Isnin, 2 Januari 2017

TAJUK 3 : PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN


    
   
3.  Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
 
Bab ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jenis reka bentuk kajian yang boleh dilakukan untuk membolehkan penyelidik menjawab soalan kajian. Pada hakikatnya terdapat pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan.
 
3.1  Penyelidikan kuantitatif
 
       Penyelidikan kuantitatif merupakan penyelidikan yang objektif dan formal serta menggunakan kaedah statistik. Penyelidikan kuantitatif dicirikan dengan penggunaan sampel yang besar, piawai pengukuran, pendekatan deduktif dan alat temubual yang berstruktur untuk mengumpul data buat menguji hipotesis (Marlow, 1993)
 
3.1.1  Kajian eksperimental
 
       Kajian eksperimental merupakan kajian reka bentuk eksperimen yang menghimpunkan amalan pengumpulan maklumat, sama ada dengan kawalan sepenuhnya ke atas pembolehubah atau tidak. Ia dicirikan dengan menipulasi terus atau kawalan ke atas pembolehubah (penyebab) supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain (kesan atau akibat) Hubungan sebab akibat ini adalah penting dari perspektif penyelesaian masalah. Kepentingannya dijelaskan oleh Van Dalen (1973). Sebagai satu kemestian hubungan sebab dan akibat itu perlu dikemukakan untuk membolehkan sains mencapai matlamat bagi menjelas, meramal dan mengawal tingkahlaku, kejadian dan peristiwa.   atau tidak.
 
        a. Kaedah  Eksperimen
 
Kaedah eksperimen merupakan penggunaan dan adaptasi kaedah penyelidikan saintifik. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan. Antara beberapa ciri kaedah ini termasuklah:
 
i.        Menggunakan tanggapan bahawa jika terdapat dua situasi yang serba sama dengan satu rawatan diberikan kepada satu daripada situasi itu, maka perbezaan yang diperoleh (jika ada) disebabkan oleh rawatan itu. Oleh itu, kaedah eksperimen melibatkan pengawalan terhadap semua faktor kecuali rawatan yang kesannya hendak dikaji.
ii.   Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam bilik darjah yang beberapa keadaan dapat     dikawal.
iii.    Oleh sebab subjek dalam eksperimen ialah manusia maka tidak semua ciri boleh dikawal. Ciri-ciri seperti minat, kebolehan mental dan emosi amat sukar untuk ditentukan. Oleh itu, hasil eksperimen dalam penyelidikan pendidikan tidaklah setepat seperti hasil eksperimen sains.
iv.   Dalam bilik darjah, penyelidik ingin mengawal faktor-faktor seperti umur, pencapaian, kecerdasan, kebolehan membaca, status sosia, bangsa dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan mengubah ciri-ciri subjek dalam kumpulan dan dalam kumpulan eksperimen.
 
        b. Langkah-langkah Penyelidikan
i.   Merancang Membuat Eksperimen
(a)     Mengkaji kenapa perlu dilakukan eksperimen dan menyatakan masalah yang hendak dikaji.
(b)     Membaca penulisan dan hasil kajian yang lalu tentang masalah yang hendak dikaji.
(c)     Menentukan faktor yang terlibat dalam eksperimen.
(d)     Menentukan kaedah eksperimen yang hendak digunakan.
(e)     Merancangkan tempat, masa, dan alat untuk melakukan eksperimen.
(f)     Membuat percubaan awal.
(g)     Memilih subjek yang diperlukan.
 
ii. Melakukan Eksperimen
 (a)    Mengawal faktor-faktor yang tidak termasuk dalam eksperimen.
 (b)    Mencatat langkah-langkah yang dijalankan.
 (c)    Merekod hasil yang diperoleh.
 (d)    Mengelas, menganalisis dan mentafsir hasil eksperimen.
 (e)    Membuat keputusan.
 
 iii. Membuat Laporan
 
Jenis-jenis Eksperimen
 
Satu cara yang biasa digunakan untuk mengelaskan jenis eksperimen adalah dengan mengikut jumlah pengumpulan subjek. Terdapat tiga jenis eksperimen yang boleh dilakukan berdasarkan jumlah pengumpulan subjek tersebut.
  
·         Eksperimen Satu Kumpulan
 
Dalam eksperimen jenis ini, rawatan yang kesannya hendak dikaji diberikan kepada satu kumpulan subjek. Hasil penggunaan rawatan itu ditentukan. Langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen satu kumpulan ialah:
       (a)    Memberi ujian pra.
       (b)     Mengawal semua faktor kecuali rawatan (pembolehubah tak bersandar).
       (c)    Melaksanakan rawatan pada jangka masa tertentu.
       (d)     Memberi ujian pasca untuk menentukan kesan rawatan terhadap pembolehubah
                bersandar.
        (e)    Membincangkan kesan faktor-faktor lain terhadap pembolehubah bersandar.
 
      Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen satu  kumpulan adalah 
      seperti yang berikut:
      A  = Kumpulan subjek
      R1 = Keputusan ujian pra
      R2 = Keputusan ujian pasca
      X  = Rawatan
      R1 - R2 = Hasil rawatan
 
Begitu juga halnya jika kita menggunakan faktor-faktor lain (X1, X2, …). 
Nilai R2 — R1, (R3 — R2), boleh dihitung.  
                                                                            X
  
 
          
Kebaikan menggunakan kaedah eksperimen satu kumpulan ialah,
(a)        Pelaksanaannya mudah.
(b)        Putaran kumpulan atau kawalan kumpulan tidak diperlukan.         
 
      Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah
           (a)         Kesan daripada satu-satu kaedah akan terbawa-bawa dari satu fasa ke fasa lain 
           dalam eksperimen itu. 
(b)        Perubahan wujud dalam kebolehan membaca di kalangan subjek dari satu fasa
           ke fasa yang lain.
(c)       Ralat dihasilkan oleh kedewasaan subjek.     
(d)       Unit-unit pengukurannya tidak sama.
 
·         Eksperimen Kumpulan Selari
 
Dalam eksperimen jenis ini, dua atau lebih kumpulan subjek yang setara atau selari digunakan. Satu daripada kumpulan itu digunakan sebagai kumpulan kawalan dan satu lagi sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang kesannya hendak dikaji dikenakan kepada kumpulan eksperimen. Perbezaan yang terdapat pada hasil pengukuran bagi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas rawatan ditentukan.
Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen kumpulan selari adalah seperti yang berikut:
                                                                      A = Kumpulan kawalan
B = Kumpulan eksperimen


 

X                                           R1 — R = Hasil rawatan X
                                                                     R = Pascaujian—Praujian (Kumpulan kawalan)
                                                                     R1= Pascaujian—Praujian (Kumpulan eksperimen)
 
Jika lebih daripada dua kumpulan selari digunakan dan lebih daripada satu rawatan (X, X1, X2, ...) digunakan, langkah-langkah menjalankan eksperimen menjadi seperti yang berikut:
           
 
 
                                   
                                                                        R1 — R           = Hasil rawatan X


 

                                X
 
                                X1                                    R2 — R           = Hasil rawatan X1
 
                                                                        R3 — R           = Hasil rawatan X2
                                X2
 
 
 
Langkah pertama dalam kaedah ini adalah dengan memilih kumpulan selari. Langkah ini agak rumit sedikit sebab wujudnya perbezaan individu dalam kumpulan itu. Walaupun terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur secara objektif seperti umur, jantina, bangsa, keadaan fizikal, pencapaian masa lalu, kecerdasan dan sebagainya, terdapat juga faktor-faktor lain yang agak susah untuk diukur seperti tabiat membaca, ciri-ciri peribadi (seperti kreatif, naluri ingin tahu, dan sebagainya).
 
Oleh itu, untuk menyamakan kumpulan-kumpulan beberapa cara digunakan termasuklah:
 
i.    Memilih subjek secara rawak (memilih subjek bagi setiap kumpulan secara rawak
       daripada populasi yang besar).
ii.    Memilih subjek mengikut skor min dan sisihan piawai (memilih subjek bagi setiap
       kumpulan mengikut skor dalam IQ, umur, dan sebagainya).
         iii.    Menggunakan pasangan sepadan, (memilih dua atau tiga subjek yang agak              
     serba sama dan memecahkannya kepada dua atau tiga kumpulan).
 
·         Eksperimen Kumpulan Putaran
 
Kaedah ini menggunakan faktor eksperimen dan faktor kawalan serentak dan bergilir-gilir. Katakan X, faktor eksperimen, dan Y, faktor kawalan. Rajah berikut menunjukkan cara mengendalikan eksperimen dengan menggunakan kumpulan putaran.
 
Pusingan         I           A.         X                   R
B          Y                   R1
 
Pusingan         II          A          Y               R2
B          X               R3
 
R + R3 = Hasil rawatan X
R1 + R2 = Hasil rawatan Y
(R + R3) — (RI + R2) = Perbezaan rawatan X dengan Y
 
Kaedah ini dapat mengawal faktor perbezaan masa seperti yang terdapat dalam eksperimen satu kumpulan dan faktor menyamakan kumpulan seperti yang diperlukan dalam eksperimen kumpulan selari.
 
3.1.2  Kuasi ekperimental
 
       Apakah kajian kuasi–eksperimen? Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Dua kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.         
     
        Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulen apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen.
 
       Dalam perkataan lain, penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan (Neuman, 2000). Contoh, seorang penyelidik telah menjalankan kajian tentang keberkesanan program kaunseling ke atas pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemilihan responden untuk pensampelan bertujuan.
 
        Persampelan ini menggunakan ciri-ciri tingkah laku bermasalah disiplin. Kumpulan rawatan merupakan pelajar yang bermasalah disiplin mana kala kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar tidak bermasalah disiplin. Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua kumpulan berkenaan ialah jantina, bangsa, umur, tahap IQ, tahap pendidikan, pandangan dan sikap mereka. Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen tidak dapat dilakukan tetapi penyelidik berkenaan boleh menjalankan kajian kuasi-eksperimen.
 
        Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur persampelan secara kebetulan/ persampelan kesediaan (accidental atau convenience sampling) dan persempelan bertujuan (purposive sampling). Persampelan secara kebetulan, penyelidik memilih mana-mana responden kajian yang ditemuinya atau yang paling dekat dengannya. Pemilihan responden kajian ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana prosedur persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).
 
       Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan   responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak penyelidik. Sebagai contoh, kajian pelajar bermasalah disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah disiplin. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak. Terdapat pelbagai reka bentuk kajian kuasi-eksperimen tetapi penjelasan hanya diberikan kepada tiga reka bentuk yang   biasa digunakan di kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua (2006), terdapat tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu:
 
·         Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (nonequivalent groups pre-post test design),
·          Reka bentuk regrasi tidak bersambungan (regression-discontinuity design)
·          Reka bentuk siri masa (time series design).
    
        Reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka bentuk ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
 
Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian dan Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. Reka bentuk regresi tidak bersambung biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas misalnya menilai keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin.
 
Analisis menggunakan Ujian regrasi. Reka bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa panjang yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Reka bentuk ini tidak mempunyai kumpulan kawalan. Penyelidik tidak dapat membuat perbandingan sama ada rawatan yang diberikan akan menghasilkan perubahan yang diingini atau pun tidak (Mohd. Majid, 2000).
 
Pasca ujian akan dilakukan berulang-ulang sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan perkembangan pencapaian akademik pelajar yang didedahkan kepada KBSM. Analisis dilakukan melalui pencapaian ujian yang lebih baik.
 
3.1.3  Kajian tinjauan
 
        Kajian tinjauan merupakan proses memerhatikan tingkahlaku manusia yang melakukan aktiviti rutin dalam persekitaran mereka secara natural dalam konteks tertentu. Instrument utama kajian tinjauan adalah rakaman video. Penyelidik boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang dirakamkan bergantung kepada maklumat dan keperluan penyelidik. Beberapa orang penyelidik akan bekerjasama secara sistematik untuk membuat analisis dan membuat interpretasi data yang dikumpulkan.
 
3.1.4. Kajian korelasi
       
         Kajian kolerasi melibatkan penjelasan yang menentukan perkaitan antara pembolehubah Pembolehubah yang telah wujud dalam satu fenomena. Penyelidik akan melihat kepada perkara yang telah wujud dan menentukan kaitan antara dua pembolehubah kuantitatif dan bagaimana pembolehubah-pembolehubah tersebut di kaitkan antara satu sama lain.
 
        Terdapat dua jenis kolerasi iaitu kolerasi positif dan kolerasi nagatif. Dalam konteks positif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua juga meningkat. Dalam kolerasi negatif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua menurun, sekiranya nilai satu pembolehubah menurun maka  nilai pembolehubah kedua meningkat.
 
3.2   Penyelidikan kualitatif
  
            Kajian kualitatif merupakan kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu. Data dikutip melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. Kajian kualitatif adalah kajian yang menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana. Penyelidik akan terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan. Pendekatan kajian kualitatif adalah kajian kes, etnografi dan grounded theory. Sampel yang diambil biasanya menggunakan persampelan bertujuan. Menurut Miles & Huberman (1994), analisis data melalui data reduction, data display dan conclusion.
                                             
3.2.1  Kajian etnografi
 
Pengenalan Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy” bermaksud penjelasan mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research).
 
      Pendapat ini dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican, (2005). Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.
 
Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam penyelidikan etnografi seperti “apakah budaya kumpulan itu?”. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan (Sabitha Marican, 2005).
 
Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa.
 
        Kajian etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan dan gaya dalam perhubungan. Untuk memahami “culture-sharing” seseorang pengkaji perlu meluangkan masa di lapangan untuk interview, memantau dan medokumentasi bagi memahaminya.
 
         Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci.Kajian etnografi merupakan cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan awal abad ke 20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada 1920-an dan 1930-an oleh “Chicago Scholl of Sociology” (Pole & Morrison, 2003).
 
         Sekitar tahun1950-an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi semakin berkurang tetapi kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan.Kajian ini masih terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980-an. Bermula tahun 1980-an ahli etnografi telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan, mengendalikan pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang dilakukan(Creswell, 2005).
 
      Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden. Kajian etnografi juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana mereka berinteraksi secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan responden yang terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan kajian di kawasan semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul data.Sanders (2004), menyatakan etnografi melibatkan gambaran dan belajar tentang budaya manusia.
 
Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian etnografi bukan bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data. Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi iaitu meluangkan masa dengan penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan mereka. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari beberapa bulan hingga bertahun untuk menyiapkannya. Etnografi aplikasi menggunakan kaedah kajian dengan membawa pengguna untuk melihat bentuk dan perkembangan sesuatu produk serta perkhidmatan yang baru bagi meningkatkan pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang kecil dan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa hari hingga beberapa bulan. Sabitha Marican (2005),
 
3.2.2  Kajian kes
 
             Kajian kes merupakan satu kajian yang termasuk kedalam kaedah penyelidikan deskriptif.  Kajian dibuat secara intensif dan terperinci oleh penyelidik ke atas unit kecil social seperti individu, satu keluarga, sebuah kelas, satu institusi, seperti satu cawangan Institut Pendidikan Guru atau satu masyarakat.  Contohnya kajian terhadap reaksi pensyarah dan pelajar ke atas kelas pembelajaran elektronik (e-pembelajaran).  Kajian kes juga dibuat secara terperinci ke atas satu program, satu peristiwa, satu aktiviti, dan satu kumpulan dalam tempoh satu masa.
 
3.2.3 Kajian Sejarah.
             Kajian Sejarah pula diperolehi oleh penyelidik melalui maklumat, data, dan ilmu pengetahuan dengan meneliti perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang telah berlaku. Melalui analisis data dan maklumat sejarah secara terperinci, penyelidik boleh menentukan, sedikit sebanyak, tentang hubungan sebab-akibat. Penyelidik juga boleh membantu guru pengurus dan pengguna penyelidikan daripada melakukan kesilapan sama.
 
 


Aktiviti 2 – Perbincangan

·      Apakah reka bentuk penyelidikan yang sesuai untuk mengkaji perbandingan dua kaedah mengajar al-Quran/(mengikut bidang masing-masing) kepada murid tahap 1? (Lebih daripada satu reka bentuk dibenarkan).

 

  • Buat satu jadual yang menunjukkan langkah-langkah membuat penyelidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan