamkan bergantung kepada maklumat dan keperluan
penyelidik. Beberapa orang penyelidik akan bekerjasama secara sistematik
untuk membuat analisis dan membuat interpretasi data yang dikumpulkan.
2.3.1.4. Kajian korelasi
Kajian kolerasi melibatkan penjelasan yang
menentukan perkaitan antara pembolehubah Pembolehubah yang telah wujud dalam
satu fenomena. Penyelidik akan melihat kepada perkara yang telah wujud dan
menentukan kaitan antara dua pembolehubah kuantitatif dan bagaimana
pembolehubah-pembolehubah tersebut di kaitkan antara satu sama lain.
Terdapat dua jenis kolerasi iaitu kolerasi
positif dan kolerasi nagatif. Dalam konteks positif, sekiranya nilai satu
pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua juga meningkat. Dalam
kolerasi negatif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai
pembolehubah kedua menurun, sekiranya nilai satu pembolehubah menurun
maka nilai pembolehubah kedua
meningkat.
2.4.2 Penyelidikan
kualitatif
Kajian kualitatif merupakan kajian
mendalam atas sesuatu situasi & individu. Data dikutip melalui
pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. Kajian
kualitatif adalah kajian yang menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana.
Penyelidik akan terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan.
Pendekatan kajian kualitatif adalah kajian kes, etnografi dan grounded theory. Sampel yang
diambil biasanya menggunakan persampelan bertujuan. Menurut Miles &
Huberman (1994), analisis data melalui data reduction, data display dan conclusion.
2.4.2.1 Kajian
etnografi
Pengenalan Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek
yang bermaksud manusia, bangsa atau budaya. Menurut Agar (1986) dalam
Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy” bermaksud penjelasan
mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk
pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan
dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research).
Pendapat ini dipersetujui
oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha
Marican, (2005). Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap
sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang
kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu
budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada
maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif
ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.
Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam
penyelidikan etnografi seperti “apakah budaya kumpulan itu?”. Oleh itu
etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan
seharian mereka. Ia merupakan potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan
demikian, kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada
penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan (Sabitha
Marican, 2005).
Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian
yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan,
kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa.
Kajian
etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk
menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu
kumpulan seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik,
interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Untuk memahami
“culture-sharing” seseorang pengkaji perlu meluangkan masa di lapangan untuk
interview, memantau dan medokumentasi bagi memahaminya.
Masa yang
lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci.Kajian etnografi
merupakan cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi gambaran
secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan awal
abad ke 20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada
1920-an dan 1930-an oleh “Chicago Scholl of Sociology” (Pole & Morrison,
2003).
Sekitar
tahun1950-an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar
tahun 1960-an kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi
semakin berkurang tetapi kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin
berkembang dan lebih banyak digunakan.Kajian ini masih terbatas tetapi ianya
terus berkembang sekitar tahun 1980-an. Bermula tahun 1980-an ahli etnografi
telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan,
mengendalikan pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang
dilakukan(Creswell, 2005).
Etnografi
merupakan kajian yang menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau sebahagian
daripada kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan menghuraikan
kepercayaan dan amalan harian responden. Kajian etnografi juga perlu mengkaji
kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana mereka berinteraksi
secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus
pada awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan
bilangan responden yang terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji
etnografi mesti menjalankan kajian di kawasan semulajadi responden dalam
tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul data.Sanders (2004), menyatakan
etnografi melibatkan gambaran dan belajar tentang budaya manusia.
Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih
memahami budaya dan hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal.
Keberkesanan kajian etnografi bukan bergantung kepada perspektif penyelidik
tetapi kepada dapatan data. Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam
antropologi iaitu meluangkan masa dengan penduduk tempatan untuk membuat
pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan mereka. Biasanya kajian etnografi
traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari beberapa bulan
hingga bertahun untuk menyiapkannya. Etnografi aplikasi menggunakan kaedah
kajian dengan membawa pengguna untuk melihat bentuk dan perkembangan sesuatu
produk serta perkhidmatan yang baru bagi meningkatkan pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang
kecil dan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa
hari hingga beberapa bulan. Sabitha Marican (2005),
2.4.2.2 Kajian kes
Kajian kes merupakan satu kajian
yang termasuk kedalam kaedah penyelidikan deskriptif. Kajian dibuat secara intensif dan terperinci
oleh penyelidik ke atas unit kecil social seperti individu, satu keluarga,
sebuah kelas, satu institusi, seperti satu cawangan Institut Pendidikan Guru
atau satu masyarakat. Contohnya kajian
terhadap reaksi pensyarah dan pelajar ke atas kelas pembelajaran elektronik
(e-pembelajaran). Kajian kes juga
dibuat secara terperinci ke atas satu program, satu peristiwa, satu aktiviti,
dan satu kumpulan dalam tempoh satu masa.
2.4.2.3 Kajian Sejarah.
Kajian
Sejarah pula diperolehi oleh penyelidik melalui maklumat, data, dan
ilmu pengetahuan dengan meneliti perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang
telah berlaku. Melalui analisis data dan maklumat sejarah secara terperinci,
penyelidik boleh menentukan, sedikit sebanyak, tentang hubungan sebab-akibat.
Penyelidik juga boleh membantu guru pengurus dan pengguna penyelidikan
daripada melakukan kesilapan sama.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan