Rabu, 17 Mac 2010

BUKU PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS: KONSEP DAN AMALAN

Inilah buku terbaru Pendidikan Khas yang wajib dipunyai oleh seluruh warga pendidikan khas, pendidikan pemulihan, ibu bapa dan pendokong warga OKU di Malaysia. Sebuah buku yang digarap rapi oleh ilmuan pendidikan khas khususnya dari UKM, sebuah universiti tempatan yang tersohor dalam disiplin ilmu pendidikan khas. Buku ini mengupas dari sudut Konsep dan Amalan dalam iklim Pendidikan Khas di Malaysia. Berbekalkan pengalaman, amalan dan  kajian mendalam barisan penulis, menjadikan pembaca buku ini seolah-olah berada di bilik kuliah pendidikan khas, di kelas pendidikan khas malah di dunia pendidikan khas. Buku setebal 312 muka surat ini dipecahkan kepada 12 bab. Bab 1 : Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia. Bab 2: Pentaksiran Potensi dan Keperluan Pembelajaran. Bab 3: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Bab 4: Teknologi Bantuan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Pengenalan dan Kriteria Pemilihan Bahan. Bab 5: Pendidikan Inklusif. Bab 6: Ciri-ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Bab 7: Pendidikan Kanak-kanak Pekak. Bab 8: Prestasi Akademik Kanak-Kanak Pekak. Bab 9: Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 10: Latihan Orentasi dan Mobiliti Untuk Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Bab 11: Kanak-Kanak Bermasalah Intelek. Bab 12: Konsep Pintar Cerdas dan Berbakat. Buku berharga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh sahaja) ini boleh diperolehi daripada : SPECIAL EDUCATION TRAINING AND CONSULTANCY CENTRE (IP0267394-T). Beralamat di  3, Lebuh Pegoh Timur 17, Taman Lapangan SSI, 31650, Ipoh, Perak. Belian melalui pos / talian juga akan diuruskan. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 012-5536232.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan