Khamis, 3 September 2015

Empat Pelajar Pendidikan Khas Wakili Negara ke Cabaran IT Global

26/08/2015 4:19pm


SHAH ALAM - Empat pelajar pendidikan khas dipilih menggalas cabaran negara ke pertandingan 'Cabaran IT Global untuk Belia Kurang Upaya 2015' di Jakarta pada 25 hingga 29 Oktober ini.

Mereka ialah Muhammad Faris Aiman Mohd. Yusri dan Muhammad Danial Jamili dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam, M.Ravi Kumar dari SMPKV Indahpura, Johor dan Tan Chin Ning dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.

Mereka dipilih mewakili negara ke kejohanan itu selepas menjuarai kategori masing-masing pada 'Cabaran ICT Malaysia Untuk Belia Berkeperluan Khas 2015' di SMPKV Shah Alam dari 17 hingga 26 Ogos.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pertandingan julung kali itu diadakan bagi menggalakkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan guru pendidikan khas menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

"Selain itu, pertandingan ini direka khas bagi mencungkil bakat MBK dan guru dalam bidang ICT untuk diketengahkan dan seterusnya diangkat ke peringkat lebih tinggi," katanya semasa berucap menutup pertandinga itu di SMPKV Shah Alam di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan