KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'. Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu. Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius. Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku. Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah. Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian. Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Khamis, 4 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan