Ahad, 7 Jun 2009

SEJARAH, DEFINISI, PRINSIP PENGURUSAN DAN MODEL PENGURUSAN TINGKAHLAKU

•Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam kelas sangat bergantung kepada kawalan kelas yang baik oleh guru
•Dalam hal ini tingkah laku murid sangat perlu dikawal oleh guru supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.

•Pada peringkat awal para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku individu itu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan kimia dalam badan, dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang menyebabkan individu berkelakuan demikian.

•Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang seseorang individu mem
•”Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa.”
pamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.


•”Tingkah laku yang tidak sesuai seperti agresif atau tingkah laku suka merosakkan harta benda boleh di diubah kepada tingkah laku baru jika individu itu diberi pengajaran.”


Menurut Hewett & Forness (1984) dalam Walker & Shea (1995) tingkah laku seseorang itu, sama ada terhadap dirinya dan juga orang lain adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:


•Keperluan dan kehendak untuk bertahan (survival) dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra.
•Kepercayaan kepada khurafat / tahyul, atau keperluan untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak diketahui.

•Kepercayaan kepada sains, atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis, dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui.
•Perkhidmatan, atau keperluan membantu, membimbing, mengawal, dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

MAKSUD DAN DEFINISI TINGKAHLAKU

•Maksud & Definisi T/laku :
Semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai
•Sejarah kpd teori Pengurusan T/laku:
Kajian ahli psikologi :
- Operant Conditioning (Pertalian antara t/laku & akibat) Thorndike & Skinner


-Classical Conditioning (Pertalian antara rangsangan & tindakbalas) Watson & Pavlov
-Teori Psychoanalytic – Sigmund Freud
-Teori Pembelajaran Sosial - Bandura


PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU


•Ilmu psikologi telah memberi pelbagai maklumat berkaitan perkara-perkara yg menentukan t/laku
•Pd. peringkat awal, para pengkajiberpendapat t/l disebabkan oleh kuasa dalaman spt. keturunan, kandungan kimia dlm. badan & pengalaman


•Mulai tahun 1920 an – perubahan terdapat perubahan pendapat dpd. Faktor dalaman kpd. peristiwa luaran / persekitaran
•Rumusan – ‘kebanyakan t/laku adalah dipelajari sepanjang masa’
‘t/laku yg tidak sesuai boleh diubah kpd. t/laku baru


PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN T/LAKU


•Semua t/laku dipelajari
•Semua t/laku adalah ‘stimulus spesific’
•T/laku boleh diajar & diubah
•Matlamat perlu jelas & spesifik
•Program perlu secara individu
•Program perlu fokus masa kini
•Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak

MODEL TINGKAH LAKU MANUSIA


•Psychodynamic
•Environmental
•Biophysical
•Behavioral (Model ABC)

SELAMAT DATANG KUMPULAN PGSR DAN KDC PEND.KHAS

Assalamualaikum. Esok bermula sesi kuliah antara saya dengan kumpulan pelajar PGSR dan KDC Pendidikan Khas. Bagi kumpulan PGSR ini adalah kali pertama bersua untuk berkuliah dan bagi KDC ini adalah kali kedua. Moga interaksi ini akan meransang lagi perkembangan ilmu khususnya dalam pendidikan khas. Selain itu blog ini juga akan saya jadikan medium penyampaian nota kuliah agar sesi kuliah kita tidak sehala . Pensyarah mengajar dan pelajar menyalin nota. Amalan ini telah menjadi kelaziman khasnya buat pelajar perempuan. Ok, esok kita jumpa untuk bincangkan isu-isu terkini pendidikan khas.

