6.1. Proses kajian tindakan:-
·
Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan
·
Merancang tindakan
·
Membina stratergi
·
Melaksanakan tindakan
·
Mengumpul data
·
Menganalisis data
·
Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas
tindakan)
·
Merancang kitaran kedua
·
Mengambil tindakan susulan
6.1.1 Mengenal Pasti Masalah
Langkah utama yang penting dalam penyelidikan tindakan ialah
mengenal pasti amalan yang bermasalah dalam isu bilik darjah yang menjadi
perhatian. Contohnya tahap pencapaian jawi di kalangan pelajar, kemampuan
pelajar dalam membaca Al-Quran, minat pelajar keitka belajar Al-Quran dan
pelnbagai masalah yang dikenal pasti oleh guru pendidikan islam ketika
mengajar. Menurut Kemsis dan Mc Taggart, 1982. Guru perlu memilih masalah topik
dan masalah yang merupakan isu yang penting kepada anda sebagai seorang guru.
Masalah yang hendak dipilih perlu masalah yang boleh diselesaikan atau bersifat
penambahbaikan kepada amalan harian. Diharapkan melalui kajian tindakan yang
dilakukan dapat memberi kesan atau impak ke atas pembelajaran murid dan merubah
tabiat guru.
Kaedah mengenal pasti masalah, guru perlu membuat pemerhatian,
menyoal dan membuat refleksi tentang keadaan sebenar (seluruh kelas atau
sebahagian daripada murid dalam kelas untuk menyiasat dan mencari jalan
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka). Dengan membuat perbandingan
tahap pencapaian murid dengan standard pencapaian yang sepatutnya dicapai
seperti mana yang digariskan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Untuk itu
penyelidik dicadangkan berkolaborasi dengan rakan guru lain, ketua panatia atau
ketua bidang sebelum melakukan kajian tindakan.
Beberapa soalan terbuka seperti di bawah dapat membantu guru unutk
mengenal pasti bidang serta amalan yang
diminati untuk dibuat kajian dalam penyelidikan tindakan.
- Saya ingin memperbaiki
kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam …..
- Saya keliru dengan
kaedah yang digunakan ….
- Kebanyakan guru atau
murid tidak minat dalam ….
- Saya ingin tahu lebih
lanjut tentang …
- Buat masa ini bidang
yang saya minati ialah …
- Saya ingin mencuba
menggunakan idea tentang …
Idea yang diperolehi itu perlu diubah dalam bentuk soalan kajian.
Namun sebelum guru perlu mengambil kira tentang beberapa perkara yang berkaitan
dengan penyelidikan yang akan dilaksanakan supaya penyelidikan yang akan dibuat
itu bermakna dan berfaedah.
- Bagaimana untuk saya
dapatkan penjelasan …
- Adakah kajian itu boleh
diurus dan disiapkan dalam tempoh masa yang ada?
- Adakah melalui kajian
ini akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri anda?
- Adakah anda berpeluang
untuk menyebarluaskan hasil kajian tindakan ini?
- Adakah isu tersebut ada
kaitan dengan amalan anda sebagai seorang guru dan sebagainya?
Selepas itu barulah soalan-soalan penyelidikan dibina dan
dibentuk. Contoh saoalan adalah seperti berikut:
- Bagaimana saya membuat
murid berasa seronok untuk belajar.
- Apakah kaedah yang
paling sesuai digunakan unruk mengajar matapelajaran sirah pendidikan islam
sebagai contoh?
- Bagaimana pendekatan
penjelasan penulisan laporan reflektif memberi kesan ke atas penulisan dan
perasaan murid?
- Bagaimana cara untuk
memastikan murid sentiasa istiqamah dalam amalan?
Untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, sebaiknya
dijelaskan tujuan penyelidikan yang dicadangkan, objektif pelajaran, standard
kandungan, peralatan, bahan pelajaran, kekangan, kekuatan dan bantuan, aktiviti
dan jangkaan dalam persekitaran bilik darjah. Penyataan masalah boleh
dinyatakan dalam bentuk latar belakang kajian dan persoalan kajian. Latar
belakang kajian akan menjelaskan tentang seting kerja seperti peranan guru, ibu
bapa dan murid, budaya belajar di sekolah atau dalam kelas dan penulis boleh
menyatakan masalah yang ingin dikaji. Tinjauan literasi dilakukan untuk
mendapatkan maklumat daripada penyelidik-penyeludik sebelum ini terhadap isu
yang berkaitan masalah yang ingin anda kaji.
6.1.2 Merancang Tindakan
Setelah penyelidik mengenal pasti masalah dan menetapkan tajuk
penyelidikan, penyelidik perlu melakukan perancangan dengan membina kerangka
untuk penyelidikan tindakan. Untuk Berjaya dalam melakukan sesuatu, perlu ada
pada seseorang itu melakukan perancangan yang rapi sebelum melakukan tindakan.
Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang “apa” “bagaimana” “kenapa” “siapa” dan
“bila”. Penyelidik boleh meninjau hasil penyelidikan yang dilakukan oleh
penyelidik lain. Dengan ini penyelidik akan memurnikan lagi tajuk dan persoalan
kajian disamping mengenal pasti stratergi yang baru atau rawatan baru yang
sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerangak kajian ini merupakan
tulang belakang dalam kajian.
6.1.3 Membina Stratergi
Untuk menjawab persoalan yang digariskan, penyelidik perlu membina
stratergi yang betul agar matlamat kajian tercapai. Sebagai contoh, penyelidik
ingin mengkaji penglibatan ibu bapa untuk memastikan murid istiqamah melakukan
amalan solat fardhu di rumah. Penyelidik perlu memikirkan tentang setiap
bahagian persoalan.
- Apakah yang dimaksudkan
dengan penglibatan ibu bapa?
- Bagaimanakah cara
penyelidik mendapatkan respon daripada ibu bapa?
- Apakah cara untuk
menghubungi ibu bapa?
- Bagaimanakah cara untuk
mengukur dan menilai data?
- Bagaimanakah cara
penyelidik mengetahui samaada tindakannya akan memberi kesan ataupun tidak?
- Sudahkah penyelidik
mendapatkan kebenaran daripada guru panitia pelajaran dan guru besar atau
pengetua tentang perancangan yang ingin dilaksanakan?
6.2 Melaksanakan Tindakan
Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan
persediaan dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah:
- Anda telah mendapatkan
kebenaran daripada pihak-pihak berkaitan dengan penyelidikan untuk menjalankan
aktiviti penyelidikan tersebut.
- Menyediakan instrument
alat untuk mengumpul data.
- Cara untuk mengingat
semula tindakan yang akan dijalankan.
- Cara untuk memastikan
ketekalan tindakan.
- Kaedah menyimpan data
bagi memastikan keselamatannya.
Semasa melaksanakan tindakan, penyelidik sebenarnya sedang
mengumpul data. Setiap perancangan dan persoalan kajian perlu disemak semula.
Di samping itu, penyelidik perlu menerusakan pembacaan bidang yang dikaji.
Berkemungkinan akan berlaku perubahan dan penambahbaikan.
6.2.1 Mengumpul Data.
Pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan seperti penulisan
diari, soal selidik, ramakan video dan audio, pemerhatian, temu bual dan bukti
dokumentasi. Teknik yang menjadi pilihan bergantung pada soalan-soalan kajian
yang ditanyakan. Triangulasi diperlukan untuk mengelakan berlakunya bias peribadi.
Ianya penting ketika membentuk kaedah dalam mengumpul data. Data perlu
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan data merujuk kepada sejauh mana
ianya benar-benar mengukur fenomena spesifik yang diselidiki. Manakala
kebolehpercayaan data pula merujuk kepada ketepatan data yang dikutip seperti
yang dikehendaki dalam kajian.
Penyelidik perlu menetep jangka masa untuk melaksanakan
pengumpulan data. Penggunakan buku log dan jurnal pembelajaran akan membantu
membekalkan data yang diperlukan.
6.2.2 Menganalisis Data
Kebanyakan data yang diperolehi melalui penyelidikan tindakan
lebih bersifat kualitatif. Ini bermakna penyelidik mesti menggunakan
kebijaksanaannya untuk menganalisis dan membuat interpretasi maklumat dan data
yang dikumpulkan. Proses analisi data kualitatif meliputi kemahiran membaca
secara kritikal, kemahiran mencari hubungan atau perkaitan antara data-data
yang diperolehi dan kemahiran menentukan jawapan kepada masalah penyelidikan
yang kompleks.
