Selasa, 26 Julai 2011

SALAM RAMADHAN 1432

Buat pengunjung DCI

Saya ucapkan SALAM RAMADHAN 1432. Moga Ramadhan mendatang ini menginsafkan kita tentang usia yang semakin meningkat, dan mengorak langkah mendekatkan diri kepada Nya. Beribadahlah dengan seikhlas mungkin. Bagi saya Ramadhan ini tentunya mengimbau kenangan Ramadhan tahun lalu yang melakar sejarah dalam hidup ini bilamana ayahanda tercinta pergi buat selamanya. Setahun sudah tiadanya tempat saya merujuk, setahun sudah tiada senyum tawanya, setahun sudah tiada teman bicara seakrab ayahanda. Al Fatihah buatnya. Selamat Berpuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan