Isnin, 23 Februari 2009

MERSING,TIOMAN & NGO PEND. KHAS.

Salam buat semua pengikut blog ini terutamanya anak didik pendidikan khas di IPGM kampus Ipoh. Untuk minggu ini kita tak dapat bersua tetapi saya pasti jiwa dan raga anda kini tentunya tertumpu pada tugasan mengenalpasti NGO dan Jabatan Kerajaan yang memberi khidmat sokongan kepada Program Pendidikan Khas. Apa pun ketika ini saya masih dalam perjalanan ke Pulau Tioman dan transit di Mersing untuk menunggu bot ke sana pada jam 5.30 ptg. Jadi, dikesempatan ini walaupun masih letih mengharungi perjalanan 8 jam dari Ipoh ke Mersing tetapi ingatan kepada anda semua membuatkan hilang selera untuk tidur. Ok.. saya rasa anda semua tentu dah jumpa badan-badan bukan kerajaan yang memberi khidmat kepada pendidikan khas seperti KIWANIS, Persatuan Dyslexia , Persatuan kanak-kanak terencat akal dan banyak lagi. Bagi Jabatan-jabatan Kerajaan pula cuba selidiki peranan Kementerian Kesihatan, Kementarian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu tengok juga peranan PDK(Pemulihan Dalam Komuniti).
Pastikan juga anda telah mula membaca dan menyelidiki bidang-bidang kepakaran anda.

1 ulasan:

  1. salam en anuar, saya nurul, pkmb2, kami pn terasa rindu kat en anuar, smpi tgh2 mlm buat assgnmnt encik. semoga perjalanan en anuar selamat dan seronok

    BalasPadam