Selasa, 31 Januari 2017

KERJA KURSUS N1 DAN P2 UNTUK SEM 1. 2017


Description: IPGKI-BARU.jpgINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

 

TUGASAN  KERJA  KURSUS

 

TAHUN AKADEMIK : 1/2017

Program : PISMP
Nama Pelajar :
Kod : PKU3133
Semester / Tahun : 1/2017
 
Ambilan: JANUARI , JULAI 2014
Kumpulan: N1, P2
Nama Kursus :
Tugasan
Tarikh Mula
Tarikh Hantar
1. Penulisan Esei
2 FEBRUARI 2017
10 MAC 2017

 

Hasil Pembelajaran Kursus:

 

1.    Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan dengan merujuk kepada pelbagai sumber serta mengambil kira etika dalam penyelidikan. (C6,  A5, PLO6, PLO8, LL2, EM2)

Objektif Projek:


1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika.

3. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan

 

Tugasan Projek


Pada tahun 1946, seorang ahli psikologi sosial, Kurt Lewin mula menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah komuniti setempat. Perkembangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori oleh Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1953 apabila beliau menggunakan kajian tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan guru-guru di sekolah.

 
Tugasan:

 
Secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan dengan merujuk kepada pelbagai sumber serta mengambil kira etika dalam penyelidikan

 
Panduan Pelaksanaan Projek

 

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh berbincang dan bergerak secara berkolaboratif untuk menghasilkan penulisan ini.

3. Format penulisan adalah seperti berikut:

 

            3.1       Muka depan hendaklah mengikut templat terkini

            3.2       Fon Arial

            3.3       Saiz huruf – 11

            3.4       Langkau 1.5 baris

            3.5       Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association )

            3.6       Lampiran

            3.7       Jawapan dalam Bahasa Melayu sahaja

 

4. Panjang tugasan tidak melebihi 3200 patah perkataan sahaja.

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

7. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 70%

 
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-kriteria Berikut:
 

1. Penulisan kertas Cadangan perlu memaparkan :


      Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

      Soalan kajian

      Sumber literatur

      Peserta kajian

      Merancang pelan tindakan

      Melaksana pelan tindakan

      Mengumpul data

      Refleksi: Analisis dan huraian data 

      Jadual kerja

      Perbelanjaan


Kriteria Pemarkahan

 
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh          :                                                                                               Disemak oleh:

 

 

..........................................................                                                  .......................................................

(DR. MOHD ANUAR BIN ABDULLAH)                                            ( ABDUL AZIZ BIN SHAMSUDIN)

Penyelaras Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu ll                             Pakar Bidang (SME) Pendidikan  

Khas Masalah Pembelajaran

IPG Kampus Ipoh

 

Disahkan oleh:

 

.......................................................

(ZULKUFLI B. MAHAYUDIN)

Ketua Jabatan JIP

IPG Kampus Ipoh.

 

KERJA KURSUS N1 DAN P2


Description: IPGKI-BARU.jpgINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

 

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

 

(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN DAN PANDUAN PEMARKAHAN)

 

TAHUN AKADEMIK: 2017

 

 

Program :
PISMP
Semester / Tahun:
1 / 2017
 
Nama Kursus :
Penyelidikan Tindakan I
 
Ambilan:
 
Januari, Julai 2014
Kod:
 
PKU3133
Kumpulan:
N1, P2

 

Tugasan
 
Tarikh Mula
Tarikh Hantar
Jam Pebembelajaran
 
1. Penulisan Esei (Proposal)
 
 
 
 
 
 
13

 

Disediakan oleh Pensyarah / Penyelaras Kursus
 
Disahkan oleh Ketua Jabatan
Nama: Dr. Mohd Anuar bin Abdullah
 
Tanda tangan:
 
Tarikh:
 
 
Nama: Zulkufli bin Mahayudin
 
Tanda tangan:
 
Tarikh:
 
 

 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

 

JABATAN                              : ILMU PENDIDIKAN

KOD DAN NAMA KURSUS  : PKU3133 Penyelidikan Tindakan I

 

KUMPULAN                          : N1 , P2

SEMESTER                           : 1/2017

 

TARIKH MULA
2 FEBRUARI 2017
TARIKH HANTAR
10 MAC 2017

 

 

 
Hasil Pembelajaran Tugasan:
1.    Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan dengan merujuk kepada pelbagai sumber serta mengambil kira etika dalam penyelidikan. (C6,  A5, PLO6, PLO8, LL2, EM2)
 

 

Objektif Projek

 

1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika.

3. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan

 

 

SPESIFIKASI
TOPIK
TUGASAN
WAJARAN
ASPEK / KRITERIA PENILAIAN
 
1. Penyelidikan tindakan
 
2. Reka bentuk
 penyelidikan
 
3. Penyelidikan Tindakan:   
    Rancangan dan cadangan
      Konteks
      Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
      Soalan kajian
      Sumber literatur
      Peserta kajian
      Merancang pelan tindakan
      Melaksana pelan tindakan
      Mengumpul data
      Refleksi: Analisis dan huraian data 
      Jadual kerja
      Perbelanjaan
      Sumber rujukan
 
Penyelidikan Tindakan: Kaedah Pengumpulan Data
·         Pemerhatian: Pemerhati, peserta-pemerhati, peserta 
·        Analisis Dokumen: Data berbentuk dokumen
Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur
 
 
TUGASAN:
 
PENULISAN ESEI
- Secara individu anda dikehendaki memahami, memilih dan menyelidiki isu di sekolah serta merangka satu kertas cadangan kajian tindakan.
 
 
 
 
 
70 %
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kriteria Penilaian Penulisan Kertas Cadangan:
 
      Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
      Soalan kajian
      Sumber literatur
      Peserta kajian
      Merancang pelan tindakan
      Melaksana pelan tindakan
      Mengumpul data
      Refleksi: Analisis dan huraian data 
      Jadual kerja
      Perbelanjaan
 
 

 

 

RUBRIK PEMARKAHAN (PENULISAN ESEI) 25%

 

WAJARAN
 
PERINCIAN
 
Amat Cemerlang
 
60 – 70 %
 
  • Boleh menulis dengan idea yang sangat jelas
  • Soalan Tugasan secara keseluruhannya dijawab pada tahap sangat baik.
  • Pemikiran yang sangat kritis dan asli.
  • Kefahaman yang menyeluruh tentang isu-isu utama.
  • Analisis yang sangat tajam dan berfokus.
  • Memilih, merujuk dan mengguna pelbagai bacaan yang sangat relevan dan sesuai.
  • Kualiti penulisan yang signifikan.
  • Tatabahasa dan ejaan yang tepat.
  • Gaya penulisan berfokus dan jelas.
·         Melebihi keperluan jumlah senarai rujukan.
  • Rujukan yang dikumpul adalah relevan dan sangat bersesuaian dengan tugas.
  • Boleh menggunakan maklumat secara maksimum daripada rujukan.
 
 
 
 
Cemerlang
50 - 59%
  • Boleh menulis dengan idea yang jelas
  • Soalan tugasan sebahagian besarnya dijawab pada tahap baik.
  • Pemikiran yang kritis dan asli.
  • Kefahaman hampir menyeluruh tentang isu-isu utama.
  • Analisis yang tajam dan berfokus.
  • Memilih, merujuk dan mengguna pelbagai sumber bacaan yang relevan dan sesuai.
  • Struktur esei meningkatkan kualiti penulisan secara signifikan.
  • Tatabahasa dan ejaan tepat.
  • Gaya penulisan berfokus dan jelas.
  • Memenuhi keperluan jumlah senarai rujukan
  • Rujukan yang dikumpul memenuhi tugas yang diberikan pada tahap baik.
  • Boleh menggunakan maklumat daripada rujukan secara dengan baik.
 
Kepujian
40 – 49 %
 
  • Boleh menulis idea dengan jelas dan memerlukan sedikit penambahbaikan
  • Soalan tugasan sebahagian besarnya dijawab pada tahap baik.
  • Kefahaman sederhana tentang isu-isu utama.
  • Menggunakan rujukan yang sesuai untuk menyokong idea/hujah.
  • Struktur esei yang jelas.
  • Tatabahasa dan ejaan sesuai.
  • Gaya penulisan baik.
  • Memenuhi sebahagian keperluan senarai jumlah rujukan yang diperlukan.
  • Rujukan yang mencukupi dan relevan
  • Boleh menggunakan maklumat daripada rujukan secara sederhan
 
 
Lulus
30 – 39 %
 
  • Boleh menulis idea dengan jelas dan memerlukan penambahbaikan lanjut
  • Soalan tugasan hanya dijawab pada tahap memuaskan.
  • Kefahaman tidak mencukupi tentang isu-isu utama.
  • Ada analisis tetapi kurang mendalam.
  • Bukti bacaan terhad, penggunaan bacaan lemah.
  • Rujukan kurang konsisten
  • Struktur esei kurang jelas dan kurang koheren.
  • Kesilapan tatabahasa dan/atau ejaan agak ketara.
  • Gaya penulisan memuaskan.
  • Kurang memenuhi keperluan jumlah senarai rujukan yang diperlukan
  • Rujukan yang dikumpul kurang sesuai dan terhad.
  • Boleh menggunakan maklumat daripada rujukan secara mínimum.
 
 
Gagal
0 – 29 %
 
 
  • Tidak boleh menulis idea dengan jelas
  • Soalan tugasan hampir tidak dijawab.
  • Kefahaman minimum tentang isu-isu utama.
  • Tiada atau sangat sedikit usaha untuk menganalisis/membincang isu-isu.
  • Sedikit atau tiada bukti bacaan.
  • Rujukan tidak tepat atau tiada.
  • Penulisan esei yang tidak berstruktur.
  • Kesalahan tatabahasa dan/atau ejaan sangat ketara
  • Gaya penulisan terputus-putus.
  • Tidak memenuhi keperluan jumlah senarai rujukan yang diperluka
  • Tiada rujukan yang sesuai dan relevan
  • Tidak boleh menggunakan maklumat daripada rujukan