Selasa, 21 April 2009

Selamat Berkhemah

Selamat berkhemah buat semua anak didik pendidikan khas. Jadikan program ini sebagai pencetus idea untuk dibawa ke sekolah nanti. Diam tak diam dah hampir 5 bulan anda semua di IPGM kampus Ipoh ni. Banyak lagi yang akan kita terokai dalam pendidikan khas ini. OK jumpa minggu depan.

Isnin, 20 April 2009

Asperger Syndrome

An Autism Spectrum Disorder

Asperger syndrome (AS) is a neurobiological disorder that is part of a group of conditions called autism spectrum disorders. The term "autism spectrum" refers to a range of developmental disabilities that includes autism as well as other disorders with similar characteristics.

They are known as spectrum disorders because the symptoms of each can appear in different combinations and in varying degrees of severity: two children with the same diagnosis, though they may share certain patterns of behavior, can exhibit a wide range of skills and abilities.

As a result, general terms such as "low-functioning," "high-functioning," "autistic tendencies," "pervasive developmental disorder," and others are often used to describe children whose behaviors fall within the spectrum. Kids with AS share many of the same symptoms as those with "high-functioning autism."

It's estimated that more than 400,000 families are affected by AS. Because milder cases are being identified more frequently, the incidence appears to be increasing. However, like other autism spectrum disorders, AS is often difficult to diagnose and treat.

About Asperger Syndrome

The disorder is named after Hans Asperger, a Viennese pediatrician who, in 1940, first described a set of behavior patterns apparent in some of his patients, mostly males. Asperger noticed that although these boys had normal intelligence and language development, they had severely impaired social skills, were unable to communicate effectively with others, and had poor coordination.

According to the Asperger Syndrome Coalition of the United States, the onset of AS is later than what is typical in autism — or at least it is recognized later. Many kids are diagnosed after age 3, with most diagnosed between the ages of 5 and 9.

AS is characterized by poor social interactions, obsessions, odd speech patterns, and other peculiar mannerisms. Kids with AS often have few facial expressions and have difficulty reading the body language of others; they might engage in obsessive routines and display an unusual sensitivity to sensory stimuli (for example, they may be bothered by a light that no one else notices; they may cover their ears to block out sounds in the environment; or they might prefer to wear clothing made only of a certain material).

SPINA BIFIDA

Spina bifida is a birth defect that involves the incomplete development of the spinal cord or its coverings. The term spina bifida comes from Latin and literally means "split" or "open" spine.

Spina bifida occurs at the end of the first month of pregnancy when the two sides of the embryo's spine fail to join together, leaving an open area. In some cases, the spinal cord or other membranes may push through this opening in the back. The condition usually is detected before a baby is born and treated right away.

Types of Spina Bifida

The causes of spina bifida are largely unknown. Some evidence suggests that genes may play a role, but in most cases there is no familial connection. A high fever during pregnancy may increase a woman's chances of having a baby with spina bifida. Women with epilepsy who have taken the drug valproic acid to control seizures may have an increased risk of having a baby with spina bifida.

The two forms of spina bifida are spina bifida occulta and spina bifida manifesta.

Spina bifida occulta is the mildest form of spina bifida (occulta means hidden). Most children with this type of defect never have any health problems, and the spinal cord is often unaffected.

Spina bifida manifesta includes two types of spina bifida:

  1. Meningocele involves the meninges, the membranes responsible for covering and protecting the brain and spinal cord. If the meninges push through the hole in the vertebrae (the small, ring-like bones that make up the spinal column), the sac is called a meningocele.
  2. Myelomeningocele is the most severe form of spina bifida. It occurs when the meninges push through the hole in the back, and the spinal cord also pushes though. Most babies who are born with this type of spina bifida also have hydrocephalus, an accumulation of fluid in and around the brain.

    Because of the abnormal development of and damage to the spinal cord, a child with myelomeningocele typically has some paralysis. The degree of paralysis largely depends on where the opening occurs in the spine. The higher the opening is on the back, the more severe the paralysis tends to be.

Children with spina bifida often have problems with bowel and bladder control, and some may have attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) or other learning difficulties, such as hand-eye coordination problems.

Rabu, 15 April 2009

MASALAH MEMBACA

TAJUK 6: MASALAH BACAAN


PENGENALAN

Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah .

Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid.


OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenal pasti jenis-jenis masalah bacaan ,

2. menjelaskan punca-punca masalah membaca ,

3. menghuraikan kaedah-kaedah mengajar membaca








MASALAH MEMBACA


Masalah Bacaan Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca


Jenis Masalah Bacaan Kaedah Mengajar Bacaan
Masalah dalam memaham Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Punca masalah Membaca



6.1 Masalah Bacaan


Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah.

Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan;

Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas
KBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan - menyebabkan
terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan
di peringkat persekolahan menengah.


Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.


6.1.1 Jenis Masalah Bacaan

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman.

Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission)

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut ’uah”, ”kering” disebut ”kerin”. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;

”Buku itu sangat tebal. ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.

Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.

b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

c) Gantian (substitute)

Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ”ladang” disebut ”lalang”. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat.

d) Tambahan (insertion)

Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya
“buah” disebut “buwah”. Manakala penambahan perkataan berlaku
seperti berikut;

”Saya suka makan rojak.” dibaca sebagai ” Saya sangat suka makan
rojak.”

e) Pembalikan (reversals)

Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang.
Contoh ;

”Bala” disebut ”laba”, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: ”Dia makan nasi” dibaca sebagai ” Dia nasi makan”, dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-
kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-
kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.

g) Salah sebutan

Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan
tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.


Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut:

a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,

b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya,

d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,

e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut
dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya,

h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,

i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,

j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan

k) tidak boleh membaca langsung.


Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.


Latihan:

Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.


6.2 Masalah-masalah dalam Memaham Bacaan

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya.

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan
waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,

iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca,

iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,

v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,

vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca,

vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.


Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.
Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).


Latihan:

Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan contoh untuk menjelaskan jawapan anda.


6.3 Punca Masalah Membaca


Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu :

i. Faktor fizikal
ii. Faktor kognitif dan bahasa
iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

Faktor Fizikal

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll).

Faktor Kognitif dan Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis.

Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.


6.4 Strategi Pengajaran Kemahiran Membaca


Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya

Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.


6.5 Kaedah Mengajar Bacaan

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanak-kanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

iv. Kaedah abjad/huruf
v. Kaedah pandang sebut/seluruh perkataan
vi. Kaedah fonik/bunyi
vii. Kaedah Gabungan Bunyi-kata
viii. Kaedah VAK
ix. Kaedah pelbagai deria - VAKT
x. Kaedah Fernald
xi. Kaedah Gillingham


Kaedah Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a – z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.



Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].


Kaedah Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.

Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].

[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]


Kaedah gabungan bunyi – kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh;

i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
a
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;

i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).

Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.


6.6 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan

Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).


Kaedah VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.


Kaedah Membaca Pelbagai Deria - VAKT
(Multisensory Reading Method)

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;

v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.


Kaedah Fernald

Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.



Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:


Peringkat 1:

- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
- Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:

- Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
- Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:

- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.


Peringkat 4:

- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.


Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT.

Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,

ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan

iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.



Kaedah Gillingham

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum)

Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.


Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.


Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dgn menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.

- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru

- Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya

- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.

- Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.

- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.

- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.


Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-
huruf menjadi perkataan.


Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.


Latihan:

Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.


6.7 Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.


Rumusan

1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui
aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat
melalui aspek bacaan kefahaman.

2. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid
berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

3. Guy L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah
membaca kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan
bahasa, dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan

4. Murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan
terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi
mantap.

5. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh
hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana
penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah
berbeza antara satu sama lain.

6. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham
digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk
mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang
teruk.


Kata Kunci

Kinestetik
Surih
Pelbagai deria
Kognitif
Aphasia

Rujukan

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties:
Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.

Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:
Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.
TAJUK 5: KEMAHIRAN MEMBACA

PENGENALAN

Selain daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahami mesej yang disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luas iaitu tidak hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau “barking at words” semata-mata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepada memahami apa yang dibaca adalah sangat penting.

Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya, sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaan menikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiran membaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secara nyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran pula, mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaan dan kebolehan mereka.

Tajuk ini akan membincangkan tentang bacaan yang merangkumi proses membaca dan model-model bacaan, pendekatan dalam pemulihan bacaan, dan kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah.



OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan beberapa definisi bacaan

2. menghuraikan proses membaca

3. menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca

4. menghuraikan pelaksanaan ujian bacaan nyaring

5. menjelaskan prinsip-prinsip pemulihan bacaan

6. menghuraikan komponenp-komponen pengajaran pemulihan bacaan


GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK



KEMAHIRAN MEMBACA



Membaca Faktor-faktor yang berkaitan Pemulihan
dengan membaca bacaan




Definisi Kesediaan membaca Pendekatan bacaan
Proses membaca Faktor-faktor yang Prinsip pemulihan
Mempengaruhi kebolehan bacaan
membaca Pendekatan
pemulihan bacaan





5.1 Membaca


5.1.1 Definisi


Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.


Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.

Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti
berikut:

a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat..
b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.
d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang kengkap.
e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.


Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.

Latihan:

Bincangkan bagaimana caranya hendak mengubah kebiasaan membaca nyaring kepada bacaan senyap di kalangan kanak-kanak?


5.1.2 Proses Membaca


Daripada definisi-definisi yang dibincangkan di atas, ternyata bahawa membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

i. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)


Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

a) Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.

b) Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan.



ii. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti (1) mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan, (2) “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak, (3) ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan (4) turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.


iii. Membaca sebagai satu proses bahasa


Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.


iv. Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.


Latihan:

Membaca adalah merupakan proses kederiaan. Jelaskan bagaimana guru memanipulasikan penggunaan deria untuk mengajar kanak-kanak membaca?



5.2 Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca


5.2.1 Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga
dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu (1) semua “benda” mempunyai nama, (2) nama benda boleh ditulis dalam perkataan, (3) , kedua-duanya saling bertukar, dan (4) simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah:

i. keadaan fizikal
ii. pengalaman dan persekitaran
iii. emosi, motivasi, dan sahsiah
iv. kecerdasan
v. pengamatan
vi. penguasaan bahasa


Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.

Latihan:

Bincangkan cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membina kesediaan membaca kanak–kanak?


5.2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca


Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca
ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.


Latihan:

Bincangkan setiap aspek yang dinyatakan dalam rajah di atas di dalam kelas dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.



5.2.3 Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan


Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid
ii. peringkat mendirikan asas
iii. peringkat melatih membaca dan memaham
iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.


Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memaham.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Latihan:

Sebelum gvuru mula mengajar bacaan kepada murid-muridnya, ia perlu menyiasat dulu kesediaan membaca mereka. Jelaskan apakah kaedah yang boleh guru gunakan untuk mengetahui tahap kesediaan membaca murid-muridnya?


5.3 Pemulihan Bacaan


5.3.1 Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.


5.3.2 Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:

1. Peringkat huruf (abjad)

a) Huruf kecil (a-z)

i. mengenal bentuk huruf
ii. mengenal nama huruf
iii. mengenal bunyi huruf

b) Huruf besar (A-Z)

i. mengenal bentuk huruf
ii. mengenal nama huruf
iii. mengenal bunyi huruf

c) memadan huruf besar-huruf kecil

d) Diskriminasi penglihatan

i. huruf-huruf yang berdekatan bentuk
ii. huruf besar dalam perkataan
iii. huruf-huruf kecil dalam perkataan

e) Diskriminasi pendengaran

Huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

f) Pembalikan huruf (reversals)

i. huruf besar
ii. huruf kecil

2. Peringkat Perkataan

a) membatang suku kata terbuka
b) membatang suku kata tertutup
c) membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

3. Peringkat Perkataan

a) pembalikan perkataan
b) membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan
c) membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam
perkataan
c) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam
perkataan
d) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang
mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan
f) Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan
g) Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

4. Peringkat Frasa

Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

5. Peringkat Ayat

a) Membaca ayat-ayat pendek
b) membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:

a) membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan
b) Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata
c) Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan
d) Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah
e) Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.


Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu:

a) membatang suku kata terlebih dahulu
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan
c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
d) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
e) tidak boleh membaca langsung.

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

Latihan:

Bincanhgkan bagaimana bacaan ujian nyaring boleh membantu guru mengetahui tahap penguasaan lisan kanak-kanak?


5.3.3 Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan

Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.

Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid.

Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.


Latihan:

Guru dapat mengesan kelemahan bacaan muridnya melalui pemerhatiannya di dalam proses pengajaran bacaan di dalam kelas. Jelaskan petunjukp-petunjuk yang guru perhatikan untuk mengetahui kelemahan bacaan muridnya?


5.3.4 Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:



Komponen-komponen
Pengajaran Bacaan







Bacaan peringkat Pengajaran Menyemak Bacaan
pengajaran berfokus semula bebas



Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

Latihan:

Pada pendapat anda apakah aktiviti pengajaran bacaan yang sesuai digunakan oleh guru bagi setiap peringkat bacaan?



5.4 Kesimpulan

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.


Rumusan

1. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod”
(decode) dan pemahaman.

2. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-
huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama
dengan bahasa lisan.

3. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami
makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

4. Membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada
gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan),
proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif.

5. Seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang
diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan
diajar kepadanya.

6. Faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar,
iaitu (1) faktor yang ada pada diri murid atau pembaca dan (2) faktor yang
ada pada bahan bacaan.

7. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima
Peringkat, iaitu menyediakan murid, mendirikan asas, melatih membaca
dan memaham, melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat, dan
peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

8. Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan
secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses
membaca.

9. ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan
kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.


Kata Kunci

Nyah kod
Diagnostik
Membatang



Rujukan


Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Margaret A. R., Lynne K.L, Janet W.L., (1989). Reading Problems: assessment and
Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mechado J.M., (1985). Early Childhood Experiences in Language Arts. New York.
Delmar Publisher Inc.

STRATEGI PENGAJARAN LISAN

TAJUK 4: STRATEGI PENGAJARAN LISAN



PENGENALAN

Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada pendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan kognitif. Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terima boleh dalam bentuk interaksi dua hala dan kekerapan berlakunya interaksi itu. Teori interaksi yang dibincangkan dalam tajuk sebelum ini telah menegaskan kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan cekap.Oleh itu guru perlu memperbanyakan aktiviti lisan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya.

Dalam tajuk ini akan dibincangkan beberapa teknik pengajaran lisan yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran bahasa. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran guru boleh menyesuaikan teknik pengajaran ini mengikut tahap keupayaan mereka.


OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini peserta kursus akan dapat:

membezakan antara pendekataan, kaedah, dan teknik;

2. menghuraikan jenis-jenis kaedah pengajaran bahasa;

menghuraikan teknik-teknik pengajaran lisan;

membezakan teknik-teknik pengajaran lisan; dan

mengenal pasti jenis-jenis latih tubi lisan.


GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK




STRATEGI PENGAJARAN LISAN
Pendekatan
Kaedah
Teknik



TEKNIK PENGAJARAN LISAN

Bercerita, Berbual, Menyanyi,
Lakonan, Boneka, Main peranan,
Berbincang, Berbahas


LATIH TUBI LISAN

Aspek sebutan
Aspek struktur





4.1 STRATEGI PENGAJARAN LISAN

Pengajaran lisan kepada kanak-kanak bukanlah perkarfa yang mudah dan boleh dianggap remeh. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat dikembangkan dan dimantapkan lagi. Seseorang itu mungkin petah berkata-kata tetapi gagal menggunakan kemahiran itu pada situasi tertentu dengan baik.

Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan kepada muridnya perlu
mempunyai strategi pengajaran yang jelas . Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

Dalam tajuk ini, anda akan mempelajari tentang definisi pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran lisan dan juga jenis-jenis latih tubi lisan.



A) PENDEKATAN

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktif
ii. pendekatan deduktif
iii. pendekatan eklektik, dan
iv. pendekatan komunikatif


Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.


Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:


Perbezaan antara Pendekatan Deduktif dengan Pendekatan Induktif.


Aspek


Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

1. Andaian




2. Cara


3. Peranan
Guru


4. Peranan
pelajar

Satu penyusunan awal (advanced organiser) amat berguna kepada pelajar

Generalisasi Contoh


Sebagai pembentang dan penghurai jawapan


Sebagai penerima jawapan yang agak pasif

Pelajar memperolehi manfaat jika menemui jawapan sendiri



Contoh Generalisasi


Sebagai pendorong dan pengarah dalam pencarian jawapan


Sebagai pencari jawapan yang aktif




Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:


Contoh/fakta Kesimpulan Contoh



b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi



Pendekatan Komunikatif

Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yang meniktikberatkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu juga dengan pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih menggunakan bahasa dengan peraturan-peraturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi.



B) KAEDAH

Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru (Abd. Aziz Abd.Talib, 2000). Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan untuk pengajaran lisan. Modul ini hanya membicarakan tentang kaedah secara sepintas lalu dan tidak akan membicarakan setiap kaedah secara terperinci.


Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti Kaedah tatabahasa terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah askar/tentera, Kaedah nahu terjemahan, dan sebagainya.


C) TEKNIK

Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran (Abd. Aziz abd. Talib, 2000).
Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon, berbincang, sumbang saran, tunjuk cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya. Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan teknik pengajaran yang dipilih.

Sebagai kesimpulan, pertalian antara pendekatan, kaedah, dan teknik dapat dilihat seperti berikut:


Teori
Bahasa

Pendekatan
pengajaran
][
Kaedah
pengajaran

Teknik
pengajaran



Dalam konteks pengajaran dan pempelajaran dalam kelas, pendekatan, kaedah, dan teknik ini dilaksakanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu mengikut kesesuaian. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran, pengajaran secara individu adalah diutamakan.


Latihan 4.1

Seorang guru Bahasa Melayu hendak mengajar tajuk kata adjektif kepada murid-muridnya.
Berdasarkan pendekatan induktif, jelaskan langkah-langkah yang guru itu ambil dalam pengajarannnya.


4.2 TEKNIK PENGAJARAN LISAN

Semasa menyampaikan pengajaran lisani di dalam kelas, guru harus bijak memilih teknik pengajaran lisan yang hendak digunakan dalam pengajaran tersebut. Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan dalam melalui aktiviti pelajar sahaja tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya.

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa teknik pengajaran lisan secara umum. Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi, berlakon, main peranan, boneka, sumbang saran, dan perbincangan. Bagi guru yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, semua aktiviti pengajaran lisan hendaklah disesuaikan dengan keupayaan mereka. Misalnya ada kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan, tidak mahu bercakap, masalah emosi, dan tidak dapat memberi tumpuan kepada tugasan yang diberi.

i. Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka melalui soalan-soalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri. Semasa murid bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran.


ii. Teknik perbualan

Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.


iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.


iv. Teknik lakonan

Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-
kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak
tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat
melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di
samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,
ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Teknik boneka

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.


(Fotokopi boneka)

v. Teknik main peranan

Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.
Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiing
itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia
menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang
amanah itu.



vii. Teknik berbincang

Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1) perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid, dan (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa yang betul.


viii. Teknik perbahasan

Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untukmembentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Bagi murid berkeperluan khas, guru boleh mengubah suai teknik perbahasan ini dalam bentuk yang lebih mudah dilakukan mengikut keupayaan murid.


Teknik-teknik pengajaran lisan di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran menguasai kemahiran lisan. Guru hendaklan merancang terlebih dahulu aktiviti lisan yang hendak dilaksanakan dan aktiviti yang dijalankan hendaklah berfokus kepada penglibatan murid secara optimum. Sebagai contoh, sekiranya guru memilih untuk menggunakan teknik bercerita dalam pengajarannnya, maka ia hendaklah merancang aktiviti yang memberi peluang murid-muridnya menceritakan pengalaman atau minat mereka, bercerita tentang gambar besiri atau gambar tunggal, tentang ibu bapa mereka dan sebagainya. Aktiviti sebeginilah yang dapat membantu murid menguasai kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.


Latihan 4.2

Secara berkumpulan anda diminta memilih satu teknik pengajaran lisan yang dinyatakan di atas. Bincangkan dengan lebih terperinci teknik yang anda pilih dan jelaskan juga bagaimana anda mengubah suai teknik tersebut supaya sesuai dengan kanak-kanak masalah pembelajaran (rendah atau menengah). Bentangkan hasil perbincangan anda di kelas.



4.3 Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, terutamanya sebutan adalah sukar bagi sesetengah kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak Down Syndrome dan kanak-kanak spastik adalah antara contoh kanak-kanak berkeperluan khas yang sering menghadapi masalah lisan terutamanya sebutan. Selain itu kanak-kanak yang mengalami masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius, kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan.

Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan seperti sebutan kepada muridnya di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi. Latih tubi dijalankan secara mengulang-ulang aspek kemahiran lisan yang hendak diajar. Abd. Aziz Abd. Talib (2000) menamakannya sebagai kaedah tubi. Kaedah tubi amat berkesan utnuk mengajar sebutan, intonasi, dan struktur ayat. Menurutnya lagi, kaedah tubi amat popular di kalangan guru bahasa yang mengajar di peringkat sekolah rendah.

Kamarudin Hj. Husin (1988) pula membincangkan teknik latih tubi secara terperinci lagi. Menurutnya, latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.

Latih tubi amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain mereka mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga sangat lemah dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan dapat membantu mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari.

Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2) latih tubi aspek struktur atau ayat (Kamarudin Hj.Husin 1988).


4.3.1 Latih tubi aspek sebutan (fonologi)

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.

i. Latih tubi pasangan minimal

Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulag kali sehingga mahir.

Contoh: dari --- lari
ladang --- lalang
lada --- lala
dada --- lada
tadi --- tali


Aktiviti

Bincangkan beberapa contoh latih tubi pasangan minimal lain yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran.


ii. Latih tubi pemintal lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/

Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang
sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)

She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea
shore shells.


Aktiviti

Secara berkumpulan bina beberapa contoh latih tubi pemintal lidah bagi fonem-fonem tertentu dan bentangkan kepada kelas anda.


4.3.2 Latih tubi aspek struktur (ayat)


Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak diberikan kepada muridnya.


i. Latih tubi gantian



Saya suka makan

mi
nasi
bubur
mihun



Bahagian tetap
Bahagian
gantian
Bahagian tetap

1. Tuan Puteri itu

2. Buku cerita itu

3. Rumah Pak Ali

sangat
amat
terlalu
sungguh
agak
paling
terlampau


cantik.

besar.

tebal.


Bahagian gantian
Bahagian
tetap
Bahagian gantian

Pencuri
Penyamun
Penculik
Penjahat
Perompak
Penyeluk saku



itu telah

dihukum.
ditangkap
dipukul.
diberkas.
dipenjarakan.
dibicarakan.



ii. Latih tubi berkembang


Guru menyebut


Murid menyebut

Saya suka main
bola
sepak
dengan kawan

di padang

sekolah

Saya suka main.
Saya suka main bola.
Saya suka main bola sepak.
Saya suka main bola sepak dengan kawan.
Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang.
Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah.



iii. latih tubi ulangan



Guru menyebut


Murid menyebut

Awak boleh pergi.
duduk
tidak
Ali,makan
kucing, panjat pokok

Awak boleh pegi.
Awak boleh duudk.
Awak tidak boleh duduk.
Ali boleh makan.
Kucing boleh panjat pokok.



iv. latih tubi mengubah


Guru /murid menyebut


Murid menyebut

Saya tidak hendak makan.
Saya tidak berjalan.
Ini bukan buku.
Dia tidak suka makan durian


Saya hendak makan.
Saya sedang berjalan.
Ini buku.
Dia suka makan durian.


Berdasarkan beberapa contoh latih tubi yang diberikan di atas, jelas menunjukkan bahawa latih tubi boleh membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam kemahiran lisan membetulkan sebutan dan juga struktur ayat. Aktiviti ini sangat sesuai digunakan sebagai aktiviti pemulihan bagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan juga bagi kanak-kanak kelas pemulihan khas yang menghadapi masalah lisan.

Latihan 4.3

Berikan perbezaan antara latih tubi pasangan minimal dengan latih tubi pemintal lidah?


4.4 Kesimpulan

Kemahiran lisan adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusia berkomunikasi secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain. Lagipun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorang sebelum ia menguasai kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran lisan agak kurang mendapat perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah berbanding dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran kemahiran lisan di dalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu supaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi.


Rumusan

1. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat

2. Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau
pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara.

3. Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran.
Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan
untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik
darjah.

4. Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau
menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk
membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

5. Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berbual, menyanyi,
berlakon, main peranan, boneka, sumbang saran, dan perbincangan.

6. Latih tubi adalah satu cara mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta
atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian
daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu.

7. Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2)
latih tubi aspek struktur atau ayat.


Kata kunci

Strategi
Pendekatan
Kaedah
Teknik
Induktif
Deduktif
Pemintal lidah


Bahan Rujukan


Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

_____________, (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.


Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.


______________, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Ko
h Boh Boon, (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan
Teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.

KEMAHIRAN LISAN

TAJUK 3 KEMAHIRAN LISAN

PENGENALAN


Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.

Tajuk ini akan membincangkan tentang kemahiran lisan yang merangkumi kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur, masalah-masalah kemahiran lisan, dan juga tentang penilaian kemahiran lisan.


OBJEKTIF

Pada akhir tajuk ini pelajar diharap dapat:

1. menjelaskan maksud kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;

2. menjelaskan masalah-masalah kemahiran lisan;

3. menghuraikan kepentingan penilaian dalam kemahiran lisan

4. membezakan jenis ujian kemahiran lisan



GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

KEMAHIRAN LISAN



Mendengar dan bertutur Masalah Bahasa Lisan Penilaian Bahasa Lisan

- Mendengar - Memahami bahasa - Kepentingan penilaian
- Bertutur - Menggunakan bahasa - Jenis ujian lisan




1.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Dalam tajuk 1 anda telah dapat memahami maksud bahasa dengan lebih jelas berdasarkan beberapa definisi bahasa yang dibincangkan. Dalam definisi bahasa tersebut jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi.


A. Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.


Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.

Keperluan Mendengar

Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.


Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi tujuankita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,
ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, dan
iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.





B. Kemahiran Bertutur


Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspek-aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut:



Sebutan

Tekanan

Mora ( panjang pendek)

Jeda ( persendian)

Intonasi

Nada

Tatabahasa

Kelancaran

Kefasihan

Laras Bahasa





ASPEK PERTUTURAN


Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.


Latihan 3.1:

Bincangkan aspek-aspek pertuturan yang belum dibincangkan dalam tajuk ini di dalam kelas. Perbincangan perlu disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai.