Inilah buku terbaru Pendidikan Khas yang wajib dipunyai oleh seluruh warga pendidikan khas, pendidikan pemulihan, ibu bapa dan pendokong warga OKU di Malaysia. Sebuah buku yang digarap rapi oleh ilmuan pendidikan khas khususnya dari UKM, sebuah universiti tempatan yang tersohor dalam disiplin ilmu pendidikan khas. Buku ini mengupas dari sudut Konsep dan Amalan dalam iklim Pendidikan Khas di Malaysia. Berbekalkan pengalaman, amalan dan kajian mendalam barisan penulis, menjadikan pembaca buku ini seolah-olah berada di bilik kuliah pendidikan khas, di kelas pendidikan khas malah di dunia pendidikan khas. Buku setebal 312 muka surat ini dipecahkan kepada 12 bab. Bab 1 : Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. Bab 2: Pentaksiran Potensi dan Keperluan Pembelajaran. Bab 3: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Bab 4: Teknologi Bantuan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Pengenalan dan Kriteria Pemilihan Bahan. Bab 5: Pendidikan Inklusif. Bab 6: Ciri-ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Bab 7: Pendidikan Kanak-kanak Pekak. Bab 8: Prestasi Akademik Kanak-Kanak Pekak. Bab 9: Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 10: Latihan Orentasi dan Mobiliti Untuk Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 11: Kanak-Kanak Bermasalah Intelek. Bab 12: Konsep Pintar Cerdas dan Berbakat. Buku berharga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) ini boleh diperolehi daripada : SPECIAL EDUCATION TRAINING AND CONSULTANCY CENTRE (IP0267394-T). Beralamat di 3, Lebuh Pegoh Timur 17, Taman Lapangan SSI, 31650, Ipoh, Perak. Belian melalui pos / talian juga akan diuruskan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 012-5536232.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Rabu, 17 Mac 2010
Khamis, 4 Mac 2010
MENGAPA KANAK-KANAK BERBOHONG ?
KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'. Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu. Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius. Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku. Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah. Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian. Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.
Rabu, 3 Mac 2010
Dicakar..?
KANGAR: “Anak bongsu saya pernah demam selepas didenda ketuk ketampi guru berkenaan tetapi saya berdiam diri. Kali ini, saya betul-betul kecewa apabila melihat pipinya berdarah dipercayai dicakar guru yang sama. “Malangnya guru berkenaan sanggup bertegang urat dengan saya dengan menafikan melakukan perbuatan itu dan mendakwa luka di pipi disebabkan terkena kotak pensel,” kata Zakaria Kasa, 39, bapa kepada Zaidi Putra, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Sanglang, semalam.Beliau berkata, dalam kejadian jam 8.40 pagi Selasa minggu lalu, Zaidi, 7, luka di pipi kanan selepas terkena kuku guru wanita berusia awal 50-an didakwa bertindak mencakar muka anaknya. Katanya, guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris itu dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila Zaidi gagal menyiapkan kerja sekolah, namun guru berkenaan menafikan melakukan perbuatannya itu dan guru besar menghubunginya semalam meminta maaf.
Pada pandangan saya perkataan `cakar` tidak sesuai digunakan. Apa respon anda. ?
Selasa, 2 Mac 2010
MENDIDIK ANAK
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya. Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar. Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)