Analisis data dilakukan semasa dan selepas data dikumpulkan.
Analisis semasa data dikumpulkan bermula pada interaksi yang pertama bersama
responden. Ia melibatkan data yang dikumpulkan secara tidak formal untuk
membuat perbandingan di antara data yang sedia ada dengan data yang baru serta
membantu penyelidik menentukan data manakah yang lebih penting. Menganalis data
selepas ia dikumpulkan akan melibatkan jumlah data yang lebih banyak dan
memerlukan data-data tersebut diurus, ditadbir, dikodkan, dikategorikan
mengikut tema dan corak data tersebut.
6.2.3 Membuat Refleksi
Terhadap Tindakan
Penyelidikan perlu memikirkan apakah proses pembelajaran yang
dipelajari daripada kajian yang dijalankan. Catatkan proses tersebut agar dapat
dikongsi bersama dengan rakan-rakan penyelidik, rakan guru, ketua panitia, guru
besar dan pihak pentadbir sekolah. Schein (1999) mengemukakan satu stratergi membuat
refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan dan model intervensi:
- Pemerhatian: menjelaskan apa
yang kita lihat
- Reaksi: meneroka reaksi emosi
terhadap apa yang telah diperhatikan.
- Pertimbangan: menganalisis,
memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian dan perasaan
dengan tujuan mengenal pasti apakah perkara yang didasarkan kepada
perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada anaisis terhadap
peristiwa yang terjadi.
- Intervensi: merancang
pendekatan seterusnya.
6.2.4 Merancang Kitaran
Kedua.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa kajian tindakan adalah
merupakan proses yang berterusan dan merupakan kitaran berulang. Setelah
selesai pusingan pertama penyelidikan, terdapat kemungkinan untuk menyediakan
diri dalam kitaran kedua apabila terdapat isu baru yang timbul semasa melakukan
proses dalam kitaran yang pertama. Cuba penyelidik menggunakan pendekatan lain
hingga penyelidik dapat mencipta inovasi pengajaran yang baru dan berkesan.
Untuk kitaran yang kedua dan seterusnya hendaklah bermula daripada merancang
semula tindaka, melaksanakan tindakan, menganalisis dan membuat refleksi.
6.2.5 Membuat Tindakan
Susulan.
Setelah selesai proses penyelidikan, penyelidik perlu melihat
semula data secara objektif sama ada data-data tersebut menyokong persoalan
yang dikemukakan. Jika berlaku perubahan, adakah perubahan itu signifikan?
Sekiranya dapatan yang diperolehi meleset dari jangkaan, maka penyelidik perlu
menjalankan tindakan susulan. Tindakan susulan bertujuan untuk memperbaiki kesilapan
yang berlaku.
6.3 Contoh Penyediaan
Kertas Kerja Cadangan Untuk Menjalankan Kajian Tindakan.
Sebelum menjalankan kajian tindakan, penyelidik mesti mendapat
kebenaran daripada pihak pentadbir atau pihak atasan sekolan bagi membolehkan
penelidik mendapat sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat,
sumbangan teknikal dan kewangan. Berikut dikemukakan contoh format penyediaan
kertas kerja.
I.
Fokus kajian/ masalah kajian.
II.
Menerangkan isu atau masalah yang berlaku dalam bilik darjah.
III.
Maklumat tentang data pelajar yang terlibat dengan masalah
tersebut.
IV.
Kemungkinan punca isu dan masalah.
V.
Penyelidik mengemukakan cadangan untuk melakukan penambahbaikan
terhadap amalan di bilik darjah yang hendak dilakukan.
VI.
Soalan kajian.
VII.
Sumber literatur.
VIII.
Reka bentuk kajian
IX.
Subjek kajian.
X.
Pelan tindakan.
XI.
Stratergi pengumpulan data.
XII.
Analisis data.
XIII.
Jadual kerja.
XIV.
Perbelanjaan.
XV.
Sumber rujukan
SOALAN
Huraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh para guru dalam melaksanakan
penyelidikan tindakan.
Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan
beberapa persediaan. Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan