Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Dari Aspek Jasmani, Mental, Emosi dan Sosial
Pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari suatu tahap ke suatu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain.
Perubahan ini dari segi kuantiti seperti ukuran tinggi, berat badan dan luas bidang badan .
Perkembangan pula bermaksud suatu proses di mana murid meneapai kematangan
Merupakan perubahan yang berbentuk kualiti, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terdahulu.
Perubahan yang nyata ialah perubahan fizikal kanak-kanak .
Perubahan fizikal bermula apabila sel sperma lelaki menembusi telur ovum yang membentuk zigot .
Selepas lima minggu menjadi embrio sepanjang 5mm. Pada minggu keenam panjang embrio menjangkau 13mm
Muka dan anggotanya mula berupa manusia.
Ketuka usia 8 minggu embrio telah betul-betul menyerupai manusia. Mulai peringkat ini sehingga natal embrio ini disebut tian.
Pada masa sembilan bulan, sejurus sebelum kelahiran, seseorang bayi mempunyai berat badan di antara 3 hingga 3.5 kg dan panjangnya kira-kira 50 cm.
Organ-organ dalamnya berkembang hinggalah tian itu dapat terus hidup apabila keluar daripada rahim ibunya.
Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dapat dibezakan melalui jasmani, mental, emosi dan sosial.
Pertumbuhan
Jasmani
Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan - gigi, otot, saraf pancaindera
Mental
Keupayaan berfikir bertambah dan berkembang termasuk perkara yang subjektif.
Emosi
Persaaan sayang, gembira, riang, suka cemburu, duka, marah jijik dan takut.
Sosial
Meluaskan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga, rakan sebaya, jiran dan masyarakat.
Perkembangan
Jasmani
Kemahiran menggunakan anggota seperti berlari, melampat, merangkak dan anggota berjalan .
Mental
Kemahiran menggunakan bahasa, perkataan, angka, pemikiran inagatan, penaakulan.
Emosi
Memahami kansep perasaan, menguasai dan mengamalkan perasaan ketika marah, takut dan cemburu.
Sosial
Timbul kesedaran disiplin kumpulan perbezaan jantina. Peranan dan penyesuaian rakan sebaya.
Ciri-ciri Utama Dalam Peringkat Perkembangan Murid.
1. Peringkat Bayi
Kadar pertumbuhan cepat
Kemahiran berjalan,melompat, berlari dll
Kawalan motor diperbaiki
2. Peringkat Awal Murid-murid
Kadar pertumbuhan lambat
Murid perempuan dahului lelaki
Kawalan motor dan penguasaan kemahiran
Suka bercampur gaul dengan murid-murid lain.
Suka melakukan kegiatan
Otot sedang membesar
Memerlukan kasih sayang
Berminat berlakon
3. Murid-Murid
Sudah bersekolah
Bersemangat belajar, cergas, aktif dan agresif
Kordinasi mata, tangan bertambah baik
Otot yang kuat banyak digunakan
Memerlukan kasih sayang
Berminat berlakon
Awal remaja
Perempuan lebih tinggi daripada lelaki sebaya
Mempunyai selera yang baik
Perubahan kepada suara - ketara pada lelaki
Kemahuan membaca dan hiburan memuncak
Memahami idea mujarab
Memahami prinsip akhlak
Melihat dan menilai sesuatu dengan lebih objektif
Remaja
Pertumbuhan mendadak
Pengaruh kumpulan diutamakan
Perbazaan antara lelaki dan perempuan amat nyata
Daya fikir dan taakulan bertambah matang
Kurang mempunyai keyakinan diri
Suka ketekalan dan keseimbangan
Mengalami kebimbangan dan ketegangan
Suka bebas dan tidak suka kawalan ibu bapa
Strategi mengurus
Kebersihan diri – gigi, kuku, rambut, tangan, badan, muka
Mengurus pakaian, makanan, tandas, kediaman
Kaedah yang berkesan perlu diguna untuk memastikan murid-murid khas dapat mengikut dan
menguasai kemahiran mengurus diri. Kaedah tunjuk cara atau demonstrasi dan simulasi membolehkan murid khas mengikuti pelajaran secara langsung. Strategi mengurus diri di kalangan murid-murid khas perlu di laksanakan dengan terperinci, teratur, sistematik dan melibatkan pelbagai deria.
Kaedah ini sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kapada tahap penerimaan murid-murid tersebut. Latih tubi perlu dilakukan untuk memastikan ketekalan kemahiran yang dikuasai mereka.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Jumaat, 13 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan