Isnin, 2 Januari 2017

TAJUK 11 & 12 : PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA KUALITATAIF DAN KUANTITATIF


1.  Data Kualitatif

Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan Iangkah-Iangkah berikut:

              i.             Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis.

             ii.             Menghurai dan membina tema daripada data.

            iii.             Melaporkan dapatan kajian.

           iv.             Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian.

            v.             Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula (transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu "membersihkan" nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau menulis taporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagian-bahagian (segments) dalam teks dan memberikan kod tertentu kepadanya.

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data:

(i)            Tahap pra-analisis;

a.    Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan.

b.    Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan tertentu. 

c.    Data direkod seperti yang dikehendaki.

d.    Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal.

e.    Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan.

f.     Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder.

g.    Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud.

h.    Pastikan data mudah diakses

 

(ii)           Tahap kemasan data;

a.    Pada tahap kemasan data (data reduction),

b.    data ditranskripsikan dalam "word processing“ atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer.

c.    Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.

 

 

(iii)          Tahap pamiran data ;

a.    Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan.    

b.    Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang perlu dibuat.     

 

(iv)         Tahap verifikasi data;

a.    Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan.

b.    Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat.

c.    Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

 

(v)          Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

a.    Penyemakan dan interpretasi dapatan

b.    Interpretasi melibatkna memberi makna dan signifikan kepada analisis.

c.    Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk diskriptif dan penentuan hubungan sesam bentuk.

d.    Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan disiminasi

 

(vi)         Interpretasi

a.    Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda

b.    Interpretasi berdasarkan teori

c.    Interpretasi berdasarkan maklumat

d.    Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

 

2.        Analisis Data Kuantitatif

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Berikut adalah dua proses dalam menganaliss data:

(a) Memproses data dari borang soal selidik

(b) Memproses data dari inventori

 

Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:

 

             i.             Fasa pra-analisis

segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis.

 

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosidur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya.

(d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik/inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.

 


 

 

 

 

            ii.             Fasa pengurangan saiz data

Selalunya, penyelidik cuba menerangkan sesuatu taburan data dengan hanya menggunakan beberapa sukatan penting seperti berikut:

(i) Sukatan kecenderungan memusat: Min, mod, median, kuartil, desil dan persentil, dan lain-lain.

(ii) Sukatan serakan: Julat, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali variasi, dan lain-lain.

 

            iii.             Fasa paparan data

           iv.             Fasa pengesahan data

            v.             Fasa dapatan

 

 


Rajah : Analisis Data Kajian Kuantitatif


Rajah : Reka bentuk Kajian Kuantitatif

 

 

Latihan

 

            Senaraikan bahan dan sumber rujukan rujukan yang anda gunakan untuk mengkaji tentang analisis data.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan