Apa itu
Diskalkulia?
- Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan/pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008).
- Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES),
Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi
keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia
menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan
kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta
nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak
dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan
jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan
diri. (Messenger et al).
Simptom-simptom Diskalkulia
Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia
akan menghadapi kesukaran:
- Mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +,
-, x dan ÷
- besar dan kecil. Contohnya: tidak dapat menentukan nilai
terbesar antara 23 dan 32
- mengira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib
menurun
- membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang,
jarak atau cecair
- mengira wang atau melihat masa
- membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang
kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
- menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak
dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
- Lemah dalam pengiraan spontan.
- Kecederaan
pada otak sebelah kiri berdekatan dengan telinga.
- kerana otak kiri berfungsi menterjemahkan
angka-angka
Pendedahan awal matematik yang terdesak
- pendedahan
sebelum kanak-kanak bersedia untuk menerima konsep matematik menyebabkan
kanak-kanak berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan
menjadi fobia
Faktor pengajaran di sekolah
- Pelajar
yang lemah tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan sepunuhnya
kerana guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran seperti yang ditetapkan.
- Pengajaran konsep matematik diabaikan kerana guru mengajar
dan melatih pelajar berfokuskan
ujian dan peperiksaan.
Bagaimana untuk mengajar kanak-kanak Diskalkulia?
- Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole
- Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
- Mengenalpasti mereka faham akan soalan atau latihan yang
ditujukan
- Mementingkan kefahaman konsep
- Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
- Menggunakan bahasa yang senang difahami
- Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi
mereka depan khalayak ramai
- Menggunakan alat bantu mengajar yang pelbaga
Sokongan Keluarga
o
Ahli keluarga, khasnya
ibubapa perlu mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak
bermasalah pembelajaran
o
Sentiasa merujuk kepada
guru kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah.
o
Mengajar anak-anaknya
atau memberi pendedahan tentang pengiraan melalui permainan
o
Memberi peluang kepada
mereka untuk berhadapan dengan pengiraan dan penghitungan dalam aktiviti harian
o
Ibubapa memberi
kerjasama dengan pihak sekolah bagi membimbing anak-anak mereka supaya berjaya
dalam kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan