Inilah buku terbaru Pendidikan Khas yang wajib dipunyai oleh seluruh warga pendidikan khas, pendidikan pemulihan, ibu bapa dan pendokong warga OKU di Malaysia. Sebuah buku yang digarap rapi oleh ilmuan pendidikan khas khususnya dari UKM, sebuah universiti tempatan yang tersohor dalam disiplin ilmu pendidikan khas. Buku ini mengupas dari sudut Konsep dan Amalan dalam iklim Pendidikan Khas di Malaysia. Berbekalkan pengalaman, amalan dan kajian mendalam barisan penulis, menjadikan pembaca buku ini seolah-olah berada di bilik kuliah pendidikan khas, di kelas pendidikan khas malah di dunia pendidikan khas. Buku setebal 312 muka surat ini dipecahkan kepada 12 bab. Bab 1 : Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. Bab 2: Pentaksiran Potensi dan Keperluan Pembelajaran. Bab 3: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Bab 4: Teknologi Bantuan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Pengenalan dan Kriteria Pemilihan Bahan. Bab 5: Pendidikan Inklusif. Bab 6: Ciri-ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Bab 7: Pendidikan Kanak-kanak Pekak. Bab 8: Prestasi Akademik Kanak-Kanak Pekak. Bab 9: Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 10: Latihan Orentasi dan Mobiliti Untuk Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 11: Kanak-Kanak Bermasalah Intelek. Bab 12: Konsep Pintar Cerdas dan Berbakat. Buku berharga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) ini boleh diperolehi daripada : SPECIAL EDUCATION TRAINING AND CONSULTANCY CENTRE (IP0267394-T). Beralamat di 3, Lebuh Pegoh Timur 17, Taman Lapangan SSI, 31650, Ipoh, Perak. Belian melalui pos / talian juga akan diuruskan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 012-5536232.Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Rabu, 17 Mac 2010
BUKU PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: KONSEP DAN AMALAN
Inilah buku terbaru Pendidikan Khas yang wajib dipunyai oleh seluruh warga pendidikan khas, pendidikan pemulihan, ibu bapa dan pendokong warga OKU di Malaysia. Sebuah buku yang digarap rapi oleh ilmuan pendidikan khas khususnya dari UKM, sebuah universiti tempatan yang tersohor dalam disiplin ilmu pendidikan khas. Buku ini mengupas dari sudut Konsep dan Amalan dalam iklim Pendidikan Khas di Malaysia. Berbekalkan pengalaman, amalan dan kajian mendalam barisan penulis, menjadikan pembaca buku ini seolah-olah berada di bilik kuliah pendidikan khas, di kelas pendidikan khas malah di dunia pendidikan khas. Buku setebal 312 muka surat ini dipecahkan kepada 12 bab. Bab 1 : Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. Bab 2: Pentaksiran Potensi dan Keperluan Pembelajaran. Bab 3: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Bab 4: Teknologi Bantuan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Pengenalan dan Kriteria Pemilihan Bahan. Bab 5: Pendidikan Inklusif. Bab 6: Ciri-ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Bab 7: Pendidikan Kanak-kanak Pekak. Bab 8: Prestasi Akademik Kanak-Kanak Pekak. Bab 9: Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 10: Latihan Orentasi dan Mobiliti Untuk Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 11: Kanak-Kanak Bermasalah Intelek. Bab 12: Konsep Pintar Cerdas dan Berbakat. Buku berharga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) ini boleh diperolehi daripada : SPECIAL EDUCATION TRAINING AND CONSULTANCY CENTRE (IP0267394-T). Beralamat di 3, Lebuh Pegoh Timur 17, Taman Lapangan SSI, 31650, Ipoh, Perak. Belian melalui pos / talian juga akan diuruskan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 012-5536232.Khamis, 4 Mac 2010
MENGAPA KANAK-KANAK BERBOHONG ?
KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'. Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu. Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius. Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku. Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah. Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian. Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.
Rabu, 3 Mac 2010
Dicakar..?
KANGAR: “Anak bongsu saya pernah demam selepas didenda ketuk ketampi guru berkenaan tetapi saya berdiam diri. Kali ini, saya betul-betul kecewa apabila melihat pipinya berdarah dipercayai dicakar guru yang sama. “Malangnya guru berkenaan sanggup bertegang urat dengan saya dengan menafikan melakukan perbuatan itu dan mendakwa luka di pipi disebabkan terkena kotak pensel,” kata Zakaria Kasa, 39, bapa kepada Zaidi Putra, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Sanglang, semalam.Beliau berkata, dalam kejadian jam 8.40 pagi Selasa minggu lalu, Zaidi, 7, luka di pipi kanan selepas terkena kuku guru wanita berusia awal 50-an didakwa bertindak mencakar muka anaknya. Katanya, guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris itu dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila Zaidi gagal menyiapkan kerja sekolah, namun guru berkenaan menafikan melakukan perbuatannya itu dan guru besar menghubunginya semalam meminta maaf.
Pada pandangan saya perkataan `cakar` tidak sesuai digunakan. Apa respon anda. ?
Selasa, 2 Mac 2010
MENDIDIK ANAK
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya. Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar. Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Ahad, 28 Februari 2010
MANUSIA BERHATI BINATANG
KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya,
Semuanya sudah berlaku. Adakah siibu tidak mengenali perangai kekasihnya ? Adakah kerana cinta buta semuanya. Jadikan ia satu pengajaran.
Sabtu, 27 Februari 2010
KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.Rabu, 24 Februari 2010

DARI luaran mereka kelihatan normal. Tiada cacat cela pada fizikal mereka, namun apabila diajak bicara kepala digelengkan sambil tangan menunjukkan isyarat di telinga membawa erti mereka tidak boleh mendengar.
Tanpa pendengaran, golongan pekak bergantung kepada alternatif lain untuk berkomunikasi dan mereka bergantung sepenuhnya kepada bahasa tubuh, gerak badan dan juga mimik muka.
Bahasa isyarat merupakan medium utama bagi mereka berkomunikasi, namun sejauh mana kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab benar-benar memahami keperluan golongan ini dalam memudahkan mereka memahami input dan juga menyampaikan pendapat.
Jika dibanding orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dengan OKU kategori lain, kecacatan mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana mereka tidak menggunakan tongkat atau kerusi roda.
Khidmat jurubahasa amat penting kepada golongan itu terutamanya sebagai pengantara dalam sebarang urusan seperti temu duga, mesyuarat, siaran televisyen dan sebagainya.
MALAYSIA masih kekurangan khidmat jurubahasa untuk membantu golongan pekak.
Kita mempunyai enam saluran utama iaitu TV1, TV2, NTV7, 8TV dan TV9 yang dikawal oleh dua gergasi media iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima. Ini tidak termasuk saluran yang disediakan stesen televisyen berbayar Astro.
Namun, hanya TV1 menyediakan khidmat jurubahasa isyarat dalam siaran Berita Nasional bagi memudahkan golongan pekak untuk sama-sama mendapat intipati daripada siaran berita tersebut.
Mendekati jurubahasa isyarat Tan Lee Bee, 47, atau lebih mesra dengan panggilan Lee Bee, dia mempelajari bahasa isyarat secara tidak formal dan tidak pernah memiliki apa-apa sijil mengenainya. Namun, nama Lee Bee bukan lagi asing dalam bidang alih bahasa ini kerana dia telah hampir 30 tahun menceburkan diri sebagai jurubahasa isyarat.
Dia yang berkhidmat sebagai jurubahasa RTM sejak tahun 1996 memberitahu segalanya bermula kerana dia mempunyai seorang adik perempuan dan seorang sepupu yang cacat pendengaran.Lee Bee merupakan jurubahasa isyarat bebas di RTM dan mahkamah selain untuk pihak polis dan apa sahaja organisasi yang memerlukan khidmat jurubahasa isyarat.
Menjadi jurubahasa isyarat bukan mudah. Jika di televisyen, saya perlu mendengar dengan teliti apa yang dibaca oleh pembaca berita dan mengolah dalam bahasa isyarat.
Bukan semua butir yang dibaca akan diterjemahkan kerana ia adalah agak mustahil. Saya akan mengambil hanya idea penting daripada setiap hujah, katanya.
Kata Lee Bee, paling hebat pun hanya 98 peratus daripada apa yang dibaca pemberita boleh diterjemahkan. Itu pun sekiranya jurubahasa itu benar-benar pakar dan sering bergaul dengan golongan pekak.Ini kerana bahasa mereka kadangkala berubah seperti bahasa pasar kita yang normal, ujarnya.
Cerita wanita itu lagi, menjadi jurubahasa untuk orang pekak bukan sahaja memerlukan isyarat tangan, mimik muka bahkan pergerakan badan.
DENGAN adanya jurubahasa ia memudahkan rutin harian golongan pekak seperti semasa belajar, mesyuarat atau temu duga.
Tidak semua orang yang pandai menggunakan bahasa isyarat boleh menjadi jurubahasa yang baik. Kerana itu pakar jurubahasa di Malaysia tidak sampai 10 orang, katanya.
Akui Lee Bee tugas sebagai jurubahasa isyarat di mahkamah lebih mencabar. Katanya, 10 kes yang melibatkan orang pekak, sembilan daripadanya tidak tahu bahasa isyarat.

Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)