Khamis, 12 Mac 2009

IPIP,KK N SANDAKAN DEMI PKHAS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dah lama juga saya tak menulis di blog demi cinta ini. Mungkin agak sibuk dengan beberapa undangan berceramah berkaitan dengan pendidikan khas. Sekembali dari Pulau Tioman, bergegas pula untuk program konvokesyen di Putrajaya. Sempat juga saya bertemu dengan anak didik yang hadir untuk berkonvo. Pelbagai pengalaman yang diceritakan terutama bagi mereka yang dipostingkan ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Tiada keluh kesah malah kecerian yang terpancar menceritakan betapa mereka semakin diulit kegembiraan di bumi di Bawah Bayu dan Kenyalang . Putri dan Syatirah semakin fasih berbahasa Iban. 11 haribulan saya mendapat panggilan dari IPIP untuk satu ceramah disleksia dan pemulihan bagi guru-guru di Sandakan anjuran IPGM kampus Tawau. Atas arahan tugas saya pulang dari Putrajaya dan sempat berkuliah dengan siswa siswi pendidikan khas yang dah lama tak bersua muka. Kumpulan ini baru sahaja pulang dari PBS dan tentunya sisi kuliah petang semalam dijadikan medan untuk bermuhasabah dan refleksi. Kagum juga dengan mereka yang semakin menunjukkan minat terhadap Pendidikan Khas. Habis kuliah terus bersiap dan bertolak ke KLIA. Subuh tadi terbang dari KLIA dan sekarang ni transit di KKinabalu. Lebih kurang sejam lagi belon ke Sandakan sedia berlepas. OK.. Buat semua pencinta pendidikan khas salam Demi Cinta Ini buat anda..

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum tuan, saya seorang guru pemulihan khas, telah mengikuti krusus dua hari di SMK Pengiran Galpam, Sandakan selama dua hari, presentation tuan memang menakjubkan. TQ

    BalasPadam