Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sesi Pengajian semester 2 IPG kampus Ipoh untuk tahun 2016 akan bermula 13 Jun bersamaan 8 Ramadhan 1437 H. Dalam kemeriahan Ramadhan pelajar-pelajar akan memulakan kuliah dan ada juga yang bersedia untuk menjalani praktikum. Untuk semester ini saya dijadualkan untuk mengajar unit N1 iaitu major Pendidikan Pemulihan. Selamat menjalani ibadah puasa...selamat berkuliah dan selamat berpraktikum..
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Jumaat, 10 Jun 2016
BUKAN KERANA NAMA
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Assalamualaikum.. dan salam Ramadhan Al Mubarak
kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada..
terutamanya kepada para sahabat alam
maya, kenalan lama dan baru, kepada saudara jauh dekat dan sahabat
handai.
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia..
semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna dan mendapat keredaanNya.
Ampun dan maaf jua di pinta andai lidah ini ada terkasar bahasa..
andai ada tulisan yang mengores jiwa..
andai ada bahasa tubuh yang ternoda..
kemaafan jua yang ku pinta..
sesungguhnya insan kerdil ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.
Semoga Ramadhan membawa sinar bahagia dan penghapus dosa kita semua....
Selamat menjalani ibadah puasa
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)