Rabu, 21 Januari 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan biasa dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi dengan induvidu yang berkmahiran ,berdikari, berhaluan, boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat .

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendididikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh hanya sekadar mereka kurang berindak balas pada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu , satu program khas disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini dengan dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya,kelas,teknik mengajar, bantuan kepekaran dan penglibatan masyarakat.

Matlamat Falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan program-progra interlek, afektif dan psikomotor supaya dapat melengkapkan kanak-kanak khas dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan ynag menyeluruh dan bersepadu agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Objektif Falsafah Pendidikan Khas menginginkan kanak-kanak khas ini menguasai kemahiran berkomunikasi, mengusai kemahiran bergaul, mengetahui dan memperkembangan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.

Selain itu kanak-kanak khas boleh mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan, keselamatan diri, keyakinan diri, mendapat latihan pravokasional dan vokasonal untuk mereka berdikari. Ia juaga bertujuan mengembangkan bakat , potensi, daya kreatif dan interlek dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni

KONSEP PENDIDIKAN KHAS

KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Murid pendidikan khas adalah murid yang mempunyai ciri-ciri khusus yang memiliki cirri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti murid-murid normal. Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan, fizikal, mental, deria dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam kategori bermasalah pembelajaran. Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah , teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara individual dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk pengunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui

· perkembangan mental

· kestabilan emosi

· integrasi sosial


“ Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek,fizikal, social dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.”

( Chua Tee Tee &Koh Boh Boon, 1992)

“ Kanak-kanak yang kebolehanya menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata. Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas , alatan khas dan guru khas. Kanak-kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah pembelajaran.”

(Heward & Orlansky ,1980)

“ Kanak-kanak Khas perlu dibantu untuk mencapai potensi maksima mereka dari segi jasmani, emosi, sosial dan interlek dengan menyediakan pendidikan yang dirancang secara induvidu dan sistematik.”

“ Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanakyang telah dikenal pasti dan disahkan oleh professional klinik sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran . kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan kognitif ,sosial , komunikasi dan kemahiran perkembangan.

( Kem . Pendidikan Malaysia)

“ Pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

( Hallahan dan Kauffman 2006)

“ Program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.( Gargiulo 2003)

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).

Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan

Ahad, 18 Januari 2009

Sek. Keb. Pos Tenau, Ulu Slim, Slim River Perak.

Terletak di kawasan Pedalaman Ulu Slim. Jarak dari Ulu Slim 28km, dari Slim River 50km. Jalan perhubungan dari tempat ini ke Ulu Slim adalah jalan balak yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4x4 dan motorsikal. Kesukaran perjalanan lebih dirasai pada waktu musim hujan, dimana keadaan jalan berlumpur serta licin.


Sekolah ini ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 1997. Terdapat bangunan lama yang terdiri dari sebuah bangunan bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan lama ini merupakan bangunan kayu. Bangunan baru hanya siap dan mula digunakan pada tahun 2004 merupakan bangunan yang dibina sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan baru ini terdiri daripada 4 buhan bangunan bilik darjah dan sebuah kantin.

Terdapat empat perkampungan Orang Asli di sekitar sekolah, iaitu Kampung Pangkak, Kampung Tenau , Kampung Kehem dan Kampung Sempuh. Penduduk di kawasan ini berjumlah kira-kira 50 keluarga dan bekerja sebagai petani dan pencari hasil hutan. Pendapatan penduduk di sini adalah amat rendah. Purata pendapatan mereka kurang dari RM 500 sebulan. Penduduk di perkampongan ini terdiri dari kaum Semai.

Oleh kerana kedudukannya jauh di pedalaman, maka tiada kemudahan elektrik di sediakan. Sekolah dibekalkan sebuah Generator untuk kemudahan kuasa elektrik. Namun hanya dapat digunakan apabila bekalan diesel dapat dibekalkan. Bekalan diesel agak sukar sampai ke sekolah ini lantaran keadaan jalan yang bahaya. Kemudahan bekalan air adalah dari sistem Graviti. Air yang dibekalkan adalah tidak dirawat.

Guru-guru yang bertugas di sini tinggal di rumah guru yang disediakan. Terdapat 4 buah rumah guru kelas F. Guru-guru terpaksa naik ke sekolah ini sekali seminggu, iaitu naik pada hari Ahad dan turun pada hari Jumaat

Ahad, 4 Januari 2009

Definisi Pendidikan Khas

Minat mengkaji Pend. Khas kerana :
¡ Ada ahli keluarga yang perlukan perkhidmatan khas.
¡Ingin menjadi sukarelawan
¡Ingin menjadi guru Pendidikan Khas.


Beberapa Definisi Pend. Khas.
lPendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
( Hallahan dan Kauffman 2006)
lProgram pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
( Gargiulo 2003)


lPengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain.
( Friend 2005)
lUsaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman , berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
( Mansor 2005)


KONSEP PENDIDIKAN KHAS


Murid pendidikan khas adalah murid yang memiliki ciri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti murid-murid normal.
Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan, fizikal, mental, deria, emosi dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam kategori bermasalah pembelajaran.
Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.


Rumusan Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid­murid khas. Program pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.