Rabu, 21 Januari 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan biasa dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi dengan induvidu yang berkmahiran ,berdikari, berhaluan, boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat .

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendididikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh hanya sekadar mereka kurang berindak balas pada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu , satu program khas disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini dengan dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya,kelas,teknik mengajar, bantuan kepekaran dan penglibatan masyarakat.

Matlamat Falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan program-progra interlek, afektif dan psikomotor supaya dapat melengkapkan kanak-kanak khas dengan kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan ynag menyeluruh dan bersepadu agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Objektif Falsafah Pendidikan Khas menginginkan kanak-kanak khas ini menguasai kemahiran berkomunikasi, mengusai kemahiran bergaul, mengetahui dan memperkembangan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.

Selain itu kanak-kanak khas boleh mengetahui cara-cara penjagaan kesihatan, keselamatan diri, keyakinan diri, mendapat latihan pravokasional dan vokasonal untuk mereka berdikari. Ia juaga bertujuan mengembangkan bakat , potensi, daya kreatif dan interlek dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan