PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)
Program ini menekankan penglibatan aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha pemulihan orang kurang upaya. Telah dimulakan di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1983.Merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti harian, kemahiran motor kasar dan halus, pra-sekolah dan kemahiran sosial. Semenjak 1983 hingga Dis 2004 terdapat 293 pusat PDK di seluruh negara.
Objektif PDK
Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk orang kurang upaya di peringkat komuniti tempatan.
Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya dalam keluarga dan komuniti tempatan.
Menyediakan peluang jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti.
Menyediakan peluang untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka.
Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan orang kurang upaya.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Isnin, 23 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan