Ahad, 28 April 2013

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU.

Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran sosial dan tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan dengan umur dan kumpulan kebudayaan.

Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.

Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial. Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapat beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang lain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod anekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.

Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betul dan lebih jitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan