Isnin, 2 Januari 2017

TAJUK 9 : PENYELIDIKAN TINDAKAN: ALAT/ INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA


9.1 Senarai Semak, Soal Selidik Dan Inventori

Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu senarai butiran untuk diperiksa oleh responden. Responden tidak perlu memberi pertimbangan. Mereka hanya perlu memberi fakta sebenar. Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan. Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.

9.1.1    Panduan membina senarai semak

a.       Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik yang lepas dan tentukan butiran yang diperlukan dalam kajian.

b.      Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama.

c.       Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah:

Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu. Misalnya:

·         Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.sukan, kebun, pementasan, muzik, perbahasan dan sebagainya.

·         Minta responden memberi jawapan ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai Persatuan Pelajar? Ya! Tidak"

·         Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif.  Misalnya: "Sebahagian pelajar wanita di sekolah ini beragama Islam .... (  )"

·         Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan. Misalnya: "Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu, dua minggu sekali, setiap bulan, tidak tentu masa".

(c)     Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan?"

Diperbaiki menjadi:

"Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah buku bagi seorang pelajar?"

(d)          Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif.

 

9.2       Rakaman Pita Video Dan Transkrip

Rakaman sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-butir percakapan komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran.

 

Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner) untuk melaksanakan sesi penggambaran. Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.

Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan dalam sesuatu aktiviti.

Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajar-pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.

·           Cadangan Untuk Membuat Transkrip

·           Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

·           Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.

·           Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat transkrip yang lengkap.

9.3       Log

Log ialah catatan peristiwa atau aktiviti mengikut turutan kronologi yang dicatatkan seara ringkas dan bersifat fakta.

9.4       Nota lapangan

Catatan yang dibuat semasa menjalankan temubual atau pemerhatian.

9.5       Foto

Rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti untuk dilihat perbezaannya.

9.6       Portfolio

Satu koleksi bahan-bahan termasuk contoh dan sampel kerja merangkumi skop program atau aktiviti.

9.7    Rekod Anekdot

Rekod anekdot  adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia juga merupakan satu catatan ringkas tentang suatu kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja . Ia menerangkan secara fakta di mana, bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejaidian yang berlaku. Antara maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru.

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menulis:

a)             Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.

b)             Pelajar yang diperhatikan tidak perlu ditentukan.

c)             Perkara tersebut penting dan signifikan dalam aspek perkembangan pelajar.

Contoh: perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya.

 

9.8       Slaid

Slaid yang menunjukkan perubahan yang telah berlaku dalam tempoh penyelidikan seperti perkembangan pembelajaran.

9.9 Jurnal

Jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen.

9.10     Menulis Diari

Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan. Catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Kita boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.

Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Berikut adalah panduan untuk menulis diari:

  1. Catatan Diari Guru

  • Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang satu strategi khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah.
  • Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala perubahan, tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari.
  •  Setiap catatan diari mesti ada:Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat.
  • Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian.

·         Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk menyenangkan silang rujukan.

·         Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat dalam diari untuk rujukan.

·         Dari semasa ke semasa analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip.

·         Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan

·         Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami situasi / isu yang dikaji.

  1. Catatan Diari Pelajar

§  Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat.

§  Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru mengenai isu yang sama.

§  Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar.

§  Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas sekiranya mereka percaya pada guru itu.

9.11     KESIMPULAN:

Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan yang telah difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan pengawasan setiap aktiviti dengan baik.

 

LATIHAN

 

1.      Jelaskan bagaimanakah kajian tindakan dilakukan melalui kaedah pemerhatian.

2.      Bincangkan apakah kekuatan kaedah pemerhatian

3.   Hasilkan dalam bentuk grafik kekuatan dan kelemahan menggunakan kaedah mengumpul data melalui catatan diari.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan