Ahad, 26 Februari 2012

PERUNDANGAN BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS

3.0       Pengenalan

Public Law 94-142 (PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.  Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini  telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak   biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain.  Oleh itu , guru Pendidikan Khas akan diperuntukkan di setiap sekolah bagi menjaga hak kanak-kanak yang menghadapi masalah ini.


3.1      Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-mandat asas PL94-142 telah diberi penekanan pada tahun 1990 , apabila Akta Pendidikan Individu  Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law 94-476) atau singkatannya IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah memberi penekanan terhadap pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment , pentaksiran yang tidak mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).

3.1.1   Pendidikan untuk semua

Pendidikan untuk semua adalah bermaksud setiap individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi.  Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak terkecuali dan mereka layak  disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi   kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan  pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila peruntukan PL 99-457 diperkenalkan iaitu khusus untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanak-kanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi.

3.1.2   Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )

Persekitaran yang  paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga  di dalam kelas kanak-kanak biasa.  Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai ' pendidikan inklusif '.
Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif.  Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa.  Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.

3.1.3   Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi

Kanak-kanak  khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan.  Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara.  Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.(Yusuf,etal, 2006). 
Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihak-pihak lain  untuk memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di kelas khas tersebut .Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut akan dinilai dan satu perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT  tersebut. (Yell,M.L 2006).
Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, lebih daripada satu penilaian dilakukan untuk sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan secara menyeluruh dalam katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)

3.1.4.   Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan
Ibu bapa adalah merupakan khidmat sokongan yang terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka memainkan peranan penting dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.

3.1.5   Hak ibu bapa yang membantah (due process)

Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang individu adah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini.  Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan.  Namun , ibu bapa mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah.
Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka.  Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006)

3.1.6   Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)

Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh kanak-kanak tersebut. (Kauffman dan Hallahan, 2005) . Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika Syarikat apabila PL 94-142 digubal menjadi satu akta yang dikuatkuasa dari segi perundangan. Seterusnya RPI menjadi panduan di beberapa buah negara termasuk di negara kita dan dijadikan sebahagian daripada cara untuk menilai murid-murid berkeperluan khas. Dalam melaksanakan program RPI yang disediakan untuk murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:

a)    Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.
b)    Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
c)    Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan.
d)    Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.
e)    Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.
f)     Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
g)    Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.
Kriteria penilaian objektif yang bersesuaian, prosedur penilaian, dan jadual menentukan pencapaian dan penguasaan objektif jangka pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.RPI yang diperkenalkan ini dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995).

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS

2.1       SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam bahagian 1 (tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
             Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.  Jadual 1.1 menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas.

 Jadual 1.1 : Tarikh-tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas

1926
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka
1931
Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
1962
Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 
1963
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
1977
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu

1978
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu
Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran
1979
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional , Kementerian Pendidikan
1983
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
1984
Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
1988
Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
1995
Program  Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan



2.2.1 Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di dalam negara

Bagi meningkatkan lagi pengetahuan anda, di dalam modul ini juga disediakan sejarah tentang pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Teliti maklumat yang diberikan untuk membantu anda membuat latihan yang disediakan.

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusan  perbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia


Peristiwa
1988
- Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).

-  Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 
1990
-   Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah
    Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari   
    kelas-kelas percantuman telah diuji.
-    Mesyuarat  menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti
    Malaya.
1991
- Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
1992
- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.


1993
- Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.  Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.
1995
-  Pendidikan Inklusif bermula.


1996
- Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
2006
-  Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.



2.2. SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law  1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk  menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas.  Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran.  Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa

  Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara.  Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.  Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini.  Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.  Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas.  Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.  Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi  bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.  Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.  Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.  Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.  Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
.  





1.2         Sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di luar negara

Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;

a).        Terencat akal
            Ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:
1.     A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)
2.    The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)
3.    Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)
4.    Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)
5.    Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)
6.    On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)
7.    A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M
8.    Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)
9.    From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).

b).        Autisme

Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.
·         Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah                 
            perkembangan.
·         Aspeger telah membincangkan tentang kanak-kanak yang luar biasa daripada aspek masalah sosial, tidak mempunyai pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

c)            Sindrom Down
·         Sejarah awal bermula pada tahun 1505 apabila sebuah lukisan yang terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.
·         Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon   
            Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.
·         Pada tahun 1932, De Waardenburg berpendapat down syndrome mungkin  disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.
·         Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom.

d)            Masalah tingkah laku dan emosi
·         Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada    tahun 1547 di mana institusi pertama dibuka untuk orang yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.
·         Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis  telah mengarahkan supaya orang ramai lebih berperikemanusiaan kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.
·         Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai  “Father of American Psychiatrist” mencadangkan lebih kepada kaedah  kasih  sayang untuk kanak-kanak ini.

Jumaat, 24 Februari 2012

MANA MILIK KITA

HAYATI, RENUNGI DAN REFLEKSI

MANA MILIK KITA
Munsyid: Rabbani
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Rabu, 15 Februari 2012

Anak Kurang Intelek Tidak Lemah

BERJAYA...walaupun tergolong sebagai atlet kurang upaya intelektual, mereka mampu membuktikan kejayaan dalam bidang sukan.
BERJAYA...walaupun tergolong sebagai atlet kurang upaya intelektual, mereka mampu membuktikan kejayaan dalam bidang sukan.
ZAIM...menang pingat perak dan gangsa di Athens.
ZAIM...menang pingat perak dan gangsa di Athens.

JIKA dilihat daripada segi fizikal, tiada apa yang kurang kerana mereka sama seperti remaja lain. Malah lebih berjaya apabila mampu mewakili negara dalam kejohanan Sukan Olimpik Istimewa Dunia bersempena musim panas di Athens, Greece, pada tahun lalu apabila berjaya membawa pulang enam pingat emas, enam perak dan 11 gangsa dalam acara kayak, boling, lompat jauh dan bocce.
Kejayaan ini tentunya membuktikan golongan yang mempunyai kekurangan intelek mampu mencipta kejayaan tersendiri sekiranya mempunyai semangat serta melakukannya bersungguh-sungguh.
Menurut definisi Persatuan Pembangunan Kurang Upaya Intelek Amerika (AAIDD), seorang individu dianggap mengalami kurang upaya intelektual berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu mempunyai tahap fungsi intelektual (IQ) di bawah 70-75, terdapat kekangan yang wujud di dalam dua atau lebih kemahiran adaptif serta dikesan sebelum usia 18 tahun.

Kemahiran adaptif merujuk kepada 10 kemahiran seperti komunikasi, penjagaan diri, kehidupan di rumah, kemahiran sosial, riadah, kesihatan dan keselamatan, matlamat diri, fungsi akademik, kemasyarakatan dan pekerjaan, manakala kanak-kanak yang mengalami kekurangan dalam kemahiran ini tergolong di dalam kanak-kanak kurang upaya intelek.

Salah seorang atlit yang mewakili negara dalam sukan boling di Sukan Olimpik Istimewa di Athens pada tahun lalu, Zaim Abu Hirzan Zaidan, 16, yang mengalami masalah autisme ringan sejak dilahirkan berjaya membuktikan dia mampu mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat perak dan gangsa dalam sukan itu.

Ketika ditemui, Zaim nampak pendiam dan hanya memberikan jawapan ringkas ketika ditemu ramah. Nyata dia kurang berkeyakinan namun mula ramah bercerita setelah lama berbual. Mula bermain boling ketika berusia 14 tahun iaitu mengikut keluarga ke pusat boling, akhirnya bakatnya diketengahkan guru pendidikan khas yang juga jurulatih boling, Mohd Shukry Hussain.

Pelajar tingkatan empat SMK Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur ini menjalani latihan
di pusat boling Sri Petaling sekali seminggu selama lima hingga enam jam sehari.

“Saya memang peminat boling, tambah pula nenek yang berusia 64 tahun juga peminat sama dan sering memberikan nasihat dan panduan bagaimana menjadi pemain yang baik. Mula-mula membuat balingan memang ke longkang tetapi lama-kelamaan apabila sudah mendapat teknik terbaik barulah ia konsisten.

“Jurulatih banyak mengajar saya supaya menumpukan sepenuh perhatian ketika membuat balingan. Ini kerana apabila kita fokus barulah dapat mengumpul mata yang banyak,” katanya.

Selain bermain boling, anak sulung dua beradik ini juga gemar meluangkan masa dengan melukis. Walaupun agak lemah dalam pelajaran, dia menunjukkan prestasi yang baik di kelas. Katanya, selepas habis sekolah, dia membuat kerja sekolah kemudian menjalani latihan sukan manakala pada waktu malam baru mengulang kaji pelajaran dibantu ibu.

Jurulatih atlet Sukan Olimpik Istimewa sejak 2007, Mohd Shukry Hussain mengakui latihan kepada atlet istimewa harus dilakukan lebih kerap. Ini berbeza dengan atlit paralimpik yang dengan jelas mengalami kekurangan anggota. Mereka yang tergolong dalam kategori lemah intelektual ini sukar dibaca pemikiran mereka.

“Ini kerana mereka agak lambat dalam menerima arahan dan perlu dilakukan berulang-kali. Ada pula yang terlalu hiperaktif namun anak-anak ini mempu�nyai semangat yang tinggi serta mempunyai daya juang untuk memenangi perlawanan,” katanya yang berpengalaman selama 22 tahun dalam bidang pendidikan khas Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Presiden Olimpik Istimewa Malaysia (SOM), Datuk Muhammad Feisol Hassan, Zaim adalah contoh kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah pembelajaran namun mampu membuktikan kekurangan bukan alasan untuk berjaya.

Seharusnya lebih ramai ibu bapa tampil memberikan sokongan dengan menghantar anak-anak istimewa ke sekolah dan mencungkil bakat dalam bidang sukan. Ini kerana sukan adalah aktiviti terbaik yang patut diceburi golongan ini kerana mempunyai banyak kebaikan. Selain menambah kecergasan fizikal dan kemahiran motor, sukan membina imej positif sama ada pada diri dan persekitaran serta meningkatkan keyakinan diri dan sokongan keluarga.

“Keluarga yang mempunyai anak bergiat dalam sukan menjadi lebih kuat kerana mereka belajar untuk lebih memahami bakat dalam diri anak-anak manakala rakan-rakan sekeliling akan lebih menghormati dan menjalin hubungan yang baik dalam keluarga,” katanya.

Menerusi sukan, persaingan antara mereka menjadi medan terbaik bagi menguji kemahiran atlet, mengukur kemajuan mereka dan mendorong untuk perkembangan fizikal dan mental menjadi lebih baik. Latihan sukan serta persaingan membantu golongan kurang upaya intelektual ini menjadi lebih sihat malah berani menghadapi cabaran melangkaui sempadan bangsa, politik, umur dan agama.

“Sebagai contoh, ketika Sukan Olimpik Istimewa di Athens pada tahun lalu, pelari dari Nigeria yang membuat larian 400 meter menunggu sehingga semua rakan yang lain sampai ke garisan penamat lalu berlari bersama-sama. Ini menunjukkan betapa istimewa dan jujurnya hati golongan istimewa ini kerana mereka tiada sifat ingin menang sebaliknya menunjukkan rasa hormat, persahabatan dan tidak mementingkan diri sendiri,” kata Feisol.

Apa yang penting, ibu bapa tidak harus menyimpan anak-anak yang mengalami kekurangan intelektual ini di rumah kerana malu berhadapan masyarakat.

Sebaliknya mereka harus sedar, memiliki anak-anak ini adalah anugerah Allah dan berusaha memberikan yang terbaik kepada mereka.

Bagi Naib Presiden SOM, Datuk Peter Velappan, walaupun anak-anak ini istimewa, mereka mempunyai hak untuk mendapat persekitaran yang baik, berkawan dan menyumbang kepada negara. Ibu bapa tidak harus bersedih sebaliknya menunjukkan laluan berbeza dengan memberikan pendidikan dan kemahiran berguna kepada mereka.

Ini boleh dilakukan ketika anak-anak masih kecil dengan mengajar mereka berjalan, berlari dan melompat. Pada usia tujuh hingga sembilan tahun biarkan mereka bermain dengan kanak-kanak normal supaya mereka tidak rasa terasing.

“Dalam hal ini, ibu bapa harus memberikan sokongan moral kepada anak-anak supaya mereka membesar menjadi insan berguna bukan saja kepada keluarga tetapi negara. Sekurang-kurangnya mereka mampu berdikari, bekerja dan menggembirakan hati ibu bapa,” katanya.

Ibu bapa tidak perlu bim�bang kerana kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak kurang upaya intelek�tual seperti sekolah pendidikan khas serta kemudahan sukan. Apa yang penting peranan ibu bapa serta masyarakat agar memberikan sokongan untuk melihat lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Bagi kanak-kanak kurang upaya intelektual, Sukan Olimpik Istimewa adalah tempat golongan ini diterima dalam masyarakat. Malah, ada antara mereka yang menunggu seumur hidup untuk menceburi bidang sukan seterusnya mewakili negara.

Sabtu, 11 Februari 2012

MEMAHAMI DAN MENGENAL PASTI DINAMIK KELUARGA

Apakah yang dimaksudkan dengan dinamik keluarga?
Dinamik keluarga bermaksud keadaan keluarga yang boleh berubah-ubah dari segi tanggapan, penerimaan, layanan dan secara umumnya hubungan kekeluargaan di antara seorang kanak-kanak berkeperluan khas dengan ahli keluarga yang lain.
Keluarga adalah sebuah institusi asas yang paling penting dalam kehidupan kita, malah merupakan satu faktor penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Keluarga membentuk sahsiah, kepercayaan dan jati diri seseorang insan. Penerimaan dan layanan keluarga terhadapnya boleh mempengaruhi gaya hidup, penampilan dan kepercayaan kendirinya. Perkara ini amat penting kepada seorang kanak-kanak, terlebih lagi kepada seorang kanak-kanak berkeperluan khas. Pada zahirnya seorang kanak-kanak khas mempunyai tanggapan berbeza terhadap dirinya berbanding kanak-kanak biasa yang lain, dan tanggapan ini lazimnya menjurus ke arah yang negatif. Keluarga berperanan untuk mengatasi dan mengikis tanggapan negatif ini dan menyemai tanggapan-tanggapan yang positif di dalam dirinya.
Menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak khas bukan menjadi pilihan kepada sesiapa, tetapi adalah ditakdirkan. Seacara amnya, tidak ada sesiapapun memilih untuk menjadi ibu bapa kepada yang berkeperluan khas, dan tidak ada sesiapapun yang pernah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu sehingga ia terjadi. Di sini timbulnya masalah penerimaan keluarga terhadap kanak-kanak itu dalam bentuk penolakan atau peminggiran langsung terhadapnya, penafian kendiri dan saling sering menyalahi di antara satu sama lain di pihak pasangan ibu bapa kanak-kanak itu. Di dalam kebanyakan kes, kanak-kanak yang tidak berdosa itu menjadi mangsa keadaannya.
Di dalam keluarga yang besar dengan terdapatnya adik-beradik lain yang normal; kanak-kanak berkeperluan khas ini mempunyai satu dimensi lain yang perlu dihadapi berbanding kanak-kanak khas di dalam keluarga beranak tunggal. Adik-beradik lain itu boleh menjadi sumber inspirasi atau kekuatan kepada dirinya, atau menjadi sumber kepada masalahnya! Oleh itu, penerimaan dan empati golongan ini, selepas penerimaan dan limpahan kasih sayang ibu bapa, amat penting kepada kanak-kanak itu. Dengan sokongan padu daripada semua ahli keluarganya, seorang kanak-kanak khas boleh melangkah dengan penuh semangat dan keyakinan ke dalam dunia luar dari lingkungan serta pengaruh keluarga terdekatnya.

Rabu, 24 Ogos 2011

SALAM EIDUL FITRI

Kad Ucapan Hari Raya 2011

SALAM. Pertamanya DCI nak menyusun sepuluh jari mohon keampunan kepada semua pengunjung. Semoga Fajar Syawal kali ini membawa penuh erti pada kita semua. Dalam kita bergembira meraikan hari mulia ini, ingat-ingat lah juga pada insan-insan istimewa yang kehadiran mereka di bumi Allah ini perlunya diraikan bersama. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan para pendidik PENDIDIKAN KHAS yang berjaya dalam ujian madrasah ramadhan bersama anak-anak istimewa dan kelainan upaya ini. Buat pengunjung DCI yang terdiri daripada  para pelajar saya, dikesempatan ini mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran tutur kata sepanjang kita berkuliah. Saya sentiasa menghargai anda semua.