Selasa, 31 Januari 2017

KERJA KURSUS N1 DAN P2 UNTUK SEM 1. 2017


Description: IPGKI-BARU.jpgINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

 

TUGASAN  KERJA  KURSUS

 

TAHUN AKADEMIK : 1/2017

Program : PISMP
Nama Pelajar :
Kod : PKU3133
Semester / Tahun : 1/2017
 
Ambilan: JANUARI , JULAI 2014
Kumpulan: N1, P2
Nama Kursus :
Tugasan
Tarikh Mula
Tarikh Hantar
1. Penulisan Esei
2 FEBRUARI 2017
10 MAC 2017

 

Hasil Pembelajaran Kursus:

 

1.    Menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan dengan merujuk kepada pelbagai sumber serta mengambil kira etika dalam penyelidikan. (C6,  A5, PLO6, PLO8, LL2, EM2)

Objektif Projek:


1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan

2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka bentuk kajian, prosedur dan etika.

3. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan tindakan

 

Tugasan Projek


Pada tahun 1946, seorang ahli psikologi sosial, Kurt Lewin mula menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah komuniti setempat. Perkembangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori oleh Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1953 apabila beliau menggunakan kajian tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan guru-guru di sekolah.

 
Tugasan:

 
Secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan tindakan dengan merujuk kepada pelbagai sumber serta mengambil kira etika dalam penyelidikan

 
Panduan Pelaksanaan Projek

 

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh berbincang dan bergerak secara berkolaboratif untuk menghasilkan penulisan ini.

3. Format penulisan adalah seperti berikut:

 

            3.1       Muka depan hendaklah mengikut templat terkini

            3.2       Fon Arial

            3.3       Saiz huruf – 11

            3.4       Langkau 1.5 baris

            3.5       Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association )

            3.6       Lampiran

            3.7       Jawapan dalam Bahasa Melayu sahaja

 

4. Panjang tugasan tidak melebihi 3200 patah perkataan sahaja.

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

7. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 70%

 
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-kriteria Berikut:
 

1. Penulisan kertas Cadangan perlu memaparkan :


      Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

      Soalan kajian

      Sumber literatur

      Peserta kajian

      Merancang pelan tindakan

      Melaksana pelan tindakan

      Mengumpul data

      Refleksi: Analisis dan huraian data 

      Jadual kerja

      Perbelanjaan


Kriteria Pemarkahan

 
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh          :                                                                                               Disemak oleh:

 

 

..........................................................                                                  .......................................................

(DR. MOHD ANUAR BIN ABDULLAH)                                            ( ABDUL AZIZ BIN SHAMSUDIN)

Penyelaras Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu ll                             Pakar Bidang (SME) Pendidikan  

Khas Masalah Pembelajaran

IPG Kampus Ipoh

 

Disahkan oleh:

 

.......................................................

(ZULKUFLI B. MAHAYUDIN)

Ketua Jabatan JIP

IPG Kampus Ipoh.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan