Khamis, 5 November 2015

PENTAKSIRAN DISLEKSIA
Untuk maklumat tambahan anda boleh melayari website berikut:


1. www. learningsuccessblog.com
3. http://dyslexiaassociation.org.au/index.php?page=how-is-dyslexia-assessed

4. http://dyslexiahelp.umich.edu/professionals/learn-about-dyslexia/diagnosing-dyslexia/tests

5. http://www.testdyslexia.com/

6. http://www.dyslexia.ie/information/information-for-parents/assessment/

7. http://www.arkellcentre.org.uk/support/Assessments.html

8. http://www.nhs.uk/Conditions/Dyslexia/Pages/Diagnosis.aspx

9. http://www.allaboutlearningpress.com/testing-for-dyslexia

10. http://www.dyslexia-australia.com.au/assessment.htm

PENTAKSIRAN DISLEKSIA


PENTAKSIRAN DISLEKSIA

Untuk maklumat tambahan anda boleh melayari website berikut:

1. www. learningsuccessblog.com
3. http://dyslexiaassociation.org.au/index.php?page=how-is-dyslexia-assessed

4. http://dyslexiahelp.umich.edu/professionals/learn-about-dyslexia/diagnosing-dyslexia/tests

5. http://www.testdyslexia.com/

6. http://www.dyslexia.ie/information/information-for-parents/assessment/

7. http://www.arkellcentre.org.uk/support/Assessments.html

8. http://www.nhs.uk/Conditions/Dyslexia/Pages/Diagnosis.aspx

9. http://www.allaboutlearningpress.com/testing-for-dyslexia

10. http://www.dyslexia-australia.com.au/assessment.htm

Khamis, 17 September 2015

Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Khas


Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat  penting. Tanpa pengurusan yang cekap, proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Proses pentadbiran berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang

pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

 

Griffiths (1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner (1984) dalam buku Management mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell (1983) menjelaskan proses pentadbiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

 

Dalam sesebuah organisasi sosial termasuk organisasi pendidikan, pengurusan dan pentadbiran perlu diketuai oleh seseorang individu yang dikenali sebagai pengurus atau pentadbir. Pengurus atau pentadbir boleh di sifatkan sebagai seorang  yang melaksanakan tugas melalui orang lain. Everard (1986) mendefinisikan pengurus atau pentadbir sebagai orang yang:

 

(i)      Tahu apa yang dikehendaki dan tahu penyebab yang membolehkan ia

          berlaku.
(ii)     Bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya untuk

         kebaikan.
(iii)    Meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan mencari

         cara bagi pembaikan secara berterusan.
(iv)    Bertanggungjawab pada prestasi unit yang diuruskan dan ia adalah

         sebahagian daripadanya.
(v)     Mewujudkan suasana yang sesuai yang membolehkan individu

         melaksanakan tugas dengan cemerlang.

 

Dari aspek sosial, institusi yang ditubuhkan oleh masyarkat adalah satu sistem sosial. Contoh institusi itu ialah sekolah. Kesemua institusi atau sistem sosial termasuk sekolah mempunyai matlamat penubuhan dan terdiri daripada komponen-komponen mereka masing-masing. Contohnya sistem sekolah terdiri daripada komponen guru, murid, bangunan, infrastruktur, guru besar, kakitangan sokongan dan lembaga pengurus. Oleh kerana sistem sosial diuruskan oleh manusia yang berinteraksi, yang mempengaruhi dan dipengaruhi, maka adalah satu sistem terbuka yang dilihat pada darjah kebolehan sistem itu melakukan perubahan yang membawa kepada pencapaian matlamat dengan lebih berkesan dan cekap.

 

Bagi sesuatu sistem sosial, tenaga manusia menjadi nadi penggerak komponen-komponen. Tenaga manusia yang dimaksudkan disini ialah pengurus atau pentadbir sistem tersebut. Dengan itu, organisasi sosial yang formal merujuk kepada kaedah dan strategi tenaga manusia menggerakkan sumber-sumber yang diadakan pada komponen-komponen di dalam sistem bagi mencapai matlamat.

Khamis, 3 September 2015

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Khas Abad ke 21

• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

•  Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

• Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

• Memiliki kemahiran kaunseling

• Menggunakan teknologi terkini

Empat Pelajar Pendidikan Khas Wakili Negara ke Cabaran IT Global

26/08/2015 4:19pm


SHAH ALAM - Empat pelajar pendidikan khas dipilih menggalas cabaran negara ke pertandingan 'Cabaran IT Global untuk Belia Kurang Upaya 2015' di Jakarta pada 25 hingga 29 Oktober ini.

Mereka ialah Muhammad Faris Aiman Mohd. Yusri dan Muhammad Danial Jamili dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam, M.Ravi Kumar dari SMPKV Indahpura, Johor dan Tan Chin Ning dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.

Mereka dipilih mewakili negara ke kejohanan itu selepas menjuarai kategori masing-masing pada 'Cabaran ICT Malaysia Untuk Belia Berkeperluan Khas 2015' di SMPKV Shah Alam dari 17 hingga 26 Ogos.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pertandingan julung kali itu diadakan bagi menggalakkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan guru pendidikan khas menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

"Selain itu, pertandingan ini direka khas bagi mencungkil bakat MBK dan guru dalam bidang ICT untuk diketengahkan dan seterusnya diangkat ke peringkat lebih tinggi," katanya semasa berucap menutup pertandinga itu di SMPKV Shah Alam di sini, hari ini.

Jumaat, 29 Mei 2015

PEMANTAPAN MODUL PPG PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Kuala Lumpur  29 Mei 2015 : Bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur telah berlangsung mesyuarat dan bengkel pemantapan Modul PPG Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Pemantapan Modul ini bertujuan untuk menyambut kedatangan MQA bagi proses akreditasi untuk penganugerahan guru-guru yang sedang dan telah menamatkan kursus PPG di IPG kampus masing-masing. Antara panel yang hadir ialah Pn. Nurzalina bt. Nasir (IPGM), Pn. Satariah bt. Kamis (IPGKIpoh), Dr. Madinah Muhammad Yusuf (IPGK Ilmu Khas), Dr. Shahrul Arbaih Othman (IPGK Ilmu Khas), Dr. Lee (IPGK Raja Melewar), dan En. Yusof Mali (IPGK Batu Lintang). Terima kasih semua . Satu lagi Projek Untuk Pendidikan Khas Malaysia.

Isnin, 27 April 2015

Diskalkulia


Apa itu Diskalkulia?

  • Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).
  • Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. (Messenger et al).

Simptom-simptom Diskalkulia

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran:

  • Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x dan ÷
  • besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32
  • mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
  • membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair
  • mengira wang atau melihat masa
  • membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
  • menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
  • Lemah dalam pengiraan spontan.

 
Punca-punca berlakunya Diskalkulia

 Wujud sejak lahir atas faktor genetik
-    Kecederaan pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga.
-    kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan angka-angka

Pendedahan awal matematik yang terdesak

  • pendedahan sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia

Faktor pengajaran di sekolah
  • Pelajar yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepunuhnya kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.

- Pengajaran konsep matematik diabaikan kerana guru mengajar dan melatih pelajar      berfokuskan ujian dan peperiksaan.




Bagaimana untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?

  • Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole
  • Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
  • Mengenalpasti mereka faham akan soalan atau latihan yang ditujukan
  • Mementingkan kefahaman konsep
  • Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
  • Menggunakan bahasa yang senang difahami
  • Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai
  • Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbaga


 Sokongan Keluarga

o   Ahli keluarga, khasnya ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran

o   Sentiasa merujuk kepada guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.

o   Mengajar anak-anaknya atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan

o   Memberi peluang kepada mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian

o   Ibubapa memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya dalam kehidupan.

Elemen Pembelajaran Pendidikan Khas Abad ke 21


Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

• Literasi Maklumat (Information Literacy)

• Literasi Media (Media Literacy)

• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)

• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)

• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Temuduga IPG

Dah lama tak menulis diblog DCI ni.. Lebih setahun DCI mengalami maslah teknikal dan kini akan mula beroperasi kembali. Hari ini ramai ibu bapa yang datang berkunjung ke IPG kampus Ipoh membawa anak untuk menjalani sesi temuduga. DCI telah membuat tinjauan ke lokasi temuduga dan dapat memerhatikan gelagat para bakal siswa guru yang akan mula mendaftar di IPG seluruh negara bermula Julai ini. DCI juga bertemu rakan panel temuduga dari kampus IPDA dan pastinya akan memberi fokus kepada Major Pendidikan Khas. Selamat Menjalani Temuduga.