MAKNA SAHABAT MENURUT RASULULLAH SAW.
“Sebaik baik sahabat di
sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik
jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis
riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di
antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh
sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa
tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara
muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan
(kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu
teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,
melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Banyak sekali hadis-hadis
tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan
biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan
biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih
jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah,
Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat,
jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?
Allah
SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu
juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari
berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak
suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap
ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada
berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang
bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan
beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di
antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Dalam Islam, faktor memilih
kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang
sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk
personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak
muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika
salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari
dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah
mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa
yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti
(berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak
wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya
mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda
atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah
ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam
membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat
Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau
berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau
memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah
sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan
jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 –
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat
yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau
bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat
berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka
menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula
menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa
dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5
– Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas
daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana
kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah
kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita
tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta.
Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu
kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya
membantutkan usaha kita ke arah itu.
Dalam kitab al-Hikam ada
menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan
semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau
ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan
mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus
memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus
mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada
mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah
seperti mereka pula.”
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan
meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2.
Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal
lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan
kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak
sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu
lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal
yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji
dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros
dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka
berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke
tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Selasa, 2 Februari 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan