Definisi Pendidikan Khas
Minat mengkaji Pend. Khas kerana :
¡ Ada ahli keluarga yang perlukan perkhidmatan khas.
¡Ingin menjadi sukarelawan
¡Ingin menjadi guru Pendidikan Khas.
Beberapa Definisi Pend. Khas.
lPendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
( Hallahan dan Kauffman 2006)
lProgram pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
( Gargiulo 2003)
lPengajaran yang direka bentuk khusus bagai memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bilik darjah, rumah, hospital atau institusi lain.
( Friend 2005)
lUsaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman , berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
( Mansor 2005)
KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Murid pendidikan khas adalah murid yang memiliki ciri-ciri khusus yang menghalang mereka untuk mengikuti pembelajaran seperti murid-murid normal.
Kekurangan atau kelemahan dari aspek kesihatan, fizikal, mental, deria, emosi dan tingkahlaku menjuruskan mereka dalam kategori bermasalah pembelajaran.
Oleh itu mereka memerlukan satu kaedah pendidikan yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka.
Rumusan Definisi dan Konsep Pendidikan Khas
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran muridmurid khas. Program pendidikan khas bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan intergrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru-guru terlatih khas dan menggunakan kurikulum khas. Pendekatan pelbagai disiplin digunakan untuk mendapatkan khidmat sokongan mengikut keperluan murid-murid khas.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pastikah ada sinar yang menanti. Tinggalkan semua detik hitam semalam menjadi kenangan. Esok kembali menagih kasih dari seorang guru. Terima lah cikgu, diri ini yang tidak diminta dilahirkan begini..
Ahad, 4 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
- 21st Century (1)
- CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS (3)
- DISLEKSIA (4)
- GEMALAI KENCANA (8)
- INILAH DUNIA (1)
- Jom Kita Bincang (1)
- K 15 (5)
- KEJAYAAN INSAN PENDIDIKAN KHAS (1)
- KEMAHIRAN BERFIKIR (1)
- NOTA KULIAH (2)
- PENDIDIKAN INKLUSIF (2)
- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEND. KHAS (1)
- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (15)
- PPG (3)
- PRAKTIKUM (1)
Blog Archive
-
▼
2009
(36)
-
▼
Januari
(9)
- Between men and women, dyslexia takes sides
- AKTA PENDIDIKAN KHAS
- FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
- KONSEP PENDIDIKAN KHAS
- DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
- PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS
- Sek. Keb. Pos Tenau, Ulu Slim, Slim River Perak.
- Terletak di kawasan Pedalaman Ulu Slim. Jarak dari...
- Definisi Pendidikan KhasMinat mengkaji Pend. Khas ...
-
▼
Januari
(9)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan