Isnin, 4 Mei 2009

KAKAK

Umur kakak 8 tahun dan umur adik 6 tahun. kalau di singkap cerita 8 tahun dulu, banyak sungguh yang nak diceritakan. tapi ada ke orang nak tahu?.Aku sememangnya tak mahu orang yang membaca kisah ku ini dibuai kesedihan. betul ke ayat ni?. dan sememangnya itu tekad ku mula-mula menubuhkan blog ini. tujuan blog ini dibuat hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman walaupun aku bukan pandai menulis. bukan hipokrit tetapi inilah hidup ku, suami dan anak-anak sememangnya membuatkan aku gembira dan seboleh-bolehnya kami mahu menikmati hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya.Dipendekkan cerita semasa kakak berumur 4 bulan doktor memberitahu yang kakak CP . aku dan suami cuma kata "oh ok......". sampai doktor pakar kanak-kanak tu pun hairan. doktor tu kata you berdua tak terkejut ke?. Kami cuma kata kami dah bersedia untuk apa pun. Mungkin kerana masa tu kakak tersangat tembab dan sihat jadi aku tak berapa nampak apa yang akan aku lalui ditahun-tahun yang mendatang. Alahamdulillah masa tu aku tak langsung menangis. Syukur kerana suami yang memang keras hati dan sedikit sebanyak terkenan juga kat aku.Bila kakak berumur satu tahun lebih, kakak menjalani rawatan di Hospital Universiti (PPUM). Pernah kami duduk di hospital selama 1 bulan dan pada masa tu aku sarat mengandungkan adik. Pada masa tulah setelah semua pemeriksaan dan ujikaji dijalankan kakak disyaki menghidap "MITOCHONDRIAL DISEASE". Di ringkaskan doktor menerangkan apa mitochondrial disease ini; sejenis penyakit yang menyebabkan sel tenaga tak berfungsi (diringkaskan) dan semestinya penyakit ini tak ada ubatnya. Punca tak tahu doktor kata. tapi banyak kes berpunca dari ibu. oh ok... dan doktor kata potensi jangka hayat kakak hanya bertahan selama 3 tahun aje. oh ok.... tak nangis lagi.... doktor kata kena tahan wad ni untuk pemeriksaan selanjutnya. untuk pengetahunan semua kakak dah mula mengalami susut badan kerana selalu diserang jangkitan kuman diparu-parunya. masa tu kami duduk di kuala lipis pahang.Bila naik ke wad aku mula terpikir cakap-cakap doktor tu tadi. aku mula diserang kesedihan. bila adik beradik aku datang melawat pada hari tu kerja aku menangis. tapi atas nasihat dan kekuatan yang ditunjukan oleh suami aku hanya menangis pada hari itu saja. selama sebulan duduk di hospital yang dah jadi rumah tangga kami dengan perut yang sarat mengandung 8 bulan aku di beri kekuatan oleh Allah yang tak tahu macam mana nak ku ceritakan dengan kata-kata. bermula pada saat itu aku telah bertekad di dalam hati aku mesti redha, ini bahagian aku.Alhamdulillah bila aku bersalinkan adik, adik tak menangis. Dan aku tahu adik speacial baby. ok no problem. Aku pernah dimarah oleh nurse pada hari pertama aku melahirkan adik ini kerana aku bertanya pada seorang nurse yang kebetulan kenalan ku. Aku cuma tanya apa kisah sambungan cerita drama (bersiri) yang aku terlepas sebab tak sempat nak tengok. Nurse yang seorang ni tiba-tiba naik angin dengan aku; "anak awak macam tu awak masih ingat drama, tak risau ke?". aku dengan spontan cakap "awak nak suruh saya menangis meraung ke?".Dulu masa kakak masih bayi ada juga kami bertanya-tanya, nanti kalau kakak dah umur 7 tahun macam mana ya..?. dan sekarang kakak dah berumur 8 tahun dan aku pun tak sedar yang aku telah melaluinya. Sebenarnya benarlah kata suami, kita tak payah pikirkan sangat macam mana, bagaimana, kalau, etc.... Kita lalui aje. Jangan peningkan kepala dengan memikirkan benda yang kita tak nampak. kemungkinan akan datang pekara ini menjadi lebih mudah atau sebaliknya. jadi bersedialah dari segi mental dan spritual. Kalau difikirkan dan dilayan perasaan silap-silap kita dapat darah tinggi, kalau sakit siapa nak jaga anak kita....Jadi sehingga hari ini aku menjalani hidup yang sangat berwarna-warni. baru kita tahu yang mana saudara dan sahabat yang sanggup susah senang. Ramai sahabat yang telah menjadi saudara. kawan-kawan yang entah dari mana datangnya membantu dengan berbagai-bagai bentuk bantuan. Baru ku kenal erti keikhlasan dan kejujuran.Selalu ku ingatkan diri ini ; kalau aku susah ada orang lain lagi susah. melihat itu aku amat bersyukur dengan kurniaan NYA. Mungkin kerana perjalanan hidup ku dari kecil yang kehilangan bonda tersayang; meninggal ketika berumur 10 tahun dan selepas itu menumpang kasih dengan nenek dan selang 3 tahun kemudian nenek pula meninggal dan selepas itu bermulalah kehidupan yang telah mengajar aku erti berdikari dan membuatkan diri ini lebih kuat mengharungi cabaran dan dugaan dari segi mental dan fizikal.. Insyaallah.Dan sesungguhnya ADA YANG MANIS UNTUK DIKENANG. Bersyukur kerana aku dapat merasa bagaimana mengandung 9 bulan, bersalin, menyusukan anak dan berjaga malam seperti ibu-ibu yang lain..... berbanding mereka yang tak pernah merasa itu semua. Pernah seorang jururawat dihospital kuala lipis yang telah berbelas tahun kahwin tapi belum lagi di kurniakan cahaya mata bercakap pada ku " sham, awak beruntung dapat melalui ini semua, akak berdoa dapat anak cacat pun tak apa asalkan kakak dapat merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan dapat menyentuh kulit anak sendiri......".Suami selalu berpesan jangan terlalu bermain dengan perasaan. Bila perasaan di buai dengan kesedihan pada masa itulah kita akan mereka-reka cerita. Satu pesan suami REDHA jika kita benar-benar menerima ketentuan ini jiwa akan tenang. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang sedih bila anak sakit tapi aku cuba tidak membiarkan perasaan ku menguasai diri.

Ahad, 3 Mei 2009

ZURA-Secebis Kisah Masyarakat

"Pakcik nak beli karipap ? Karipap kering ada, basah pun ada." Seorang budak perempuan berumur 12 tahun menjual karipap di stesen minyak Petronas di Batu Gajah Perdana (BGP). Suaranya amat perlahan dan dalam bunyinya seolah2 dia sakit. Ditangannya ada sebiji bakul kecil berisi karipap. Sebelah tangan lagi memegang buku, mungkin buku sekolah tapi bukan majalah "Mangga". "Pakcik sembahyang dulu, nanti pakcik beli". Selepas solat, teman terus berjumpa dia. Zura namanya. Berasal dari Tanjung Tualang. Bersekolah di SK St Paul. Anak kedua dari 5 adik beradik. Ayahnya seorang jaga manakala ibunya membuat kuih untuk dijual. Setiap hari Zura akan dihantar ayahnya ke BGP (lebih kurang 25 km) untuk menjual kuih. Bakulnya bukan besar. Sekadar beberapa kampit karipap kering dan 30-40 karipap basah. "Zura dah sembahyang ?" "Sekejap pakcik. Ada makcik tu tadi nak beli karipap selepas sembahyang. Nanti saya sembahyang lepas ni" Suaranya semakin mendayu." Saya sakit pakcik" Saya tak boleh cakap kuat-kuat, sakit !" Nanti ayah datang pukul 8. Dia hantar tadi pukul 2" Sedih teman. Nak menangis rasanya. Budak kecil ni sedang membantu keluarganya mengahadapi kemelut ekonomi dunia. Teman ingat kalau habis semua karipap yang dibawanya, bukan untung RM250 tapi paling banyak pun RM10.00 ! Minyak motor lagi ! "Zura boleh dapat 5A ? "InsyaAllah pakcik" Raut muka dan jawapannya sungguh meyakinkan! Kalau dapat 5A pun teman pasti Zura tak akan ke MRSM, SMKA, atau SM Sains . ! Bapanya tentu tidak mampu menghantar Zura !Teman balik ke rumah, hujan renyai-renyai! Tapi hujan lagi lebat turun kat mata co-pilot teman... dia sedih teramat sangat. Sebentar lagi bapa Zura akan sampai untuk menjemputnya! Naik motor kapcai ! Bukan naik Camry ! Bukan naik E200 ! Zura akan menggigil kesejukan ! Sebab itu dia selalu sakit ! Sebab dia dah bertahun-tahun membonceng ayahnya menjual karipap ! Mana dia keadilan ! Kita membayar RM12.00 untuk secawan Cuppercino di Starbuck! 2 scoop aiskrim di Baskin Robbin RM14.00 ! Seketul kepala ikan kari RM10.00 di Restoran Salim ! Zura berhujan, berpanas, berembun ! Enam jam ! Dapat RM10.00 ! Bukan RM1000.00 !Kalaulah teman banyak duit, mahu teman beli karipap tu RM1000 seketul ! Bukan 3 seringgit ! Bukan sekampit seringgit ! Biar Zura mentelaah buku-bukunya untuk UPSR bulan September ini ! Biar dia dapat masuk MRSM! Atau SMKA ! Biarlah suatu hari Zura mampu mengubah segala-galanya !Kalau anda mengisi minyak di stesen minyak Petronas Batu Gajah, carilah Zura ! Belilah karipapnya. Sembanglah dengan dia. Dia lebih tau apa itu kelembapan ekonomi dunia . Anak2 anda tengah buat ape kalau hari ujan? Ngadap Sinetron ke, ngadap Facebook? Itupun ada yang buat mulut muncung kalu tak dapat ke KFC, ke JJ, ke Bukit Merah Lake Town Resorts...Zura tu teman rase tak pernah mimpi nak ajak mak ayah dia ke sana. Zura tak akan pernah mintak beg Hello Kitty, krim pencuci muka, syampu Sunsilk, top-up atau henfon Nokia N91...Banyak benda yang Zura takkan mampu nak mintak macam anak-anak kita dah lama dapat.
Kita pulak kalau tau ada orang miskin, takat sedih je, takat gebang marah pemimpin tak bantu. Yang kita tu, bila nak mula bantu? Apa usaha kita? kekadang kita nampak orang mintak sedekah, kita buat donno je, ada yang lari dari pakcik makcik peminta yang dah konfom buta!Barapa ramaikah Zura di tempat anda ?