Pengenalan
Ejaan adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran ini boleh diperolehi melelui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.
Punca kanak-kanak lemah dalam ejaan
Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah :
i. Lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory)
ii. Lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis)
Terdapat kanak-kanak yang lemah dari segi satu aspek sahaja dan ada juga kanak-kanak yang lemah dari segi kedua-dua aspek.
.1 Lemah mengeja dari segi ingatan penglihatan
i. Mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili bunyi-bunyi tertentu.
ii. Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar perkataan itu.
iii. Pembalikan huruf: (b – d), (n –u) , (m – w) dsbnya.
iv. Memilih huruf-huruf yang terlibat dengan betul tetapi salah dari segi susunan. Ct: rumah jadi ramuh , padat jadi dapat dsbnya.
v. Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. Ct. Saya jadi sAyA
vi. Meninggalkan huruf-huruf tertentu di dalam perkataan. Ct. Tinggal jadi tingal, berenang jadi bernang dsbnya.
2 Lemah mengeja dari segi analisis pendengaran
i. Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
ii. Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan itu.
iii. Memilih lambang-lambang secara arbitrari dan rawak.
iv. Besar kemungkinan lemah di dalam bacaan.
.2 Kaedah / teknik / pendekatan pemulihan ejaan
a. STRATEGI ‘A’ (Mike Torbe – 1979)
i. `Tuliskan perkataan itu di papan tulis atau kad dengan terang.
ii. Sebutkan perkataan itu dengan jelas.
iii. Murid ikut guru menyebut perkataan.
iv. Beri masa untuk murid memerhati perkataan itu.
v. Minta murid menuliskan perkataan itu dari ingatan.
vi. Murid menutup perkataan yang tertulis dan eja. Jika betul, minta ia menuliskannya sekali lagi, jika salah, ulang langkah 2 – 6.
vii. Pastikan kanak-kanak menggunakan perkataan itu dalam kerja bertulis.
b. Pemulihan Cara Multi-Sensori (Fitzgerald – 1955)
i. Murid diminta melihat dan menyebut perkataan itu dengan betul serta menggunakannya di dalam ayat.
ii. Murid diminta membayangkan perkataan itu dan menyebut suku kata yang terlibat satu per satu. Kemudian murid diminta mengeja perkataan itu secara lisan, diikuti dengan menyalin di udara atau di atas perkataan itu sendiri.
iii. Minta murid melihat semula perkataan itu dan kemudian lelapkan mata dan perhatikan gambaran perkataan itu dalam ingatan. Minta murid mengeja perkataan itu sekali lagi. Jika berlaku kesalahan, ulang proses di atas.
iv. Minta murid menulis perkataan itu tanpa melihat kad contoh. Jika betul, tulis perkataan itu berulang kali.
.3 Aktiviti-aktiviti ke arah kemahiran mengeja
i. Membina perkataan berirama sama di pangkal, di tengah atau di hujung.
Contoh: labu, laku, lalu, lagi
keladi, selalu, lelaki, belalang
kala, bala, sila, pahala, menjala
ii. Mendiskriminasikan perkataan. Cth: lelaki, kelapa, selipar, selalu, keladi
iii. Melengkap atau mengimbuh perkataan
Contoh: makan menjadi dimakan, memakan, makanan, dimakannya, makanlah dll
iv. Mencari perkataan di dalam perkataan
Contoh: di perkarangan : perkara, karang, karangan, ara, arang, rang
v. Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan
Contoh: sapu menjadi usap, suap, paus, puas
vi. Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau kumpulan
vii. Mencari perkataan berlawan, berganda, dan jantina.
viii. Permainan teka-teki
ix. Permainan teka silang kata
x. Aktiviti kamus, iaitu; mencari perkataan, memberikan perkataan seerti dan memberi erti perkataan atau sebaliknya.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Selasa, 26 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)
Alhamdulillah.. blog ini membugarkan kembali.... pendidikan yg lalu.diucapkan ribuan terima kasih..
BalasPadam