Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Rabu, 13 Mac 2013
Jumaat, 8 Mac 2013
Membentuk Fizikal dan Minda Kanak-Kanak
MELANGKAH masuk sahaja ke Kizsports & Gym, sudah kedengaran tawa riang kanak-kanak bermain di taman permainan yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Sedang mereka bermain, kelihatan ada ibu bapa memantau dari jauh sambil berbual mesra antara satu sama lain tanpa perlu bimbang akan keselamatan anak masing-masing. Di satu sudut lain pula, kelihatan kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga dan empat tahun khusyuk melukis dan mewarna.
Sementara itu, di bilik-bilik lain, ada yang sedang belajar membaca, menari balet dan sibuk mencalit warna pada hasil kraf dengan bimbingan tenaga pengajar.
Sudah namanya anak kecil, bukan mudah untuk memenangi hati mereka jika tidak kena caranya. Sewaktu mahu mengambil gambar, ada yang nampak sedikit resah kerana aktiviti ‘eksklusif’ mereka didekati orang dewasa. Begitupun, lebih ramai yang kelihatan ceria dan ramah saat lensa kamera dihalakan ke arah mereka, seolah-olah mahu berkongsi keseronokan yang sedang dialami. “Beginilah keadaan setiap hari di sini, sentiasa dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak yang hadir sama ada untuk bermain atau mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di sini.“Kebanyakan kanak-kanak di sini ditemani ibu bapa. Sungguhpun begitu, ada juga ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka di sini sementara mereka membeli-belah atau melakukan urusan lain,” kata Penolong Pengurus Pusat Kizsports & Gym Ampang, Ng Su Khiam. WALAUPUN masih kecil, kanak-kanak ini memberikan komitmen tinggi untuk belajar tarian balet.
Pemantauan
Menurut Su Khiam, ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka di sini tidak perlu bimbang kerana staf Kizsports & Gym akan sentiasa memantau dan menjaga anak-anak mereka tetapi caj tambahan akan dikenakan bagi setiap jam. Kanak-kanak yang dihantar ke sini oleh ibu bapa mereka bukan sekadar meluangkan masa bermain semata-mata, malah ada yang mengikuti pelbagai program dan kelas. Antara program popular ditawarkan oleh Kizsports & Gym ialah Early Learning Academy (prasekolah), Early Fitness Academy (prakecergasan), kelas membaca, kelas seni dan kraf, taekwando, karate dan balet.“Early Learning Academy akan bermula pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bagi kanak-kanak bermula usia dua tahun ke atas.“Bagi program-program yang lain, ia diadakan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan kecuali kelas seni dan kraf yang dijalankan pada bila-bila masa,” ujarnya yang dikenali sebagai Uncle Eric oleh pengunjung-pengunjung cilik di situ.Kebiasaannya, pihaknya akan bertanya kepada ibu bapa yang datang, sama ada mereka membawa anak-anak untuk bermain sahaja atau berminat bagi mengikuti program-program yang disediakan.Andai ada dalam kalangan ibu bapa yang berminat, Eric akan mencadangkan beberapa program yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak mereka.“Kita galakkan ibu bapa menjadi ahli Kelab Kizsports & Gym kerana selain anak-anak mereka datang untuk kelas-kelas tertentu, mereka boleh bermain di sini dengan percuma. Jika datang pada hari tiada kelas, ibu bapa dapat masuk bermain dengan kadar istimewa. Kizsports & Gym yang mempunyai empat cawangan iaitu di Bangsar Village II, Great Eastern Mall, Empire Shopping Gallery dan Desa Parkcity tidak pernah sunyi dengan kunjungan si kecil lebih-lebih lagi pada hujung minggu,” ujarnya sambil memberitahu setiap program yang ditawarkan diajar oleh tenaga-tenaga pengajar berpengalaman dan bertauliah.Kizsports & Gym bertambah meriah pada hujung minggu kerana ada sahaja pelanggan yang mahu mengadakan parti hari lahir di premis tersebut. KIZSPORTS & GYM bukan sahaja tempat untuk bermain dan belajar, malah menjadi tempat untuk mencari kawan baharu. Selain daripada parti hari lahir, Kizsports & Gym juga sentiasa mengadakan sambutan acara istimewa seperti Parti Krismas, Parti Tahun Baru Cina, dan Parti Halloween. Misi Kizsports & Gym adalah untuk menjadi sebuah pusat pusat sehenti bagi pembangunan kanak-kanak baik dari segi fizikal dan mental dengan cara yang menyeronokkan. Menyentuh mengenai aspek keselamatan, Eric memberitahu bahawa Kizsports & Gym merupakan pusat sehenti rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ia selamat.“Setiap daftar masuk dan keluar direkodkan dengan teliti bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. “Pintu keluar masuk dikunci dan dikawal oleh kakitangan bertugas,” katanya sambil memberitahu, seseorang yang mahu menjadi staf Kizsports & Gym perlu ada sifat kasih sayang dan sukakan kanak-kanak.
Isnin, 4 Mac 2013
Budak Trauma Didera Bapa
KUCHING - Perbuatan kejam dua beranak yang tergamak 'berganding bahu' mendera darah daging sendiri hingga menyebabkan mangsa ketakutan dan trauma memakan diri apabila kedua-duanya diberkas selepas tembelang mereka terbongkar Jumaat lalu.Kes tersebut berlaku di sebuah kampung di sini.Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad (gambar) berkata, kedua-dua suspek tersebut diberkas selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan yang dibuat oleh seorang guru sekolah mangsa pada pukul 9 pagi Jumaat lalu.Katanya, siasatan mendapati, mangsa yang berusia 11 tahun sering dipukul oleh abang kandungnya itu setiap kali selepas suspek berada dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah dan menghidu gam."Bapa mangsa turut mendera mangsa dengan memukulnya dengan kayu dan tali pinggang sejak beberapa bulan lalu."Kali terakhir mangsa dipukul oleh abangnya beberapa hari lalu dengan sebatang kayu sehingga mengakibatkan tangan kirinya cedera," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ekoran itu, katanya, mangsa pernah ponteng sekolah selama 25 hari kerana sakit perut akibat disepak salah seorang suspek.Menurut Roslan, guru tersebut menyedari mangsa didera selepas dia hairan melihat mangsa berada dalam ketakutan dan bersembunyi di belakang kelas pada pagi Jumaat lepas. Dia membuat laporan di Balai Polis Batu 10 di sini. "Ibu mangsa pernah dua kali datang ke sekolah mengadu mengenai nasib mangsa," katanya. Ujar Roslan, gambar kecederaan mangsa telah diambil dan terdapat kesan luka lama pada badannya."Gambar kecederaan pada badan mangsa telah diambil dan terdapat kesan luka lama pada badannya. Mangsa kini dirawat di hospital dan kes telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mata Buta Kerana Katarak
KUALITI penglihatan sering berkait rapat dengan umur tetapi tidak kurang juga mata kabur disebabkan pelbagai insiden tidak diingini termasuk diabetes atau kemalangan di tempat kerja. Tetapi, jika pada satu hari anda hanya melihat asap atau objek warna kelabu, situasi itu mungkin disebabkan oleh penyakit katarak. Katarak berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud air terjun.Menurut kepercayaan kuno sebelum tahun 1700, katarak terjadi hasil dari pengaliran cecair pekat seperti air terjun ke dalam mata.Hasil kajian perubatan berterusan masalah itu berpunca kerana proses penuaan, kecederaan, perubahan metabolik, penyakit dan sebagainya.Lazimnya, katarak merupakan penyakit mata semula jadi dalam kalangan warga emas. Ia juga menjadi penyebab utama kerosakan penglihatan dan kebutaan di Malaysia. Menurut Ketua Pakar Bedah Oftalmik Pusat Pakar Mata Vista Laser Eye Centre, Dr. Aloysius Low, apabila seseorang mencecah umur lebih 45 tahun, sesetengah individu akan mengalami masalah penglihatan seperti kehilangan kejelasan dan perbandingan warna (meluntur atau berubah) disebabkan katarak. “Katarak ialah kekaburan pada kanta semula jadi dalam mata yang menghalang laluan cahaya ke dalam mata. “Individu yang mengalami katarak menghadapi kesukaran melakukan rutin harian kerana penglihatan kabur walaupun selepas memakai dan sering menukar cermin mata,” katanya. Purata umur bagi rakyat negara ini untuk menghadapi masalah katarak ialah 58 tahun.
Aloysius memberitahu, selain mengalami masalah penglihatan berganda dan masalah silau kerana sinar lampu atau matahari, penglihatan malam mereka juga terjejas akibat silau daripada lampu kenderaan dan lampu isyarat.
Tonton televisyen
Seramai 18 juta orang di seluruh dunia menghidap katarak dan ia merupakan punca utama gejala buta di dunia selepas glaukoma. Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Terang Aloysius, penyakit katarak bukan sahaja dihadapi oleh orang berumur malah yang berisiko menghidapnya orang muda. “Puncanya kerana diabetes atau penggunaan steroid,” katanya. Katarak boleh terjadi pada sebelah mata dan kedua-dua belah mata malah selain boleh terdapat lebih daripada satu bentuk katarak pada mata yang sama. Selain itu, penyakit ini boleh berpunca disebabkan pendedahan kadar radiasi yang tinggi seperti mereka yang sering bekerja di bawah panas terik matahari dalam jangka masa panjang. Katanya lagi, pendedahan berpanjangan menonton televisyen atau gajet elektronik juga boleh menyebabkan katarak.“Namun, tiada bukti lanjut kesan secara langsung penyakit ini kerana gajet elektrik,” katanya. Sebenarnya, terdapat tiga tahap katarak iaitu katarak tidak matang, matang dan terlampau matang. “Penyakit ini tidak mengira faktor jantina sama ada lelaki mahupun wanita,” jelasnya. Namun, jika seseorang mengalami penglihatan semakin buruk perlu segera berjumpa dengan pakar mata dengan kadar segera lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah diabetes.“Disebabkan teknologi pembedahan dan kanta semakin canggih, masalah buta serta kerosakan penglihatan yang disebabkan oleh katarak kini sudah boleh dielakkan,” katanya. Jelasnya lagi, katarak kini boleh disembuhkan melalui pembedahan yang hanya mengambil masa singkat dengan menggunakan kaedah pembedahan katarak tanpa pisau LenSx. Ia adalah teknologi terbaharu merawat katarak. Setelah katarak dikeluarkan sepenuhnya, pakar bedah membersihkan kapsul di belakang mata untuk mengurangkan kejadian kegelapan kapsul belakang (katarak yang kedua). Langkah terakhir ialah untuk memasang lensa intraokular. “Prosedur ini terbukti berkesan menghasilkan penglihatan yang jelas serta mengurangkan masa pembedahan dengan memulihkan posisi lensa intraokular. Pesakit hari ini mementingkan keselamatan dan keupayaan untuk melihat dengan lebih jelas tanpa bergantung kepada cermin mata selepas pembedahan,” jelas Aloysius. Hanya pembedahan sebelah mata sahaja dilakukan pada satu-satu masa. Jika pesakit perlu melakukan pembedahan pada kedua-dua belah mata, pembedahan mata yang satu lagi perlu dilakukan selang tujuh hari.Tempoh pembedahan pembuangan katarak dijalankan kurang seminit. Namun, proses membersihkan mata selepas pembedahan mengambil masa lebih panjang. Secara keseluruhannya, masa yang diperlukan ialah sekitar 20 minit.“Keputusan dapat diperoleh dengan pantas selain pesakit tidak mengalami rasa sakit. Pembedahan juga tidak meninggalkan parut,” ujarnya.
Budak OKU maut jatuh sungai dari lubang lantai
MIRI – Angkara lantai papan rumah berlubang yang belum dibaiki, sepasang suami isteri kehilangan anak Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas kanak-kanak itu terjatuh ke sungai melalui lubang itu sebelum mangsa dibawa arus deras ke Sungai Miri di Kampung Piasau Utara dekat sini semalam. Mayat Mohd. Rahman Ahmad, 9, yang bisu dijumpai oleh bapanya pada pukul 6 pagi semalam selepas hilang pada pukul 12 tengah hari kelmarin. Ibu mangsa, Asnah Dabang, 40, berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu ditemui terapung kira-kira 500 meter dari kediaman mereka yang berada di tepi Sungai Miri.“Saya tidak sangka lubang di lantai di sebuah bilik di rumah kami menjadi lubang maut kepada anak saya sendiri. Memang kami mahu baiki lantai papan yang berlubang itu tetapi ditangguhkan kerana belum cukup duit.
“Kami berasa sangat sedih kerana Mohd. Rahman merupakan anak yang baik hati walaupun dia agak hiperaktif dan memerlukan pengawasan sepanjang masa,” kata Asnah di sini semalam.Asnah memberitahu, sebelum kejadian malang itu, dia bersama suaminya keluar bekerja seawal pukul 6 pagi dan meninggalkan Mohd. Rahman bersama abang dan adiknya masing-masing berusia 12 dan lima tahun.Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, Asnah terus terjun ke dalam sungai untuk mencari anaknya. Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai kematian mengejut.
Ahad, 24 Februari 2013
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran Berfikir ...
(Mayer, 1977)
(Fraenkel, 1980)
… ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
(Mayer, 1977)
… merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
(Fraenkel, 1980)
… ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
(Beyer, 1991)
Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
PROSES BERFIKIR
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah :-
1. Apakah objek itu?
2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut:
Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu) MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Khamis, 21 Februari 2013
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Segala maklumat yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini direkodkan dalam pelbagai bentuk seperti jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Tujuan dalam pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran mengenai tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan sebagainya. Selain itu juga, melalui pentaksiran , kita juga dapat mengesan dan mengenalpasti punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Dalam pentaksiran proses yang terlibat terdiri daripada lima komponen utama iaitu pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang maklumat seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Bagi proses analisis, tindakan yang perlu diambil ialah melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, social , perkembangan , persekitaran , perubatan dan emosi murid.
Bagi penilaian pula, penilaian meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi proses penentuan pula, tindakan yang perlu diambil ialah penentuan cirri-ciri ketidakbolehan murid dan pengetahuan tentang criteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Bagi cadangan pula, proses ini melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah dan guru kepada ibu bapa.
Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006) , tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam perancangan pengajaran dan penilaian.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran matematik.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ASAS
Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan yang mana meliputi aspek penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.
Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas ini ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilities” telah mentaksirkan pengamatan sebagai proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek
Antara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan, pendengaran dan juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang diuji ialah diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat kembali, orientasi kedudukan, mengikut turutan, menyudah dan melengkapkan, menyalin, rajah latar belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan, pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau keabadian bentuk , mencari jalan keluar dan mencari benda tersembunyi.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU.
Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan dengan umur dan kumpulan kebudayaan.
Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.
Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat dikekalkan.
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial. Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapat beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang lain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod anekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.
Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betul dan lebih jitu.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BAHASA LISAN
Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan. Lima komponen utama itu ialah fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima pentaksiran aspek ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu berikut.
Bidang fonologi adalah merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan memberikan makna yang lain. Sebagai contoh, perkataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyi utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan betul. Kadangkala mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya perkataan ”bahu” menjadi ”bau” . Hal ini telah pun berlaku pengguguran dan perkara ini seringkali terjadi kepada individu yang menghadapi down sindrom. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza
Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat adalah merupakan morfem yang tidak berdiri dengan sendiri, contohnya perkataan ”basement”. Kehilangan perkataan pada suku kata terakhir boleh memberi makna yang lain. Morfem tidak terikat pula morfem yang dapat berdiri dengan sendirinya. Sebagai contoh ”base”.
Sintaksis pula merupakan unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem. Sebagai contoh ”Ibu pergi ke kedai”. Namun bagi individu yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampu menyebut ”ibu kedai”. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan makna yang lain.
Bidang semantik pula bidang yang berkaitan dengan makna. Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan perang (e pepet) dan jupa perang (e taling) . Perang di sini bermaksud berlawan dan menentang musuh manakala perang yang satu lagi adalah sifat warna. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami peribahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya.
Bidang pragmatik pula ialah merupakan bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kata ganti diri pertama seperti ”I” seringkali ditukarkan dengan perkataan ”you”. Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkan itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen bahasa.
Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang diperolehi.
Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama untuk dinilai dan ditafsirkan. Masalah bahasa yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak keperluan khas ini ialah masalah bahasa ekspresif dan juga masalah reseptif.
Bahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan , dan bahasa. Perucapan atau pertuturan adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif.
Bahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya akan melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.
Antara ciri-ciri yang mengalami masalah ekspresif dan reseptif ini ialah, kebiasaannya individu yang mengalami masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada sebarang perbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi respons yang salah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami masalah ini juga akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosi dan juga tingkah laku,
Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini, terdapat beberapa cara dan kaedah. Antaranya guru boleh menyediakan beberapa set soalan dalam memahami perkembangan bahasa mereka. Selain itu guru juga boleh melakukan deskripsi lisan, temuduga, perbincangan, penggunaan videotape dan mengadakan ujian yang standard kepada mereka.
Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.
Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira persekitaran sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat membantu guru membuat perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid dan seterusnya merancang strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
PENTAKSIRAN BACAAN
Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukan arahan dan menggunakan maklumat
Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat kebiasaan murid.
Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan. Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap perkataan yang dibaca.

Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.
Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh murid, dan juga penilaian kendiri.
Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat dan teks.
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba. Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza bentuk seperti A-a.
Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid semasa melakukan proses bacaan adalah seperti ”insertion”, ”substitution” , ”inversion” , ”omission” dan banyak lagi.
Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal, kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajar untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan atau penjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau inferens.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS

Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan untuk menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi
Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang). Tulisan murid ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah pemadam.
Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yang perlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan. Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird, ujian yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.
PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MATEMATIK
Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat berfikir secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.
Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah, pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.
Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas dan portfolio murid.
Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain –lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial murid.
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)