Isnin, 4 Mei 2009

KAKAK

Umur kakak 8 tahun dan umur adik 6 tahun. kalau di singkap cerita 8 tahun dulu, banyak sungguh yang nak diceritakan. tapi ada ke orang nak tahu?.Aku sememangnya tak mahu orang yang membaca kisah ku ini dibuai kesedihan. betul ke ayat ni?. dan sememangnya itu tekad ku mula-mula menubuhkan blog ini. tujuan blog ini dibuat hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman walaupun aku bukan pandai menulis. bukan hipokrit tetapi inilah hidup ku, suami dan anak-anak sememangnya membuatkan aku gembira dan seboleh-bolehnya kami mahu menikmati hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya.Dipendekkan cerita semasa kakak berumur 4 bulan doktor memberitahu yang kakak CP . aku dan suami cuma kata "oh ok......". sampai doktor pakar kanak-kanak tu pun hairan. doktor tu kata you berdua tak terkejut ke?. Kami cuma kata kami dah bersedia untuk apa pun. Mungkin kerana masa tu kakak tersangat tembab dan sihat jadi aku tak berapa nampak apa yang akan aku lalui ditahun-tahun yang mendatang. Alahamdulillah masa tu aku tak langsung menangis. Syukur kerana suami yang memang keras hati dan sedikit sebanyak terkenan juga kat aku.Bila kakak berumur satu tahun lebih, kakak menjalani rawatan di Hospital Universiti (PPUM). Pernah kami duduk di hospital selama 1 bulan dan pada masa tu aku sarat mengandungkan adik. Pada masa tulah setelah semua pemeriksaan dan ujikaji dijalankan kakak disyaki menghidap "MITOCHONDRIAL DISEASE". Di ringkaskan doktor menerangkan apa mitochondrial disease ini; sejenis penyakit yang menyebabkan sel tenaga tak berfungsi (diringkaskan) dan semestinya penyakit ini tak ada ubatnya. Punca tak tahu doktor kata. tapi banyak kes berpunca dari ibu. oh ok... dan doktor kata potensi jangka hayat kakak hanya bertahan selama 3 tahun aje. oh ok.... tak nangis lagi.... doktor kata kena tahan wad ni untuk pemeriksaan selanjutnya. untuk pengetahunan semua kakak dah mula mengalami susut badan kerana selalu diserang jangkitan kuman diparu-parunya. masa tu kami duduk di kuala lipis pahang.Bila naik ke wad aku mula terpikir cakap-cakap doktor tu tadi. aku mula diserang kesedihan. bila adik beradik aku datang melawat pada hari tu kerja aku menangis. tapi atas nasihat dan kekuatan yang ditunjukan oleh suami aku hanya menangis pada hari itu saja. selama sebulan duduk di hospital yang dah jadi rumah tangga kami dengan perut yang sarat mengandung 8 bulan aku di beri kekuatan oleh Allah yang tak tahu macam mana nak ku ceritakan dengan kata-kata. bermula pada saat itu aku telah bertekad di dalam hati aku mesti redha, ini bahagian aku.Alhamdulillah bila aku bersalinkan adik, adik tak menangis. Dan aku tahu adik speacial baby. ok no problem. Aku pernah dimarah oleh nurse pada hari pertama aku melahirkan adik ini kerana aku bertanya pada seorang nurse yang kebetulan kenalan ku. Aku cuma tanya apa kisah sambungan cerita drama (bersiri) yang aku terlepas sebab tak sempat nak tengok. Nurse yang seorang ni tiba-tiba naik angin dengan aku; "anak awak macam tu awak masih ingat drama, tak risau ke?". aku dengan spontan cakap "awak nak suruh saya menangis meraung ke?".Dulu masa kakak masih bayi ada juga kami bertanya-tanya, nanti kalau kakak dah umur 7 tahun macam mana ya..?. dan sekarang kakak dah berumur 8 tahun dan aku pun tak sedar yang aku telah melaluinya. Sebenarnya benarlah kata suami, kita tak payah pikirkan sangat macam mana, bagaimana, kalau, etc.... Kita lalui aje. Jangan peningkan kepala dengan memikirkan benda yang kita tak nampak. kemungkinan akan datang pekara ini menjadi lebih mudah atau sebaliknya. jadi bersedialah dari segi mental dan spritual. Kalau difikirkan dan dilayan perasaan silap-silap kita dapat darah tinggi, kalau sakit siapa nak jaga anak kita....Jadi sehingga hari ini aku menjalani hidup yang sangat berwarna-warni. baru kita tahu yang mana saudara dan sahabat yang sanggup susah senang. Ramai sahabat yang telah menjadi saudara. kawan-kawan yang entah dari mana datangnya membantu dengan berbagai-bagai bentuk bantuan. Baru ku kenal erti keikhlasan dan kejujuran.Selalu ku ingatkan diri ini ; kalau aku susah ada orang lain lagi susah. melihat itu aku amat bersyukur dengan kurniaan NYA. Mungkin kerana perjalanan hidup ku dari kecil yang kehilangan bonda tersayang; meninggal ketika berumur 10 tahun dan selepas itu menumpang kasih dengan nenek dan selang 3 tahun kemudian nenek pula meninggal dan selepas itu bermulalah kehidupan yang telah mengajar aku erti berdikari dan membuatkan diri ini lebih kuat mengharungi cabaran dan dugaan dari segi mental dan fizikal.. Insyaallah.Dan sesungguhnya ADA YANG MANIS UNTUK DIKENANG. Bersyukur kerana aku dapat merasa bagaimana mengandung 9 bulan, bersalin, menyusukan anak dan berjaga malam seperti ibu-ibu yang lain..... berbanding mereka yang tak pernah merasa itu semua. Pernah seorang jururawat dihospital kuala lipis yang telah berbelas tahun kahwin tapi belum lagi di kurniakan cahaya mata bercakap pada ku " sham, awak beruntung dapat melalui ini semua, akak berdoa dapat anak cacat pun tak apa asalkan kakak dapat merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan dapat menyentuh kulit anak sendiri......".Suami selalu berpesan jangan terlalu bermain dengan perasaan. Bila perasaan di buai dengan kesedihan pada masa itulah kita akan mereka-reka cerita. Satu pesan suami REDHA jika kita benar-benar menerima ketentuan ini jiwa akan tenang. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang sedih bila anak sakit tapi aku cuba tidak membiarkan perasaan ku menguasai diri.

Ahad, 3 Mei 2009

ZURA-Secebis Kisah Masyarakat

"Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli". Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2" Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, atau SM Sains . ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Salim ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !Kalau anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas Batu Gajah, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia . Anak2 anda tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.
Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta!Barapa ramaikah Zura di tempat anda ?

Selasa, 21 April 2009

Selamat Berkhemah

Selamat berkhemah buat semua anak didik pendidikan khas. Jadikan program ini sebagai pencetus idea untuk dibawa ke sekolah nanti. Diam tak diam dah hampir 5 bulan anda semua di IPGM kampus Ipoh ni. Banyak lagi yang akan kita terokai dalam pendidikan khas ini. OK jumpa minggu depan.

Isnin, 20 April 2009

Asperger Syndrome

An Autism Spectrum Disorder

Asperger syndrome (AS) is a neurobiological disorder that is part of a group of conditions called autism spectrum disorders. The term "autism spectrum" refers to a range of developmental disabilities that includes autism as well as other disorders with similar characteristics.

They are known as spectrum disorders because the symptoms of each can appear in different combinations and in varying degrees of severity: two children with the same diagnosis, though they may share certain patterns of behavior, can exhibit a wide range of skills and abilities.

As a result, general terms such as "low-functioning," "high-functioning," "autistic tendencies," "pervasive developmental disorder," and others are often used to describe children whose behaviors fall within the spectrum. Kids with AS share many of the same symptoms as those with "high-functioning autism."

It's estimated that more than 400,000 families are affected by AS. Because milder cases are being identified more frequently, the incidence appears to be increasing. However, like other autism spectrum disorders, AS is often difficult to diagnose and treat.

About Asperger Syndrome

The disorder is named after Hans Asperger, a Viennese pediatrician who, in 1940, first described a set of behavior patterns apparent in some of his patients, mostly males. Asperger noticed that although these boys had normal intelligence and language development, they had severely impaired social skills, were unable to communicate effectively with others, and had poor coordination.

According to the Asperger Syndrome Coalition of the United States, the onset of AS is later than what is typical in autism — or at least it is recognized later. Many kids are diagnosed after age 3, with most diagnosed between the ages of 5 and 9.

AS is characterized by poor social interactions, obsessions, odd speech patterns, and other peculiar mannerisms. Kids with AS often have few facial expressions and have difficulty reading the body language of others; they might engage in obsessive routines and display an unusual sensitivity to sensory stimuli (for example, they may be bothered by a light that no one else notices; they may cover their ears to block out sounds in the environment; or they might prefer to wear clothing made only of a certain material).

SPINA BIFIDA

Spina bifida is a birth defect that involves the incomplete development of the spinal cord or its coverings. The term spina bifida comes from Latin and literally means "split" or "open" spine.

Spina bifida occurs at the end of the first month of pregnancy when the two sides of the embryo's spine fail to join together, leaving an open area. In some cases, the spinal cord or other membranes may push through this opening in the back. The condition usually is detected before a baby is born and treated right away.

Types of Spina Bifida

The causes of spina bifida are largely unknown. Some evidence suggests that genes may play a role, but in most cases there is no familial connection. A high fever during pregnancy may increase a woman's chances of having a baby with spina bifida. Women with epilepsy who have taken the drug valproic acid to control seizures may have an increased risk of having a baby with spina bifida.

The two forms of spina bifida are spina bifida occulta and spina bifida manifesta.

Spina bifida occulta is the mildest form of spina bifida (occulta means hidden). Most children with this type of defect never have any health problems, and the spinal cord is often unaffected.

Spina bifida manifesta includes two types of spina bifida:

  1. Meningocele involves the meninges, the membranes responsible for covering and protecting the brain and spinal cord. If the meninges push through the hole in the vertebrae (the small, ring-like bones that make up the spinal column), the sac is called a meningocele.
  2. Myelomeningocele is the most severe form of spina bifida. It occurs when the meninges push through the hole in the back, and the spinal cord also pushes though. Most babies who are born with this type of spina bifida also have hydrocephalus, an accumulation of fluid in and around the brain.

    Because of the abnormal development of and damage to the spinal cord, a child with myelomeningocele typically has some paralysis. The degree of paralysis largely depends on where the opening occurs in the spine. The higher the opening is on the back, the more severe the paralysis tends to be.

Children with spina bifida often have problems with bowel and bladder control, and some may have attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) or other learning difficulties, such as hand-eye coordination problems.