Selasa, 28 Julai 2009

PRAKTIKUM

Salam buat semua.

Dah lama tak mencoret di blog ini. Agak sibuk kebelakangan ini dengan undangan ceramah, kursus dan praktikum. So, malam ni teringin pulak nak menulis isu-isu khususnya yang berkaitan dengan praktikum. Dah enam minggu guru-guru pelatih menjalani praktikum. Pelbagai ragam dan karenah yang saya temui. Tapi agak mengejutkan kerana prestasi yang di tunjukkan agak berbeza berbanding dgn tahun-tahun yang lalu. Sekarang ni dah masuk separuh perjalanan praktikum. Kenapa masih ada masalah dalam urusan buku RPH. Ada pelatih yang masih tidak mengemaskinikan buku RPH. Malah yang lebih tragis lagi ada yang tidak menulis RPH. KENAPA JADI BEGINI. Natijah dari itu saya akan mengadakan sesi Refleksi dan Pemulihan pada 31 Julai 2009 (Jumaat), 3.00 ptg di bilik pendidikan Khas. Sila hadir bersama-sama dengan BUKU RPH DAN FAIL PORTFOLIO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan