Pengajaran melalui visual adalah satu proses mengadaptasi maklumat atau pengetahuan baru melalui aktiviti gambarajah, mewarna, melukis, graf, nombor, susunan grafik, puzzle, teka silang kata, mencari perkataan, majalah, gambar, filem, telivisyen, pascaer, buku, tulisan, papan tulis, peta minda, kartun, kalikatur dan lain-lain instrumen yang menjurus kepada penglihatan.
Sistem pengajaran menggunakan pendekatan auditori adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan sistem visual. Mendengar dengan tepat bunyi yang dihasilkan dari huruf yang membentuk perkataan adalah aktiviti yang sangat penting. Jika kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran, adalah amat sukar untuk mempelajari bunyi huruf. Antara aktiviti pengajaran menerusi sistem auditori ialah kanak-kanak akan didedahkan dengan kaedah mendengar sebutan perkataan, penerangan, menggunakan pita rakaman, nyanyian, bercerita, berjenaka, percambahan fikiran, menyoal, temubual, kuiz, penggunaan multimedia, perbincangan, debat dan lain-lain lagi.
Sementara itu, pengajaran yang menjurus kepada penggunaan pendekatan kinestetik adalah seperti aktiviti fizikal menggunakan tangan, menulis, menaip, menekap, menulis di udara, berjalan ketika membaca, melukis apa yang didengar, meniru, menepuk tangan, melompat, pergerakan badan, permainan dalaman dan beberapa aktiviti lain. Aktiviti-aktiviti ini sangat penting kerana dapat menyelaras perkaitan antara otak kiri dan otak kanan kanak-kanak disleksia. Selain dari itu deria sentuh juga mampu menjana di banyak kawasan otak untuk memberi informasi-informasi terbaru. Penggunaan jari yang membentuk corak atau perkataan di bekas pasir atau aktiviti yang melibatkan manipulasi penggunaan tangan akan membantu kanak-kanak disleksia memproses lebih informasi secara cekap dan berkekalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan